Selasa, 3 Julai 2018

KEGAGALAN ZETI AZIZ PALING BESAR SEBAGAI GABENOR BANK NEGARA @chedetofficial @MuhyiddinYassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Menjadi seorang Gabenor kepada Bank Negara bukanlah suatu perkara mudah dan ianya perlu telus dalam merancang serta memerhatikan kedudukan kewangan negara malah kedudukan kewangan mana mana akaun dalam negara.

Selama 16 tahun bermula tahun 2000 hingga ke tahun 2016, Gabenor Bank Negara diketuai oleh Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang juga merupakan wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.


Tapi jelas sepanjang beliau menjadi Gabenor, Zeti gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Gabenor yang baik apabila melepaskan kemasukan wang sejumlah RM 2.6 billion ke dalam akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sepertimana yang rakyat Malaysia ketahui bahawa Bank Negara boleh membekukan mana mana akaun yang mencurigakan atau  menyalahi akta perbankan.

Dalam situasi ini, persoalan pertama dan paling utama kenapa Zeti tidak membekukan akaun Najib Razak pada ketika kemasukan wang tersebut berlaku? Dan menurut Najib Razak pula, Zeti adalah orang yang bertanggungjawab memberikan cadangan wang tersebut masuk ke dalam akaun Najib Razak.

Dalam situasi sekarang, orang yang paling layak untuk disoal siasat sama ialah Zeti sebagai orang yang bersekongkol tentang kemasukan duit berkenaan.

Adalah amat mustahil jika Zeti pun mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang kemasukan wang berkenaan kerana semua transaksi kemasukan wang dari luar negara atau dalam negara dibawah pemantauan Bank Negara.

Adakah semasa beliau menjadi Gabenor perkara perkara ini tidak diambil peduli oleh Zeti? Adakah Zeti tidur semasa transaksi ini berlaku? Atau adakah Zeti memang berniat untuk menjatuhkan Najib Razak serta Barisan Nasional dengan isu yang dibenarkan oleh beliau sendiri?

Hari ini Najib Razak telah ditahan oleh pihak SPRM, dan esok akan dibawa ke mahkamah, adakah Zeti juga akan turut dipanggil sebagai orang yang berkuasa memberikan kebenaran kemasukan wang tersebut atau Zeti akan dilindungi oleh kerajaan demi untuk menghalalkan cara mereka memerintah?


Tiada ulasan: