Selasa, 8 Mei 2012
BAPA BOREK ANAK RINTIK NURUL IZZAH SANGKAL MAJLIS FATWA
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Ibrahim yang juga merupakan anak kepada Anwar ibrahim dan Wan Azizah hari ini membuat pertanyaan seolah-olah beliau menyangkal Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengeluarkan fatwanya baru-baru ini dengan mengatakan bahawa 'Adalah haram buat umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik.'
Beliau membuat pertanyaan sebegini, Pertama, perhimpunan BERSIH 3.0 untuk pilihan raya bebas dan adil telah mendapat kebenaran serta kelulusan di bawah peruntukan Akta Perhimpunan Aman dan memenuhi syarat 'bertujuan baik' kerana tentunya tuntutan pilihanraya bebas dan adil tidak haram?
Bagi Sangkakala, pada awalnya himpunan tersebut memang baik dengan hanya duduk dan bantah, tetapi apabila peserta himpunan mula merusuh itu sudah menjadi tidak baik dan ini yang di maksudkan oleh majlis fatwa.
Penyangkalan kedua berbunyi, Arahan mahkamah melarang perhimpunan ke ruangan Dataran Merdeka adalah menafikan hak asasi rakyat dalam sebuah negara demokratik, oleh itu ia 'bertujuan tidak baik' dan menimbulkan 'suasana konfrontasi'. Justeru, adakah tindakan ini haram?
Arahan mahkamah itu dibuat untuk mengelakkan kejadian seperti kejadian pada 28 april yang lalu dan pihak kerajaan telah memberi pilihan supaya ianya dilakukan di stadium, tetapi ianya di langgar oleh pihak penganjur, dan mungkin juga ada niat untuk melakukan huru-hara dan ianya adalah haram.
Ketiga, tindakan berlebihan pihak berkuasa mengepung dan menghalang orang ramai bersurai secara teratur dan aman serta tindakan menggunakan kekerasan berlebihan seperti gas pemedih mata, pancutan air kimia, pukulan dengan cota dan kekerasan yang diperlakukan segelintir anggota polis secara am -adakah semuanya haram?
Yang sebenarnya pihak polis hanya melakukan hadangan serta benteng tetapi pihak polis telah diserang dahulu oleh peserta himpunan setelah Azmin Ali mendapat isyarat dari Anwar Ibrahim dan oleh yang demikian pihak polis terpaksa mengambil tindakan tegas setelah mendapati peserta boleh mendatangkan kecederaan serta kemusnahan harta benda. Ini adalah tidak dikira haram kerana bertujuan untuk menyelamatkan harta benda serta menjaga keamanan dan tanggungjawab yang diberikan oleh berjuta-juta rakyat Malaysia.
Keempat, Pengerusi Jawatankuasa, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin juga menyebut: "Tindakan merusuh, mewujudkan kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama." Oleh demikian bagaimana fatwa tindakan umat Islam di Tunisia, Mesir, Libya dan kini Syria ke atas kerajaan masing-masing yang sah di sisi undang-undang juga haram?
Bagi negara-negara yang disebutkan oleh Nurul Izzah ini, majoriti rakyatnya bangkit untuk menuntut, bukan seperti BERSIH yang hanya ada beberapa kerat sahaja yang menunjukkan rasa tidak puas hati, jadi majoriti rakyat Malaysia berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan yang ada sekarang.
Kelima, apakah fatwa untuk menipu di pilihanraya dengan berbagai kaedah seperti menghalang rayuan mahkamah dibuat di atas kesahihan Daftar Pemilih (Akta Pilihanraya - Seksyen 9A), menghalang wakil-wakil parti dan bukan parti menyaksikan dan menyemak kad pengenalan pengundi dengan Daftar Pemilih pada hari mengundi (Akta Kesalahan Pilihanraya - Seksyen 26A (2) dan (3)), persempadanan kawasan pilihanraya tidak adil melalui pindaan Artikel 116 Perlembagaan Persekutuan mengenai nisbah perbezaan jumlah pengundi tidak melebihi 15% setiap kawasan, penyalahgunaan undi pos, akses media terhad untuk semua parti politik, pengunaan politik wang merasuah pengundi dan pengunaan pengundi hantu - adakah ia haram?
nampaknya Nurul Izzah tidak diberikan pendidikan agama yang selayaknya oleh Anwar Ibrahim, fatwa hanya dikeluarkan apabila ada bukti yang sahih, kalau setakat bercerita dan bercakap, itu boleh menimbulkan fitnah dan ianya adalah haram serta berdosa, nyatakan bukti dulu baru minta Majlis Fatwa menyemak kembali fatwa berkenaan.
Keenam, apakah fatwa mengenai sebuah kerajaan yang dibentuk berdasarkan pilihanraya yang tidak bebas dan tidak adil - adakah ia kerajaan haram?
Ini pertanyaan yang agak bodoh dari Nurul Izzah, jika pilihanraya di Malaysia dikatakan tidak adil, seperti yang Sangkakala jawabkan secara amnye tadi, tunjukkan bukti, jangan hanya bercakap sahaja, semasa bapa beliau menjawat jawatan menteri dan akhir sekali timbalan Perdana Menteri, kenapa semua soalan-soalan ini tidak di kemukakan? Kenapa baru kini?
Jadi bagi Sangkakala, suruh PAS keluarkan fatwa pula untuk menjawab segala soalan yang dikemukakan, sudah pastinya jawapan yang berbeza akan diberikan dan sudah tentu PAS akan menghalalakan semua perbuatan yang dilakukan oleh peserta himpunan kerana PAS akan sentiasa menghalalkan cara dalam tujuan untuk menjadi pemerintah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan