Isnin, 16 Julai 2018

AKHIRNYA RAKYAT MALAYSIA SECARA TERANG KENA TIPU @chedetofficial @muhyiddinyassin @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Sebelum berlaku pilihanraya umum yang ke 14 tempoh hari, rakyat Malaysia telah disajikan dengan janji janji manis oleh pakatan harapan yang diketuai oleh Tun Mahathir.

Ekoran dari janji janji berkenaan maka rakyat Malaysia tanpa berfikir panjang terus memberikan mandat serta kepercayaan kepada pakatan untuk menerajui negara sebagai kerajaan.

Namun begitu, selepas sahaja pilihanraya berlaku dan pakatan mengambil alih tampuk kerajaan Malaysia, perkara sebaliknya telah berlaku.

Salah satu perkara yang selalu menjadi sebutan puak pakatan ialah tentang GST yang disebut sebut sebagai cukai yang membebankan rakyat walaupun hasil kutipan GST diberikan semula kepada rakyat melalui BR1M kepada mereka yang layak.

Ini juga telah membuatkan rakyat Malaysia memberontak dan akhirnya mengambil keputusan untuk menukar kerajaan dan selepas menang pilihanraya, kerajaan Pakatan telah mengurangkan kadar GST kepada 0%.

Hari ini, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa cukai SST akan dikenakan sebabyak 10% dan cukai perkhidmatan pula sebanyak 6% dan jumlah keseluruhan cukai adalah sebanyak 16%.


Persoalan yang bermain di kepala Sangkakala kini ialah, adakah GST yang dikenakan sebanyak 6% lebih tinggi atau cukai SST dan cukai perkhidmatan sebanyak 16% ini lebih tinggi?

Kalau dulu rakyat merasa terbeban dengan kehadiran GST, adakah kini rakyat akan merasa selesa dengan SST dan cukai perkhidmatan yang dikenakan sebanyak 16%?

Jelas rakyat Malaysia hari ini tertipu dengan omongan kosong kerajaan Pakatan yang lebih memikirkan kroni berbanding rakyat jelata.

Cuma kali ini rakyat akan terus ditekan sehinggalah ke pilihanraya akan datang dan jika pakatan masih kekal sebagai kerajaan, maka kesengsaraan ini akan berterusan sampai bila bila.



Tiada ulasan: