Khamis, 31 Mei 2012

NIZAR JAMALUDDIN BUKAN LAGI RAKYAT NEGERI PERAK

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin memohon maaf kepada Sultan Johor atas keceluparan beliau dalam laman twitternye baru-baru ini.

Beliau berkata kepada portal Malaysiakini bahawa beliau taidak berniat untuk menghina Sultan Johor tetapi ianya hanyalah pandangan seorang rakyat.

Kenapa Nizar yang perlu memberi pandangan atau pendapat? Dia bukan rakyat Johor, sepatutnya yang memberi pandangan atau pendapat adalah rakyat negeri tersebut.

Apakah Nizar sekarang sudah berada dalam ketakutan hingga mengeluarkan kenyataan berikut setelah mempertikaikan hak keistimewaan Raja-Raja Melayu?

Memang dasar kalau dah ada darah keturunan DAP tu tetap DAP juga Nizar ni walau pun duduk dalam PAS.

Dulu pun macam tu juga, sampai mohon untuk sembah derhaka terhadap Sultan Perak, sekarang dengan Johor pulak. Saja nak cari pasal atau nak cari populariti yang kian merudum?

Sekarang Nizar dikatakan memang dalam ketakutan apabila sokongan terhadap beliau merudum jatuh di negeri Perak, mungkin juga sebab itu dia cuba untuk mencari populariti di negeri lain.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini aje artikel blog nie? puiiiii tak dak apa msg yg mengatakan NIZAR JAMALUDDIN BUKAN LAGI RAKYAT NEGERI PERAK dah lari tajok nie... SPM dulu ambil tak admin? hahahaha