Mohd Riza ni nak kena hentam dengan Nik Aziz ke? Kan dulu Nik Aziz keluarkan duit untuk para pengikut PAS pergi ke himpunan BERSIH di Kuala Lumpur dan Nik Aziz sendiri mengakui perkara tersebut.
Dengan kenyataan itu maka Mohd Riza juga seolah olah mengatakan bahawa Nik Aziz juga ibarat tin kosong yang menyokong himpunan himpunan haram seperti itu.
Lepas ni Riza pulak akan dihentam oleh Nik Aziz yang dulu menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh pakatan pembangkang khususnya oleh Anwar Ibrahim.
Apa yang sebenarnya berlaku ialah Nik Azi sengaja untuk membentuk satu pasukan yang mampu untuk menggulingkan kerajaan dengan bantuan dari DAP dan PKR.
Dulu mungkin PAS tidak mampu melakukannya sendirian kerana tidak punyai kekuatan serta ahli yang ramai namun apabila mereka kini bergabung dengan DAP dan PKR, maka kekuatan itu dilihat sudah bertambah.