Sabtu, 28 Julai 2018

NIK NAZMI SOKONG ANWAR IBRAHIM DAN RAFIZI !! DIMANA KEDUDUKAN AZMIN ALI LEPAS NI? @chedetofficial @MuhyiddinYassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Ketua Pemuda Keadilan, Nik Nazmi melalui twitternya hari ini menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan sebagai Presiden Keadilan menggantikan Wan Azizah serta Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden mengambil alih kerusi Azmin Ali yang kini menjawat jawatan Menteri dalam kerajaan pusat.

Adakah dengan sokongan penuh ini bakal merubah nasib Azmin Ali dari pentas dunia politik setelah sekian lama berjuang dalam parti Keadilan?


Azmin Ali disebut sebut akan bertanding bagi kerusi Presiden PKR melawan Wan Azizah dan ianya adalah kali ke 2 penyusupan Azmin untuk jawatan tersebut setelah tidak berkeyakinan untuk menang pada pemilihan lepas yang mana Anwar juga meletakkan diri untuk bertanding kemudian menarik diri bagi membenarkan Wan Azizah menang tanpa bertanding.

Pemilihan PKR kali ini sudah pasti akan menjadi lebih menarik kerana mahu atau tidak, Azmin perlu meloloskan diri daripada terus dibelenggu perjawatan dalam parti.

Dari pengamatan Sangkakala, kemana sahaja Azmin pergi, sudah pasti akan menemui jalan sukar dimana jika bertanding sebagai Presiden PKR, Anwar Ibrahim sedia menunggu dan mempertahankan kerusi Timbalan Presiden pula, Rafizi Ramli sudah menanti.

Kedua dua nama yang bakal menggugat Azmin ini adalah nama besar dalam PKR dan sudah pasti Azmin akan memerlukan kekuatan yang luar biasa di peringkat akar umbi.

Sudah pasti pemilihan kali ini menyaksikan satu pertarungan hebat kerana kini PKR merupakan sebahagian dari parti yang menjadi kerajaan dan sudah tentu ramai yang mengidamkan jawatan dalam kerajaan.


MAHATHIR LANTIK MENTERI TANGKAP MUAT, AKHIRNYA DAPAT MENTERI ?? @chedetofficial @@MuhyiddinYassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Untuk melantik jemaah Menteri bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan oleh seorang Perdana Menteri dan perlantikan tersebut perlulah menepati kritirea yang diperlukan buat masa kini.

Namun apa yanh dilakukan oleh Mahathir selaku Perdana Menteri dalam perlantikan Menteri dan Timbalan Menteri jelas menunjukkan bahawa Mahathir melantik menteri dan timbalan secara rawak sehingga beberapa menteri kerap kali mengeluarkan kenyataan tidak cerdik.

Seperti M Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia yang baru baru ini dipetik mengatakan bahawa negara ini penduduk asalnya adalah orang India dan bukanlah orang Melayu hanya berpandukan kepada kewujudan beberapa candi sembahan penganut Hindu seperti Candi Lembah Bujang.


Kalau tak tau atau tidak pasti bolehlah bertanya pada pakar sejarah tanah air dan rasanya sejarah kemasukan agama Hindu ke Malaysia juga perlu dipelajari oleh Kula sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Parameswara, orang pertama yang menemui Melaka adalah penganut agama Hindu tetapi Parameswara adalah orang Melayu dari Palembang dan hanya memeluk Islam pada tahun 1414.

Berkenaa  dengan Candi Lembah Bujang pula boleh la dirujuk dalam artikel yang Sangkakala kongsikan di bawah.

http://memori-kedah.com/page_pengenalan.php?p=2&idstopic=47&idskandungan=190&mtopic=5

Kalau dah jadi Menteri tapi kebodohan ditunjukkan pada rakyat, apakah Malaysia akan terus selamat?



Rabu, 25 Julai 2018

AHLI PARLIMEN MASJID TANAH DIDESAK LETAK JAWATAN @Zahid_Hamidi @NajibRazak @masermieyati

Ahli Parlimen kawasan Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati didesak oleh rakyat yang memberikan undi kepada beliau untuk melepaskan jawatan.

Ini adalah disebabkan Mas Ermiyatie mengambil tindakan untuk keluar dari UMNO seterusnya menjadi Ahli Parlimen bebas.

Bagi Sangkakala tindakan daripada pengundi di Masjid Tanah adalah satu tindakan yang amat bijak walaupun dilihat agak drastik.


Mas Ermieyati telah diberikan mandat oleh pucuk pimpinan parti bagi menjadi calon mewakili parti dalam pilihanraya umum yang lalu.

Tindakan keluar dari parti dibuat selepas pemilihan UMNO yang melihatkan YB Datuk Seri Zahid menjadi Presiden UMNO menggantikan tempat YB Datuk Seri Najib Razak.

Mas Ermiyatie juga memberikan alasan bahawa tiada orang muda dalam kepimpinan baru UMNO dan yang ada hanyalah mereka mereka yang telah lama dalam parti.

Sangkakala nak bagi tau Mas Ermieyati, itu beza perjuangan, masih kekal dalam parti walaupun parti kalah, mereka tetap setia berbanding yang setahun jagung ni, tak puas hati lompat keluar kononnya nak tunjuk protes.

Bagi Sangkakala, Mas Ermiyatie boleh buat protes tapi tunaikan permintaan rakyat dengan melepaskan jawatan dan benarkan satu pilihanraya kecil dilakukan.

Disana nanti baru Mas Ermiyatie masuk kembali ke gelanggang dan lihat sama ada beliau mampu atau tidak untuk mengekalkan status wakil rakyat Masjid Tanah.

Tapi Sangkakala percaya bahawa Mas Ermiyatie takkan buat perkara tersebut dan boleh la di kategorikan sebagai kacang lupakan kulit dan bagi Sangkalala pula, ini adalah dikalangan mereka yang tak sedar diri dan tak tau malu.



Isnin, 16 Julai 2018

AKHIRNYA RAKYAT MALAYSIA SECARA TERANG KENA TIPU @chedetofficial @muhyiddinyassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Sebelum berlaku pilihanraya umum yang ke 14 tempoh hari, rakyat Malaysia telah disajikan dengan janji janji manis oleh pakatan harapan yang diketuai oleh Tun Mahathir.

Ekoran dari janji janji berkenaan maka rakyat Malaysia tanpa berfikir panjang terus memberikan mandat serta kepercayaan kepada pakatan untuk menerajui negara sebagai kerajaan.

Namun begitu, selepas sahaja pilihanraya berlaku dan pakatan mengambil alih tampuk kerajaan Malaysia, perkara sebaliknya telah berlaku.

Salah satu perkara yang selalu menjadi sebutan puak pakatan ialah tentang GST yang disebut sebut sebagai cukai yang membebankan rakyat walaupun hasil kutipan GST diberikan semula kepada rakyat melalui BR1M kepada mereka yang layak.

Ini juga telah membuatkan rakyat Malaysia memberontak dan akhirnya mengambil keputusan untuk menukar kerajaan dan selepas menang pilihanraya, kerajaan Pakatan telah mengurangkan kadar GST kepada 0%.

Hari ini, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa cukai SST akan dikenakan sebabyak 10% dan cukai perkhidmatan pula sebanyak 6% dan jumlah keseluruhan cukai adalah sebanyak 16%.


Persoalan yang bermain di kepala Sangkakala kini ialah, adakah GST yang dikenakan sebanyak 6% lebih tinggi atau cukai SST dan cukai perkhidmatan sebanyak 16% ini lebih tinggi?

Kalau dulu rakyat merasa terbeban dengan kehadiran GST, adakah kini rakyat akan merasa selesa dengan SST dan cukai perkhidmatan yang dikenakan sebanyak 16%?

Jelas rakyat Malaysia hari ini tertipu dengan omongan kosong kerajaan Pakatan yang lebih memikirkan kroni berbanding rakyat jelata.

Cuma kali ini rakyat akan terus ditekan sehinggalah ke pilihanraya akan datang dan jika pakatan masih kekal sebagai kerajaan, maka kesengsaraan ini akan berterusan sampai bila bila.



Jumaat, 13 Julai 2018

ASTAGHFIRULLAH !! MAHATHIR LEBIH PERCAYA SAINS DARI ALLAH @chedetofficial @muhyiddinyassin @NajibRazak @ZahidHamidi

Apa dah jadi dengan Perdana Menteri Malaysia ni? Kalau ye sekalipun dah bersekongkol dengan DAP, janganlah sampai keluarkan kenyataan yang boleh jatuh kepada syirik atau menduakan Allah SWT.

Sangkakala ternampak satu poster yang viral di laman facebook baru baru ni tentang kenyataan Mahathir berkenaan usia beliau yang menjangkau 94 tahun.

Dalam poster berkenaan jelas menunjukkan bahawa Mahathir mengatakan bahawa beliau hidup lama kerana sains.


Dalam Islam, hidup mati seseorang manusia adalah ditangan Allah dan bukannya melalui sains atau sebagainya.

Kalau benar Mahathir mengeluarkan kenyataan sedemikian maka dia harus bertaubat kerana telah menduakan Allah dan hukumnya syirik.

Tidak ada mana mana kuasa dalam dunia yang mampu melawan kuasa Allah, tidak kira la hebat bagaimana sekali pun.

Kalau benar Mahathir mengatakan bahawa dia mungkin sudah mati tanpa sains, Sangkakala rasa lebih ramai lagi yang mampu hidup atau dihidupkan kembali kerana sains.

Tapi kuasa Allah mengatasi segala galanya, kalau Izrail sudah diperintahkan untuk mencabut nyawa, ahli sains sendiri pun tak mampu nak tahan.

Bab agama janganlah jadi mainan wahai Perdana Menteri, ingat mati, ingat kubur, ingat hari kiamat, ingat syurga neraka, ingat dosa pahala, jangan main suka suka nak keluarkan kenyataan yang boleb mengelirukan.



Sabtu, 7 Julai 2018

SASTERAWAN NEGARA YANG MENGGADAI BAHASANYA @chedetofficial @muhyiddinyassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi @asamadsaid

Biasa kita dengar mana mana orang yang dianggap sebagai pembela yang memperjuangkan bahasa tidak akan berkompromi jika bahasa mereka diROGOL oleh bangsa lain.

Tapi lain pula dengan apa yang dilakukan oleh Sasterawan Negara, A Samad Said membiarkan bahasa Melayu dinafikan kedudukannya oleh Peguam Negara yang secara terang dan nyata tidak mampu berbahasa Melayu.

Sebelum ini Samad Said boleh dikatakan kerap kali melalui akaun twitter dan facebook milik beliau mengkritik kerajaan Barisan Nasional kononnya tidak lagi patriotisma menggadai negara kepada bangsa asing dan sebagainya.


Tapi secara jelas Peguam Negara tidak mampu berhujah dalam mahkamah menggunakan bahasa Melayu dan adakah itu perkara biasa bagi Samad Said?

Atau Kesasterawanan beliau boleh dibeli dengan wang ringgit maka bisulah seorang sasterawan yang disanjung oleh pengikut kerajaan pada hari ini?

Bagi Sangkakala mudah, A. Samad Said bukan lah pejuang bahasa yang tulin, mudah disogok dengan kertas berwarna yang bernilai laku.

Buktinya sudah jelas dan nyata, kerana sedikit imbuhan yang diberikan oleh bukan Melayu, maka Samad Said terus tak mampu lagi mempertahankan bahasa yang sering digunakan dalam sajak dan puisi beliau.

Akhir kata, semoga A. Samad Said tenang disana.




Jumaat, 6 Julai 2018

NELAYAN PULA JADI MANGSA KEKEJAMAN KERAJAAN PH @chedetofficial @muhyiddinyassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Selepas menang PRU, belasan ribu penjawat awam diberhentikan kerja dan hilang pendapatan dikala orang Islam hendak menyambut hari raya.

Pelbagai janji janji yang diberikan semasa kempen pilhanraya juga tidak mampu ditunaikan sehingga kini dan tidak lagi ada kelihatan janji janji tersebut akan dilaksanakan.

Kini para nelayan pula akan kehilangan punca rezeki berupa elaun sara hidup bulanan sebanyak RM 300 akan hilang dihentikan oleh kerajaan.

Baca DISINI


Selama ni kerajaan Barisan Nasional memberikan elaun sara hidup bagi menampung kehidupan mereka sekaligus mengurangkan kos tangkapan ikan yang boleh menaikkan harga ikan dipasaran.

Mahathir mengatakan bahawa elaun selama ini mennggunakan wang kerajaan atau sumber haram.

Agaknya Mahathir dah tak mampu untuk berfikir bagaimana untuk mencari sumber kewangan bagi membantu para nelayan yang juga merupakan rakyat Malaysia.

