Ahad, 19 Februari 2012

KENAPA PERLU JINGGA

Baru-baru ini pihak Pakatan Rakyat telah menyelar perbuatan Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang juga yang telah membuang buku Jingga dalam satu ucapan.

Rupa-rupanya tindakan itu dibuat setelah dikaji kebaikan serta keburukan buku Jingga yang di angung-agungkan oleh pengikut Pakatan Rakyat hingga ada Pemimpin PAS telah meyamakan buku Jingga dengan surat Nabi Muhammad SAW kepada Maharaja Rom.

Dalam MalaysiaKini semalam, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa bahawa Malaysia akan bankrap dalam masa dua tahun sekiranya tawaran Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dilaksanakan.

Beliau mendakwa dasar untuk memastikan pendapatan setiap isi rumah mencapai kadar RM4,000 dalam tempoh lima tahun akan menyebabkan hutang negara melebihi 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Sejumlah RM93.9 bilion diperlukan setiap tahun untuk memastikan
ianya dibayar kepada 3.0 juta isi rumah untuk memastikan pendapatan terjamin pada kadar RM4,000 sebulan," kata Chua.

Tambahnya, dalam tempoh satu tahun saja pembayar cukai juga perlu membayar antara RM199 bilion hingga RM254 bilion manakala defisit belanjawan negara akan meningkat 27.5 peratus kepada RM617 bilion.

"Malaysia akan bankrap dalam tahun kedua (pentadbiran) Pakatan apabila defisit belanjawan melebihi 10 peratus daripada KDNK dan hutang negara akan melebihi 100 peratus daripada KDNK," katanya lagi.
(Sumber MalaysiaKini)

Jadi pada Sangkakala tidak salah Datuk Ahmad Maslan membuang buku yang boleh menjadikan negara ini berhutang sampai menyusahkan rakyat ke dalam tong sampah, kerana bahan yang tidak boleh diguna pakai memang disitu tempat selayaknya. Syabas Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Tiada ulasan: