Isnin, 6 Februari 2012

ZURAIDAH CERITA PASAL MARUAH?

Ahli parlimen Ampang,YB Zuraidah beriya-iya benar memberitahu kepada media keadilan supaya DS Shahrizat Jalil meletakkan jawatan sebagai menteri kononnya atas kes NFC sekiranya DS Shahrizat Jalil mempunyai maruah.

Kita semua tau bahawa kes NFC masih lagi didalam siasatan pihak berkuasa dan masih belum membuktikan apa-apa tambahan pula dengan kenyataan ketua juruaudit negara bahawa NFC yang di maksudkan adalah Pusat Fidlot Kebangsaan atau National Fidlot Centre (NFC) dan bukannya NFC Corp yqng diterajui oleh keluarga DS Shahrizat.

Berbalik kepada soal maruah yang di katakan oleh YB Zuraidah Kamarudin, kenapa beliau tidak mendesak supaya Datin Seri Wan Azizah melepaskan jawatan sebagai Presiden PKR apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari dahulu. Bukankah itu juga melibatkan maruah?

Kenapa Datuk Seri Anwar tidak didesak melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Umum PKR apa bila peguam DS Anwar yang juga merupakan Presiden DAP mengatakan bahawa kejadian diantara Saiful dan DS Anwar adalah berdasarkan kes suka sama suka?

Kes liwat DS Anwar telah di letakkan sebagai kes primafasi dimana hakim mendapati kes tersebut wujud dan boleh di bicarakan dan hakim juga pernah mengatakan bahawa Saiful Bukhari adalah saksi yang berkaliber dan boleh dipercayai?

Dimana maruah DS Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah dalam kes ini?

Sangkakala berpendapat bahawa YB Zuraidah cuba mengatakan bahawa keluarga DS Anwar Ibrahim tidak mempunyai maruah jadi tidak perlu untuk meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen atau sebagai pemimpin parti.

Mungkin juga YB ni takut nak kritik secara terang-terangan tetapi ibarat sindiran bak kata pepatah 'pukul anak sindir menantu', atau YB Zuraidah takut jika bersuara nanti nasib beliau akan jadi sama macam Datuk Hasan Ali yang dibuang keahlian kerana begitu lantang dan secqra terang-terangan mengkritik 'ANU gerah tuhan' iaitu DS Anwar Ibrahim.

Hati-hati YB nanti kena buang pula. Kita yang berfikiran matang haruslah berfikir semula apa yang sangkakala katakan ni. Tepuk dada tanya diri serta iman. Wassalam

Tiada ulasan: