Gelaran Sasterawan Negara tidak layak jika diberikan kepada A.Samad Said ekoran dari himpunan BERSIH yang telah berlaku pada tragedi 28/4 yang lalu. Orang yang dianggap sebagai seniman ini lebih layak di gelar seniman atau sasterawan kerana tindakan beliau yang mencetuskan perbalahan diantara peserta himpunan dengan polis.
Seluruh rakyat Malaysia mengharapkan bahawa keamanan akan dibawa dengan penuh berhemah oleh pak Samad tetapi kejadian sebaliknya telah berlaku.
Sebagai seorang sasterawan, pak Samad sepatutnya mengekalkan keharmonian dan bukannya membawa rakyat ke gelanggang pertelingkahan sperti yang telah terjadi.
Sangkakala telah keluarkan tak lama sebelum himpunan berlangsung dimana, Sangkakala telah menjangkakan bahawa pak Samad tidak akan mampu untuk mengawal peserta himpunan dari melakuka keganasan.
Malam tadi telah diadakan satu majlis yang mengatakan bahawa Pak Samad layak digelar sasterawan rakyat oleh sekumpulan seniman bebas, mungkin hati pak Samd berbunga-bunga mendapat gelaran itu, tetapi yang sebenarnya gelaran tersebut hanyalah sindirian terhadap beliau yang menyatakan bahawa beliau adalah sasterawan keganasan himpunan.
Dalam usia senja sepatutnya pak Samad yang disegani membawa anak-anak muda serta rakyat supaya bersatu padu dan bukannya membawa mereka ke jalanan dan berdemo bersama-sama dengan pendokong LGBT, S.Ambiga.
Tindakan pak Samad tidak lebih dari rasa kecewa kerana mungkin buku-buku tulisan beliau tidak mendapat sambutan oleh rakyat, ini Sangkakala berani nyatakan berikutan dakwaan beberapa orang rakan yang mempersoalkan kenapa seorang seniman berada didalam kelompok orang yang menyatakan bahawa mereka memperjuangkan tentang ketelusan pilihanraya, dimana pak Samad hendak berdiri didalam situasi begini? Adakah beliau ingin menjadi calon pilihanraya akan datang?
Jika benar dengan apa yang didakwa oleh rakan-rakan Sangkakala tentang buku-buku pak Samad, mungkin Sangkakala boleh berikan satu cadangan disini, apa kata jika pak Samad menjual buku-buku penulisan beliau kepada peserta himpunan yang dikatakan mencecah ratusan ribu orang walaupun pada pandangan Sangkakala hanya melibatkan beberapa puluh ribu sahaja, itu mungkin lebih baik dan sudah tentu pak Samad akan memperolehi keuntungan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan