Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini mendapat tamparan hebat apabila peneroka yang memfailkan injunksi menghalang penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) mengambil 'durian runtuh' yang diberikan.
Semua peneroka tanpa mengira sama ada mereka menyokong atau menolak penyenaraian FGVH berhak mendapat wang RM5,000 yang diberikan Felda sempena cadangan penyenaraian itu.
Wang 'durian runtuh' itu diterima oleh semua peneroka- peneroka Felda.
Dalam laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan peneroka Jengka 14 Abdullah Mohd dan peneroka Jengka 15 Idris Mat Sah menerima cek durian runtuh fasa pertama bernilai RM5,000.
Dilaporkan, modus operandi mereka terdapat persamaan apabila kedua-duanya datang ke pejabat pengurus Felda masing-masing dalam keadaan tergesa-gesa dan memberikan pelbagai alasan untuk membolehkan segera meninggalkan pejabat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 8 Mei mengumumkan pemberian RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka Felda seluruh negara.
Wang tersebut akan diagihkan dalam tiga peringkat - masing-masing RM5, 000.
Permohonan injunksi yang dikendalikan oleh peguam ANAK, Haris Abdullah, bertujuan menghalang FGVH dan bank terbabit daripada meneruskan rancangan penyenaraiannya, sehingga tuduhan serius peneroka mengenai penipuan disiasat namun kini di dapati gagal kerana semua peneroka kembali bersetuju dengan cara mengambil "wang durian runtuh tersebut"
4 ulasan:
Semua peneroka layak menerimanya kerana wang ini datangnya dari titik peluh semua peneroka Felda bukannya UMNO/BN. Menentang penyenaraian FGVB tiada kena mengena dengan 'durian runtuh' ini.
jika BN tidak usahkan apakah nak dapat wahai sibodoh yang tak tahu nak berterima kasih...memang bodoh bin bangang !!!
jika nak harap anwar ,apa yang hampa dapat..air lior penipu dia bolihlah..jenis manusia yg tak tahu nalu macam haramjadah puak pakatan haram jadah ni.
Kalau ANAK tak gegar Felda,harap Umno nak bagi?KPG pun tipu.Bila dah beribu peneroka fail saman baru lah terhegeh hegeh nak bagi durian runtuh..
Catat Ulasan