Sabtu, 1 Jun 2013

MUKRIZ BAGI GUAN ENG PENING

Rupanya dengan pengambilalihan Negeri Kedah oleh Barisan Nasional telah membuatkan kerajaan negeri itu memperolehi semula hasil yang selama ini tidak pernah dinyatakan oleh pakatan pembangkang.

Dan dengan kehadiran Menteri Besar yang baru juga telah membuatkan Guan Eng jadi bertambah pening kerana perlu membayar caj pengambilan air sebanyak RM 20 juta setahun kepada kerajaan negeri Kedah.

Kenapa selama ini perkara tersebut tidak didedahkan? Apakah selama 5 tahun memegang Kedah dan Pulau Pinang caj ini langsung tidak dikenakan kepada kerajaan Pulau Pinang dan jika benar ianya berjumlah RM 20 juta setahun maka jika dikalikan dengan 5 tahun ianya sudah membabitkan nilai 100 juta.

Banyak perkara dapat dilakukan dengan wang sebanyak itu dan jelas kerana risaukan kedudukan, maka ianya didiamkan.