Jumaat, 10 Februari 2012

KEMUSNAHAN AZMIN ALI

Berita penangkapan bekas kekasih Elizabeth Wong di Indonesia baru-baru ini hangat diperkatakan.

Sedar tak sedar rupa-rupanya orang yang bertanggung jawab untuk melindungi lelaki tersebut adalah Azmin sendiri.

Dengan tertangkapnya lelaki yang di percayai bekas kekasih EXCO Kerajaan negeri Selangor yang satu ketika dulu menggemparkan negara dengan gambar menjolok mata separuh bogel itu, maka Azmin dikatakan gagal melaksanakan tugas yang telah diberikan kepada beliau.

Dengan kegagalan itu juga, kini kerajaan PR Selangor menjadi kelam kabut untuk menepis segala fitnah yang dilemparkan terhadap UMNO dan BN yang mana Kerajaan PR Selangor menuduh semua yang terjadi itu berpunca dari konspirasi yang di ilhamkan oleh UMNO/BN. Dan kehilangan bekas kekasih EXCO tersebut juga adalah disebabkan oleh pembiayaan oleh UMNO, kini PR Selangor perlu menjawab semua fitnah yang dilemparkan.

Tiada ulasan: