Sabtu, 26 Mei 2012

MASJID JAMEK SRI ANDALAS DALAM MASALAH

Sangkakala dapat maklumat dari seorang rakan yang menghantar blackberry messenger pada Sangkakala malam ni.

Apa yang mengejutkan Sangkakala ialah, beliau mengatakan bahawa Masjid Jamek Ar Rahimiah dalam Parlimen Kota Raja Klang sudah lebih 2 bulan tiada saf utama kerana karpet rosak akibat banjir.

Apa Kerajaan PR Selangor buat? Rakan Sangkakala bagi tau bahawa kerajaan Selangor mahu tunggu depa menang Pilihanraya baru nak bagi sumbangan dan tukar yang baru.

Bagaimana rakyat terutama di DUN Sri Andalas nak menunaikan solat di Masjid tersebut?

Sangkakala harap rakyat disekitar kawasan terutamanya pengundi di kawasan tersebut sedar dengan kelemahan kerajaan Selangor hari ini.

Jauh sungguh perbezaan dengan pemerintahan Barisan Nasional dulu, kalau kali ni pun rakyat atau pengundi di kawasan tu masih pilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan, maka semua akan mendapat masalah nanti.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah...boleh ugut2 plak ek...bagi ko menang baru nak tukar ek...siap ko

Tanpa Nama berkata...

tulah bawak masuk kafir dlm masjid kan dah kena laknat