Rabu, 29 Februari 2012

TIADA AKHLAK JIKA BERBAI'AH CARA PAS

Selepas membaca sebuah artikel didalam Harakahdaily petang tadi Sangkakala terpanggil untuk mengatakan bahawa Bai'ah pemimpin PAS menimbulkan keraguan pada Sangkakala.

Manakan tidak Sangkakala berkata begitu berikutan dengan pengakuan seorang pemimpin PAS yang kini bergelar ADUN di negeri Perak selepas PRU12 yang lepas.

Mungkin Sangkakala tidak mengetahui keseluruhan cara Bai'ah PAS tersebut tetapi dengan pengakuan ADUN itu membuatkan Sangkakala berfikir apa sebenarnya PAS ni.

ADUN tersebut telah mengatakan kepada Sangkakala sendiri bahawa sekiranya beliau menarik diri atau keluar dari PAS atau meletakkan jawatan ADUN maka beliau menceraikan isteri dengan talak tiga dan segala harta benda beliau haram untuk seumur hidup.

Sangkakala berfikir sejenak ketika ini, adakah cara ini tuntutan didalam Islam atau ianya hanyalah tuntutan Islam PAS?

Sedangkan didalam ajaran Islam ada mengatakan bahawa satu-satunya perkara halal yang paling di benci oleh Allah adalah TALAK. Tapi dam kes ini Sangkakala merasakan bahawa PAS seolah-olah mempermain-mainkan perkara yang disebutkan tadi.

Dan Sangkakala juga terfikir, adakah ini cara untuk pemimpin-pemimpin PAS memaksa pengikut mereka yang ingin menjadi ADUN atau Ahli Parlimen mengiyakan apa jua yang mereka lakukan walau pun ada di kalangan ADUN dan Ahli Parlimen PAS merasakan perjuangan PAS sudah tersasar dari landasan sebenar.

Kita lihat seperti Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat baru-baru ini, beliau sendiri tidak berani untuk mengatakan bahawa beliau keluar dari PAS walaupun sudah dipecat dan dibuang dari keahlian. Mungkin beliau takut akan kehilangan isteri tercinta demi memperbetulkan keadaan yang sebenarnya.

Jika kita berbalik ke zaman Nabi dulu, Nabi serta pengikut Baginda membawa bersama isteri ketika pergi berperang (jika tidak silap) dan Baginda sendiri memuliakan wanita apatah lagi bila wanita tersebut bergelar isteri.

Nampak sangat pemimpin PAS sanggup memperjudikan keluarga demi mencapai cita-cita menjadi pemimpin dan tidak mustahil juga memperjudikan tanahair ini demi mencapai cita-cita politik mereka. Ini semua dapat dilihat apabila PAS sanggup bersekongkol dengan DAP yang secara terang-terangan menolak agama Islam.

Adakah pemimpin-pemimpin begini yang kita mahukan untuk menjadi pentadbir di negara ini dengan hanya kerusi di Parlimen lebih kurang dari DAP?

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

"Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya sendiri dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka All. akan memberi kepadanya pahala yang besar".

Ayat diatas Sangkakala perolehi dari artikel yang Sangkakala sebutkan tadi. Jika diperhatikan, adakah didalam ayat tersebut meminta kepada Nabi Mohammad untuk membai'ah sahabat-sahabat Baginda hingga ke tahap menceraikan isteri? Dan satu lagi ayat yang Sangkakala perolehi berbunyi begini:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu…"

Jelas didalam ayat seperti yang di atas Allah SWT menyeru kepada orang-orang beriman supaya taat kepada "Ulil Amri" atau pemimpin.

Ini juga tidak dilakukan oleh kepimpinan PAS sendiri dengan cara melakukan solat hajat meminta musibah menimpa keatasa Perdana Menteri sedangkan Perdana Menteri adalah pemimpin dikalangan orang Melayu dan beragama Islam.

Kita juga perlu melihat dimana pernah diperkatakan tidak lama dahulu di Pulau Pinang Imam dikalangan PAS mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Ketua Menteri Pulau Pinang, adakah Ketua Menteri tersebut dikalangan pemimpin Melayu dan beragama Islam seperti kehendak ayat yang Sangkakala keluarkan tadi?

PAS khususnya para pengikut perlu lebih prihatin dengan perkara ini, jangan jadi seperti yang Sangkakala sebutkan tadi, sanggup memperjudikan agama dan negara demi untuk mencapai kuasa politik.

Bagi Sangkakala akhlak pemimpin PAS hilang apa bila berbai'ah dengan cara ini.

2 ulasan:

pukimaq berkata...

Tak kisah pun pasal ba'iah sebab homo cun ni suka bontot sayangku.Tak suka bini orang.Suka laki orang.

Panglima Harimau berkata...

PAS memang dah lama tak betul sejak dari awal penubuhan PAS lagi.
Terutama tak betul niat nak tubuhkan PAS.