Kehidupan nelayan khususnya nelayan pesisir pantai boleh dikatakan daif dan dengan pemberian bantuan kepada mereka oleh kerajaan Barisan Nasional dulu maka ianya sedikit sebanyak mampu untuk membantu mereka meneruskan kehidupan seharian.

Tambahan pula apabila tiba musim tengkujuh dan ribut, kehidupan mereka (nelayan) akan lebih terhimpit dan dengan bantuan elaun berkenaan ianya boleh meringankan beban.

Jika kerajaan hari ini memberhentikan bantuan berkenaan, siapa yang akan membantu mereka apabila tiba musim tiada ikan atau musim angin kencang?

Jelaslah kerajaan hari ini hanya memikirkan diri sendiri berbanding kebajikan untuk rakyat.


Khamis, 5 Julai 2018

AKHIRNYA KETUA SRIKANDI PKR KENA GETAH DENGAN DAP @chedetofficial @muhyiddinyassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Kemelut dalam pemilihan speaker DUN Negeri Perak akhirnya memperlihatkan seorang wanita yang dulu kemain lantang bersuara dalam sebuah klip video semasa menjadi Senator kecundang di tangan DAP.

Siti Aishah telah menarik diri apabila didesak dan menerima tekanan daripada beberapa pemimpin negeri Perak dan akhirnya akur untuk bersetuju memilih Ngeh Koo Ham sebagai speaker.


Kalau dilihat dalam video video Siti Aishah ni bercakap, bukan main keras lagi hujah hujah yang dilemparkan, tapi akhirnya tunduk sepi tak mampu melawan dengan kehendak DAP, jadi segala kekerasan selama ni nampaknya kosong belaka sama macam tin milo.

Kemana suara lantang Siti Aisyah yang petah berbicara selama ni? Kalau setakat speaker dewan pun DAP boleh sailang, apatah lagi yang lain.

Selama ni, Siti Aisyah kondem orang Melayu khususnya orang UMNO, tapi sudahnya terlondeh dengan desakan DAP, agaj memalukan bila Ketua Srikandi tak mampu berhujah dengan DAP.

Adakah Siti Aisyah hanya mampu berbicara dengan orang Melayu tapi bila berdepan dengan bukan Melayu maka segala kata kata hilang entah ke mana.



Rabu, 4 Julai 2018

LANGGAR ETIKA !! SEJAUH MANA KUASA PASUKAN PETUGAS KHAS ?? @chedetofficial @muhyiddinyassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Hari ni Datuk Seri Najib Razak dibawa ke mahkamah untuk didakwa kononnya atas dakwaan rasuah SRC International SDN BHD dan bukannya tentang kes 1MDB atau kes duit RM 2.6 billion yang masuk ke akaun beliau sebagai sumbangan politik.

Tapi yang menghairankan penahanan dibuat oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB yang diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.


Persoalannya kini, sejauh mana kuasa yang diberikan kepada Pasukan Petugas Khas berkenaan? Adakah mereka diberi kuasa untuk melakukan sebarang tangkapan atau pendakwaan? Bukankah mereka hanya berkuasa untuk menyiasat tentang kedudukan atau salah laku yang terdapat pada Syarikat 1MDB?

Persoalan ini juga bermain di kepala Presiden Majlis Peguam, George Varughese yang mengatakan bahawa majlis berkenaan turut terganggu dengan kenyataan Petugas Khas berkenaan.


-baca sini-

Apabila diberikan kuasa untuk menyiasat kedudukan 1MDB, kenapa pula hari ini Datuk Seri Najib nak dituduh tentang SRC International SDN BHD? Adakah itu juga dibawah bidang siasatan Pasukan Petugas Khas berkenaan?

Datuk Seri Najib ditahan semalam dan dibawa ke lokap SPRM menunggu untuk dibawa ke mahkamah pada pagi ini dan pagi tadi beliau telah dibawa ke mahkamah untuk mendengar pertuduhan.

Nampak sangat Malaysia hari ini menggunakan kuasa undang undang rimba yang mana pasukan yang berkenaan dan diberi kuasa tangkapan tidak lagi menjalankan tugas tapi Petugas Khas yang diberikan kuasa menyiasat pula yang boleh bertindak.

