Khamis, 22 Januari 2015

KADA GUNA DUIT SENDIRI BANTU PETANI @NajibRazak @IsmailSabri60 #DSIS

TEMURAMAH YBM ISMAIL SABRI @ RTM RANCANGAN LANSKAP - PASCA BANJIR


1. Sebanyak 3 juta telah dibelanjakan pada awal  oleh MOA. Kementerian Pertanian sangat komited bantu walaupun kita patut berada di belakang

2. Penyusunan semula bajet oleh PM. Setakat ni projek rakyat ttp diteruskan, cuma mungkin operasi pengurusan dan Kementerian dikurangkan.

3. Tambahan 100 juta untuk Tekun & 10k untuk mangsa banjir pulihkan semula perniagaan mereka. Tangguh pinjaman oleh Agrobank & tekun. Untuk Tekun kita beri dgn segera, tidak ada lagi borang n karenah birokrasi. Tekun juga akan menjadualkan semula pinjaman utk meringankan beban mangsa. Agrobank pula perumtuk 50 juta utk pinjaman kpd mangsa banjir tanpa cagaran dan penjamin.

3. Kita ada formula utk bayar kepada mangsa banjir. Contohnya lembu rm700 seekor utk maksimum 10 ekor.

4. Beberapa kali saya dah jelaskan, mangsa tak perlu repot polis untuk dapatkan bantuan. Cukup dengan lapor kepada jabatan pertanian terdekat.

5. Ketegasan MOA. KADA tak perlu tunggu duit dari kementerian kewangan. Guna duit sendiri dulu. Sebab saya turun sendiri ke Kelantan tengok keadaan sangat teruk kepada penduduk. Kalau kita tak buat, akan memudaratkan penduduk kelantan.

6. Ada pertindihan kerja. Contoh pengurusan sungai. Sungai bukan dbawah MOA tapi kalau kita asyik tolak tolak kerja, rakyat yang rugi. MOA ambil tanggungjawab ini untuk baiki sungai di Morak, Kb Kelantan.

7. Bagi kenaikan harga barang pertanian, pemborong ambil kesempatan. Kelantan, Terengganu bukan pengeluar sayur.

8. Sebab tu kita bukak pasar TANI khas yang harga sehingga 60% lebih murah. Di Kelantan sahaja kita buka 11 pasar TANI khas. Kita buka di kawasan yang mengalami banjir.

9. Larangan eksport sayuran buah2 dan ikan rakyat utk menjamin bekalan mencukupi.

10. Kita perlu sama2 berkerja antara kerajaan, glc dan swasta dlm bidang agromakanan. Sy tidak nampak lagi keagresifan GLC yang terlibat dalam agromakanan utk sama2 bantu gerak kerja membntu mngsa banjir.

11. Utk bantu mangsa banjir, kita kerah sukarelawan bersih rumah. Kita beri peralatan. Kita juga turun dptkan maklumbalas. Ada kwsn perlu makanan. Ada kwsn perlu barang selimut, dapur. Semua tu kita semak & selaraskan.

12. Sebnyak 500,000 utk banjir di Sarawak. Tidak ada diskriminasi, kita juga Bantu rakyat Sarawak.

13. Bekalan makanan tidak ada masalah buat masa skrg.


Tiada ulasan: