Rabu, 9 Mei 2012

MCA MENYOKONG ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI

Presiden MCA hari ini menempelak Presiden PAS dalam mempersoalkan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.

MCA menolak kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan Persekutuan yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin, apabila parti itu memperoleh kuasa memerintah kelak.
   
Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Presiden MCA semalam, parti itu berkata status Islam dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan adalah mencukupi dan memadai kerana ia memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi.

"Minoriti bukan Islam tidak akan dapat melindungi diri mereka daripada 'cara hidup Islam' masyarakat yang lebih besar. Walaupun hak-hak mereka dibatasi dengan jelas dalam masyarakat sedemikian, mereka masih merasai tekanan untuk mematuhi beberapa tuntutan sosio-budaya Addin.

"Selain itu, memberi kelebihan kepada cara hidup majoriti akan membawa kepada subordinasi psikologi agama-agama minoriti," menurut kenyataan parti itu.

Menurut MCA, apabila cara hidup masyarakat majoriti dinyatakan dalam Perlembagaan sebagai satu cara hidup sesebuah negara, satu halangan telah diwujudkan bagi memisahkan satu kumpulan dengan masyarakat yang lain dan ini menjelaskan bahawa pindaan Perlembagaan bagi tujuan mengiktiraf Islam sebagai addin persekutuan adalah satu tindakan tidak bijak.

Parti terbesar yang mewakili masyarakat Cina itu menyatakan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa 'Islam adalah agama persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana tempat dalam persekutuan' adalah memadai kerana peruntukan sedia ada berhubung agama itu adalah yang terbaik bagi negara ini.

MCA mengulangi pendirian menyokong semangat Perlembagaan Persekutuan dan menolak sebarang perubahan yang dilakukan sewenang-wenangnya mahupun cadangan untuk memindanya kerana ia menjejaskan kebebasan dan kehidupan rakyat Malaysia.

"Kami mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan hak umat Islam dilindungi Perlembagaan Persekutuan dan hukum Syariah, dan bukannya kenyataan retorik PAS," menurut kenyataan parti itu lagi.   
Haji Hadi pelu melihat kini perpaduan yang dibawa oleh kepimpinan UMNO dalam menjadi parti tunggak Barisan Nasional. Bukan seperti PAS yang menjadi parti tunggangan DAP untuk mendapat kuasa memerintah.

Tiada ulasan: