Rabu, 16 Mei 2012

MAJLIS PEGUAM MULA GOYANG



Majlis Peguam kini dilihat seperti cacing kepanasan setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyokong tindakan segelintir peguam yang mahu kerajaan membentuk satu lagi badan profesional guaman sebagai alternatif kepada Majlis Peguam sedia ada.

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung cadangan penubuhan akademi undang-undang yang "boleh menjadi alternatif" dan Majlis Peguam patut terbubar sendiri.

Kenapa perlu takut? Kan ke badan guaman seperti Majlis Peguam mempunyai kekuatan dan keahlian yang ramai?

Sangkakala teringat dengan kata seorang rakan, bahawa Majlis Peguam sebenarnya adalah alat kepada pembangkang dalam bidang perundangan, itu sebab mereka takut jika ada sebuah lagi badan seperti itu diwujudkan oleh kerajaan.

Sangkakala amat menyokong penuh kenyataan serta sokongan Datuk Seri Nazri tersebut, patut ada satu lagi badan yang boleh menyaingi kekuatan Majlis Peguam.

1 ulasan:

BigBoss74 berkata...

SOKONG DATUK SERI NAZRI!