Apa yang pasti, penangkapan semalam hanyalah gimik kerajaan pimpinan Mahathir dalam menutupi kegagalan melaksanakan janji kerajaan Pakatan dan isu dialihkan kepada yang lebih sensasi dan seperti yang kuta maklum, penangkapan Datuk Seri Najib akan menjadi berita paling panas dalam sehari dua ini.

Ini juga boleh melegakan kepimpinan kerajaan Mahathir dalam mencari helah lain sehingga rakyat akan terlupa dengan janji janji yang ditaburkan sepanjang tempoh kempen pilihanraya yang lalu.



Selasa, 3 Julai 2018

KEGAGALAN ZETI AZIZ PALING BESAR SEBAGAI GABENOR BANK NEGARA @chedetofficial @MuhyiddinYassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Menjadi seorang Gabenor kepada Bank Negara bukanlah suatu perkara mudah dan ianya perlu telus dalam merancang serta memerhatikan kedudukan kewangan negara malah kedudukan kewangan mana mana akaun dalam negara.

Selama 16 tahun bermula tahun 2000 hingga ke tahun 2016, Gabenor Bank Negara diketuai oleh Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang juga merupakan wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.


Tapi jelas sepanjang beliau menjadi Gabenor, Zeti gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Gabenor yang baik apabila melepaskan kemasukan wang sejumlah RM 2.6 billion ke dalam akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sepertimana yang rakyat Malaysia ketahui bahawa Bank Negara boleh membekukan mana mana akaun yang mencurigakan atau  menyalahi akta perbankan.

Dalam situasi ini, persoalan pertama dan paling utama kenapa Zeti tidak membekukan akaun Najib Razak pada ketika kemasukan wang tersebut berlaku? Dan menurut Najib Razak pula, Zeti adalah orang yang bertanggungjawab memberikan cadangan wang tersebut masuk ke dalam akaun Najib Razak.

Dalam situasi sekarang, orang yang paling layak untuk disoal siasat sama ialah Zeti sebagai orang yang bersekongkol tentang kemasukan duit berkenaan.

Adalah amat mustahil jika Zeti pun mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang kemasukan wang berkenaan kerana semua transaksi kemasukan wang dari luar negara atau dalam negara dibawah pemantauan Bank Negara.

Adakah semasa beliau menjadi Gabenor perkara perkara ini tidak diambil peduli oleh Zeti? Adakah Zeti tidur semasa transaksi ini berlaku? Atau adakah Zeti memang berniat untuk menjatuhkan Najib Razak serta Barisan Nasional dengan isu yang dibenarkan oleh beliau sendiri?

Hari ini Najib Razak telah ditahan oleh pihak SPRM, dan esok akan dibawa ke mahkamah, adakah Zeti juga akan turut dipanggil sebagai orang yang berkuasa memberikan kebenaran kemasukan wang tersebut atau Zeti akan dilindungi oleh kerajaan demi untuk menghalalkan cara mereka memerintah?


SEJAK PAKATAN MEMERINTAH PRESIDEN CUEPACS PUN DAH HILANG AKAL

Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam atau CUEPACS sebelum ini akan memperjuangian kenaikan gaji, pemberian bonus dan cuti serta kenaikan elaun kepada kakitangan Perkhidmatan Awam daripada kerajaan dan kebiasaannya tuntutan mereka ini akan dipertimbangkan serta diluluskan mengikut kadar kemampuan kerajaan pada ketika itu.

Tapi apa yang berlaku sekarang ini terbalik pula, Kongres yang sepatutnya menjaga kebajikan kakitangan sudah dilihat menjaga kebajikan kerajaan dengan menekan kakitangan kerajaan sedia ada.

CUEPACS baru baru ini mencadangkan agar dibuat pemotongan gaji untuk tabung harapan bagi membantu kerajaan membayar hutang negara kononnya dan Sangkakala berani mengatakan bahawa presiden CUEPACS ini mungkin orang yang tak tahu langsung tentang hutang dan ekonomi negara.


Dengan mencadangkan pemotongan ini, mungkin Presiden CUEPACS memandang bahawa beliau ada harapan untuk duduk sebagai Senator mewakili penjawat awam dengan idea bodoh tersebut.

Hutang negara hendak dibayar dengan wang tunai juga membuktikan bahawa sia sia kakitangan awam memiliki sebuah kongres tapi diterajui oleh seorang badut.

