Selasa, 15 Mei 2012

JANGAN BERTANDING ADUN KALAU TAK MAMPU UNTUK JAGA KAWASAN

Apa dah jadi ni? Sangkakala dengar ada Ketua Bahagian UMNO yang merangkap ADUN dan juga Setiausaha Politik seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak berkuasa di bahagian beliau sendiri.

Menurut maklumat yang Sangkakala perolehi, kawasan yang di maksudkan ialah Bahagian Tasik Gelugur di Pulau Pinang.

Kenapa jadi macam ni? Apa guna jadi ADUN dan Setiausaha Politik Menteri kalau untuk membantu rakyat dikawasan pun susah?

Menurut pemberitahu maklumat, kawasan Tasik Gelugur kini di terajui oleh Setiausaha Bahagian tersebut hingga ramai rang ketinggalan.

Kalau betul cerita yang Sangkakala dengar ni, lebih baik ADUN tersebut menarik diri dari menjadi calon pada PRU ke 13.

Takut nanti menang sorak kampung tergadai, ada peluang boleh menang terus kalah, sebab dengar cerita pengundi kawasan Tasik Gelugur dah menyampah dengan ADUN ni.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: