Rabu, 2 Mei 2012

KANAK-KANAK MENJADI MANGSA AKIBAT KERAKUSAN PEMBANGKANG UNTUK MEMERINTAH


Lihatlah betapa tidakbermoralnya manusia-manusia yang mengikut kehendak Anwar dan Ambiga membawa kanak-kanak yang tidak berdosa dan tidak mengetahui apa-apa ini ke himpunan BERSIH 3.0 pada 28 april yang lalu.

Sangkakala juga merasakan bahawa kedua ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak malang ini tidak layak untuk di panggil sebagai manusia mahupun haiwan kerana haiwan juga tahu bagaimana untuk melindungi anaknya.

Apa yang amat menyedihkan ialah melihat titsan anak-anak ini yang begitu ketakutan apabila keganasan terjadi di himpunan tersebut. Adakah mereka yang membawa anak-anak ini takut untuk berdepan dengan pasukan keselamatan hingga sanggup menjadikan anak-anak ini sebagai benteng untuk mereka mempertahankan diri?

Sangkakala amat kecewa dengan sikap ibu bapa anak-anak ini yang sanggup menggadaikan nyawa anak-anak mereka demi kepuasan hati penganjur himpunan tersebut. Mungkin juga ibu bapa anak-anak ini menerima bayaran mengikut kepala yang menyertai himpunan itu dan oleh kerana wang ringgit maka mereka tidak mempedulikan apa yang akan terjadi keatas anak mereka.

Bayangkan jika mereka ini dirempuh oleh perusuh-perusuh pada hari tersebut, apa akan jadi? untuk menyalahkan mana-mana pihak pada ketika itu mungkin adalah bukan jalan aau cara untuk mereka dipulihkan seperti sedia kala.

Sangkakala harap sangat selepas ini, mereka yang berhajat untuk melawan kerajaan berfikir banyak-banyak jika mereka bercadang untuk membawa anak-anak mereka sekali ke himpunan seperti itu. Jika mereka ini dibawa melihat keindahan Bandaraya Kuala Lumpur, sudah pasti kita akan melihat anak-anak ini ketawa kegembiraan dan bukan menangis ketakutan seperti ini.

1 ulasan:

Cencaluk berkata...

Salam,

Pada saya penguatkuasaan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia amat Longgar.

Jika di Luar Negara setiap kes yang melibatkan kanak-kanak samada hilang, ditinggalkan berseorangan dirumah tanpa pengawasan ataupun membawa mereka bersama-sama di perhimpunan haram kakank-kanak itu boleh dirampas oleh Kebajikan Masyarakat tapi di Malaysia Kerajaan kita amat lembut hati dan bersimpati walaupun terbukti ianya adalan kesalahan dan kecuaian Ibu bapa itu sendiri.

Satu lagi Masyarakat Malaysia selalu bersimpati tidak bertempat seperti kes kehilangan anak baru-baru ini ternyata ianya adalah kecuaian ibubapa tapi atas simpati rakyat kes itu mendapat liputan meluas sehinggakan Pihak polis disalahkan.