Sepatutnya sebagai seorang Presiden, permintaan kepada kerajaan adalah penghapusan TOL, penurunan harga minyak petrol dan diesel, kenaikan gaji kakitangan dan lain lain berkaitan dengan kemajuan ekonomi kakitangan awam bukannya buat pemotongan.

Setahu Sangkakala, pemotongan sudah dibuat terhadap kakitangan awam sebanyak RM 100 seorang melalui bonus hari raya dan RM 50 bagi mereka yang menerima pencen.

Jadi pemotongan apa lagi yang CUEPECS nak minta pada kakitangan awam? Nak bodek kerajaan pun jangan la sampai menyusahkan ahli sendiri.




Isnin, 2 Julai 2018

PENGUNDI PAKATAN KENA KENCING LAGI DENGAN MAHATHIR @chedetofficial @MuhyiddinYassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Tak sampai 2 bulan memerintah, pelbagai pembohongan dan penipuan telah dilakukan oleh Mahathir Mohamad selaku orang yang bertanggungjawab memenangkan Pakatan Harapan dengan cara menipu rakyat Malaysia khususnya pengundi Pakatan.

Janji janji yang diberikan kepada rakyat sebelum pilihanraya langsung tidak ada yang tertunai sehingga kini sebagai contoh, penurunan harga petrol, pemansuhan bayaran PTPTN, pemansuhan GST (hanya turun kadar), penutupan tol dan banyak lagi.

Namun apa yang dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional dulu untuk kepentingan rakyat nampaknya semua cuba dimansuhkan.

Kerajaan Barisan Nasional telah menjanjikan bahawa sehingga tahun 2020, kadar tarif elektrik adalah kekal dan tiada kenaikan namun semalam telah bermula kenaikan kadar tarif elektrik.


Yang paling kelakar sekali apabila Perdana Menteri sendiri KONONNYA membantah kenaikan tersebut sedangkan orang paling berkuasa kini adalah Mahathir Mohamad dan ini diakui selama beliau memegang jawatan Perdana Menteri ke4 dulu.

Dengan menggunakan kuasa VETO beliau sebagai Perdana Menteri jugalah telah membuatkan TNB terpaksa membeli tenaga elektrik dengan kadar tidak munasabah daripada loji janakuasa milik kroni beliau.


Tapi tidak hairan jika sehari dua ini TNB akan mengatakan pembatalan kenaikan tersebut atas arahan Perdana Menteri yang mahu menjaga kebajikan rakyat dan apa yang paling penting ialah, tahun hadapan kita akan melihat kerugian yang terpaksa ditanggung oleh TNB hanya semata mata mahu memuaskan nafsu serakah Mahathir dan kroni.


Ahad, 1 Julai 2018

KU LI TERUS MERASAKAN PERTANDINGAN UMNO TAHUN 80an @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Semalam telah pun berlangsung pemilihan UMNO di semua 191 Bahagian di Malaysia termasuk Sabah yang melihat kepada kemenangan YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden menewaskan veteran UMNO Tengku Razaleigh dan juga bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Tapi seperti yang telah dijangka, akan ada suara sumbang yang menuduh bahawa dalam pemilihan kali ini terdapat politik wang dan sebagainya dan ini yang disebut oleh Ku Li.


Ku Li mungkin terlupa bahawa kali ini bukanlah seperti mana beliau bertanding menentang Mahathir pada tahun 1987 dulu yang mana hanya perwakilan ke persidangan UMNO Malaysia sahaja yang layak mengundi.

Sejak Najib Razak menjadi Presiden, perwakilan peringkat cawangan adalah mereka yang menjadi pemilih bagi menentukan siapa yang menerajui pucuk pimpinan dan lebih kurang 150 ribu ahli yang layak untuk menjadi pengundi dalam undian yang berlangsung semalam.

Janganlah dengan title anak raja maka Ku Li dengan sesuka hati nak kata wujud rasuah dalam pemilihan dan sebagainya dan jika ada bukti kemukakan supaya tindakan boleh diambil.

Bagi Sangkakala mudah, pemilihan sudah berlangsung, sekarang adalah masanya untuk melaksanakan tanggungjawab bagi yang menang dan bagi yang tewas, teruskan memberi sokongan dan bantuan kepada parti.

Tak perlu nak tuduh itu dan ini apabila kita gagal merebut sesuatu jawatan.