Jumaat, 10 Februari 2012

KISAH KELAKAR DISEBALIK HUDUD

Kisah sebenar di sebalik hukum Hudud dan kenapa Nik Aziz beriya-iya benar untuk menjalankan hukum tersebut.

Kisahnya bermula begini, di suatu pagi Jumaat yang amat indah dan tenteram, Nik Aziz yang menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan sedang bersiap-siap untuk ke pejabat Menteri Besar.

Beliau mengenakan baju melayu berbutang siap bersamping nampak gah dihadapan cermin walau pun beliau tau umur sudah berbau tanah.

Dalam bersiap-siap, Nik Aziz telah terfikir untuk menunjukkan kepada Rakyat bahawa beliau adalah seorang pemimpin Islam sejati dan berjiwa rakyat.

Dalam otak beliau telah terfikir satu idea yang agak-agak jahat dalam mengelabui mata dan fikiran rakyat negeri Kelantan Darul Naim.

"Ambo haghi ni no gi mesjik jaley kaki, moh biar letok kegheto ambo jauh sikik daghi mesjik pahtu tubik jaley kaki, oghey sokmo buleh nampok ambo baik lagu ni." Begitulah niat jahat Nik Aziz.

"Nok paka kasuk ko nok paka selipar jo ni? Paka kasuk nampok begayo pulok, pakai selipar jepun jo lah, baghu nampok mulio" begitulah kata-kata Nik Aziz di dalam hati. Jahat sungguh Nik Aziz.

Di pendekkan cerita, sampailah waktu solat Jumaat dan Nik Aziz telah melaksanakan apa yang beliau cadangkan dari pagi tadi. Memang menjadi perancangan tersebut, tua muda semua memuji Nik Aziz yang kelihatan berjalan kaki dengan memakai selipar menuju ke masjid.

Beliau di minta untuk memberikan khutbah jumaat dan seterusnya mengimamkan jemaah.

Sesudah selesai solat Jumaat, Nik Aziz bersalam-salaman dengan semua jemaah yang ada didalam masjid tersebut sambil berjalan keluar. Alangkah terkejutnya Nik Aziz apabila melihat selipar beliau telah hilang. Apa lagi, mengamuk sakan le Nik Aziz, nak suruh driver datang ambil nanti jemaah nampak pula, mau tak mau terpaksalah Nik Aziz berjalan kaki tanpa selipar menuju ke kereta beliau.

Dalam perjalanan tersebut beliau telah nekad untuk berjumpa dengan Tun Mahathir yang semasa itu menjadi Perdana Menteri bagi menjalankan hukum hudud terhadap orang-orang Islam.

Perjumpaan pun diatur, maka mengadulah Nik Aziz kepada Tun Mahathir dan ditolak oleh Tun Mahathir dengan cara baik. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati Nik Aziz. Tun Mahathir semasa ditemui oleh Nik Aziz telah memberikan kata putus kepada Nik Aziz bahawa hukum hudud tidak boleh dijalankan kerana tidak ada di dalam Al-Quran atau mana-mana undang-undang Islam bahawasanya pencuri kasut atau selipar di masjid apa bila di tangkap kaki mereka akan di potong. Tetapi Nik Aziz tetap berkeras bahawa hukum hudud perlu dilaksanakan.

Jadi dari cerita di atas ternyata Nik Aziz mahukan hukum hudud di jalankan semata-mata marah akan si pencuri selipar beliau.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

Unknown berkata...

Sangkakalajari9..... Jahatnya nko.... Aku harap Allah memberi petunjuk pd nko!