Dakwaan yang mengatakan bahawa kapal selam milik Malaysia tidak boleh tenggelam adalah benar sama sekali.
Ini dapat Sangkakala sahkan setelah melihat sendiri kapal selam tersebut dari dekat.
Rata-rata orang ramai yang Sangkakala tanya di sekitar kawasan kapal selam ini disimpan juga mengesahkan bahawa kapal selam ini memang tidak mampu untuk menyelam.
Kapal yang dimaksudkan ialah kapal selam jenis Agosta 70 yang berada di muzium Klebang Melaka.
Kapal selam yang kini berada di kawasan pantai klebang ini telah diangkat ke daratan pada 17 november 2011 pada jam 7.00 pagi.
Jadi dakwaan oleh Lim Guan Eng berkenaan dengan kapal selam yang tidak mampu tenggelam itu adalah benar, tetapi bukanlah seperti yang didakwa, Scorpene mampu menyelam tetapi yang tidak mungkin akan menyelam lagi ialah kapal selam yang berada di pantai klebang.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan