Selasa, 4 Jun 2013

JANGAN SUKA SUKA GUNA KEMUDAHAN PARLIMEN

Sangkakala setuju dengan apa yang dikatakan oleh Menyeri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim yang mengatakan bahawa kemudahan parlimen tidak sepatutnya digunakan oleh orang luar.


Perkara ini sepatutnya dibendung sejak dari dulu lagu kerana kebanyakan daripada ahli pembangkang biasanya akan menggunakan lobi parlimen untuj membuat sidang media dan sebagainya.

Kalau dulu kita lihat Rafizi Ramli kerap kali mengadakan sidang media di lobi parlimen dan ini dilihat adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kerana media atau orang asing tidak mengetahui bahawa mereka bukan ahli parlimen dan jika dibiarkan mereka terus menggunakan kemudahan kemudahan tersebut, orang atau media dari luar akan mengatakan kenyataan tersebut adalah dari seorang ahli parlimen. 

Ini juga akan memberikan reputasi buruj kepada negara oleh orang luar kerana yang bukan ahli parlimen juga bebas menggunakan bangunan tersebut untuj kepentingan politik mereka.