Ahad, 12 Februari 2012

NIZAR JAMALUDIN AKUI PERKHIDMATAN KERAJAAN TERBAIK

Bekas Menteri Besar Perak Yb Datuk Seri Nizar Jamaludin akhirnya mengakui bahawa perkhidmatan kerajaan selama ini adalah yang terabaik berbanding denga negara-negara lain.

Perkara ini terbukti apa bila Yb Nizar sendiri mengakui bahawa beliau sedang bersama-sama ibu dan bapa pelajar lain di MRSM Taiping untuk menghantar anak beliau yang memasuki tingkatan 4.

Selama ini nampaknya apa yang diperkatakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat tentang sistem pendidikan negara yang masih berada di tahap rendah sudah di sangkal oleh mantan Menteri Besar tersebut.

YB Nizar dalam laman twitternya berkata bahawa beliau menghantar anak memasuki tingkatan 4 bersama-sama 390 ibu bapa pelajar sedang mendengar taklimat di MRSM Taiping.

Tahniah Yb Nizar yang akhirnya sedar akan hasil usaha kerajaan selama ini. Diharap lepas ni jangan ada suara-suara sumbang lagi yang mengatakan kerajaan tak buat apa-apa ye.

Tiada ulasan: