Sabtu, 13 Jun 2015

#supportFGV MAZLAN ALIMAN BUKTIKAN KEBODOHAN DALAM SAHAM

Agak agaknya lah, berapa ramai dikalangan peneroka Felda yang kena kencing dengan mamat yang buka pertubuhan yang dinamakan sebagai ANAK kononnya nak mempertahankan warga Felda?

Bagi yang tau tentang bursa saham atau ada anak generasi ke dua atau ke tiga yang faham tentang bursa saham, mungkin takkan termakan hasutan dari Mazlan Aliman yang didakwa pernah melarikan duit peneroka dari Felda Kemahang, Terengganu.

Sangkakala ternampak dalam akaun facebook milik Mazlan Aliman yang mengeluarkan persepsi tentang penggantungan saham Felda di bursa saham Jumaat lepas.


Disini Sangkakala nak tanya pada Mazlan Aliman, sejauh mana dia tahu tentang pasaran saham di Malaysia ni? Atau ada agenda politik disebalik serangan mengkhinzir buta yang dibuat?

Untuk makluman semua, FGV mohon supaya dagangan sahamnya digantung sementara adalah disebabkan ada pengumuman yang akan dilakukan dan pengumuman tersebut telah dilakukan pada hari yang sama iaitu hari Jumaat dimana FGV telah membeli saham syarikat PT Eagle High Plantation sebanyak 37% yang dipegang oleh Rajawali Group bernilai RM 2.55 billion secara tunai dan saham.

Hari Isnin nanti, dagangan saham FGV akan diniagakan seperti biasa sebab penggantungan saham dibuat hanya sehari untuk pengumuman tersebut dan ini adalah prosedur biasa yang dilakukan oleh mana mana syarikat dalam bursa saham.

Bagi mana mana syarikat yang diniagakan di bursa saham, tidak kira di papan mana sekalipun, perubahan harga dari semasa ke semasa memang biasa berlaku dan bukan sahaja FGV malah beberapa syarikat lain juga mengalami perkara yang sama.

Sangkakala ambil contoh graf saham bagi 4 buah syarikat perladangan yang berlainan dan kita tengok bagaimana saham mereka bergerak.




Cuba kita lihat graf 3 buah syarikat diatas, pada mulanya saham mereka agak tinggi tetapi ada kalanya saham mereka jatuh menjunam.


Kita lihat pula graf saham diatas, pada awalnya saham mereka menjunam tetapi bangkit semula dalam dagangan.

Ini adalah permainan saham di bursa saham, bukan macam beli ikan di pasar dan rasanya ikan dipasar juga mengalami turun dan naik harga jualan serta belian, jadi ianya adalah perkara biasa.

Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa ke empat empat syarikat diatas tidak melibatkan peneroka, tapi adakah perkara tersebut dapat di pastikan? 

Kita juga tahu bahawa ada dikalangan anak anak peneroka atau peneroka itu sendiri yang kini sudah mula berjinak jinak dalam pembelian saham melalui beberapa buah syarikat public mutual dan ada yang sanggup membuat pembelian menggunakan wang sinpanan KWSP masing masing.

Adakah mereka yang membeli saham saham ini tahu apa jenis saham yang diurusniagakan melalui belian saham mereka? Jawapannya sudah pastilah TIDAK.

Begitu juga dengan FGV, tetapi oleh kerana ianya bersangkutan dengan politik, maka Mazlan Aliman mengambil kesempatan untuk memburuk burukkan keadaan dimana beberapa cerita negatif dikeluarkan untuk memberikan tanggapan buruk terhadap FGV.

Berbalik kepada saham yang dibeli oleh FGV melalui Rajawali Group tadi, pembelian saham berjumlah 37% ini telah membuatkan FGV adalah sebuah syarikat perladangan terbesar di dunia dan sudah pasti pelabur asing akan lebih berminat untuk membeli saham FGV dan ini akan membuatkan saham tersebut melambung dalam satu tempoh yang akan datang.

Sangkakala nasihatkan kepada Mazlan Aliman, kalau rasa diri terpelajar, jangan le cuba nak menipu mereka yang kurang pengetahuan di dalam rancangan Felda, dan jangan pula nak tunjuk diri tu hebat sebab dah terbukti fitnah yang dibuat oleh Mazlan Aliman terhadap Felda membuatkan Mazlan Aliman telah disaman sebanyak RM 500 ribu.


Ini jelas membuktikan bahawa Mazlan Aliman memang kaki fitnah dan modus operandi tidak lain dan tidak bukan hanyalah disebabkan politik semata mata.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mazlan ni budak sial yang memalukan warga Felda!

Tanpa Nama berkata...

Mana yg lebih sial..Mazlan Aliman atau Isa Samad?

Tanpa Nama berkata...

Adakah UMNO itu Najib? Tanpa Najib UMNO terkubur?