Sabtu, 31 Januari 2015

MINYAK TURUN LAGI !!! RAFIZI LARI TAK CUKUP TANAH @NajibRazak #DSNO #ubahselangor

Nampaknya pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli kali ni akan lari tak cukup tanah dikejar oleh para pengikutnya sendiri.

Minyak petrol dan diesel melihatkan penurunan harga lagi berkuatkuasa malam ini dan ianya tidak seperti yang dicanangkan oleh Rafizi sebelum ini dengan mengatakan bahawa harga minyak kenderaan mempengaruhi harga bahan makanan.



Sejak bulan lepas, harga minyak kenderaan menurun apabila harga pasaran minyak dunia terus menurun dan diikutkan dengan bulan februari yang menunjukkan harga minyak turun sebanyak 0.21 sen lagi bagi RON95, 0.11 sen bagi RON97 dan 0.23 sen bagi Diesel.

Tapi sejak bulan lepas, kita tak nampak pula Rafizi mengumpulkan bala tentera PR untuk turun berdemo mendesak para peniaga menurunkan harga bahan makanan ekoran daripada penurunan harga minyak.

Apa yang di sebut oleh Rafizi bagi menghalang hentaman keatas beliau ialah kerugian keatas peniaga stesen minyak dan mereka akan gulung tikar jika harga minyak diturunkan sedangkan sebelum itu Rafizi menyalak bagai anjing menyalak bukit mendesak agar harga minyak diturunkan.

Ini sebenarnya mentaliti pakatan pembangkang yang mahu memperlihatkan kerajaan tidak adil, tidak betul dan pelbagai lagi tohmahan untuk membuatkan rakyat membenci kerajaan.

Tapi hari ini jelas terbukti tindakan kerajaan Barisan Nasional hanya untuk menguntungkan rakyat serta memberikan keselesaan kepada rakyat dalam menjalani kehidupan seharian.



Tiada ulasan: