Khamis, 4 Jun 2015

#Nothing2hide MASIH ADA YANG KURANG FAHAM ATAU BUAT TAK FAHAM

Ini kali ke tiga Sangkakala menulis tentang program 'nothing2hide' yang akan dijalankan esok di PWTC dimana satu majlis dialog akan diadakan diantara Perdana Menteri dengan NGO.

Walaupun sudah dimaklumkan bahawa program esok adalah sesi soal jawab diantara NGO dengan Perdana Menteri, masih ada juga yang cuba nak buat provokasi melalui laman blog.


Ada yang mengatakan bahawa program 'nothing2hide' dan jadi 'nowhere2hide' apabila Tun Mahathir dikatakan akan hadir pada pagi esok.

Kenapa nak provoke sampai macam tu? Ada udang sebalik batu? Atau ada niat nak melaga lagakan diantara 2 pemimpin besar ni ke?

Bila PM dan bersetuju untuk adakan majlis atau program dialog maka rasanya semua yang hadir adalah layak untuk mengemukakan soalan, tanpa mengira siapa mereka.

Tapi perlu dilihat bahawa ini adalah program diantara Perdana Menteri dengan NGO dan sekiranya Tun M datang sekalipun, Sangkakala yakin Tun M juga mewakili NGO, jangan sampai nanti hanya soalan Tun M saja yang keluar sedangkan lain lain yang sama hadir tidak diberi peluang untuk bertanya soalan.

Lagi satu Sangkakala dengar, esok Tun M akan diiringi oleh pengiring dari PERKASA, betul ke? Kalau betul PERKASA menjadi pengiring kepada Tun M, rasanya amat tidak tepat sebab tiada satu pun ada unsur unsur yang membolehkan apa apa berlaku terhadap Tun M, jadi tak payahlah nak menunjukkan macam Tun M berada dalam situasi yang agak merbahaya sampai nak escort bagai.


Kalau nak follow takde masalah, cuma kena tahu tatacara penganjur dan perlu la mematuhi arahan yang diberikan oleh pihak penganjur dan jangan pula sampai ada kekecohan berlaku esok sebab yang datang datang ni semua nak dengar penjelasan dari Perdana Menteri.


6 ulasan:

Labu8455 berkata...

Kenapa "jari 9" yang nampak lebih panik dari yang lain nya ? PERKASA berhak melindungi Tun M kerana Najib serta penjilat penjilatnya mampu melakukan apa saja bentuk provokasi melampau. Apa kah "jari 9" sudah lupa dengan kes Atlantuya yang sampai kehari ini masih belum terjawab lagi ?

Unknown berkata...

Heheheh Tun M x ada masalah pun ..kalau dah PERKASA yg offer diri nak escort Tun M terima dgn hati terbuka . Jadi DSN x perlulah takut dgn bayang2.

Unknown berkata...

Heheheh Tun M x ada masalah pun ..kalau dah PERKASA yg offer diri nak escort Tun M terima dgn hati terbuka . Jadi DSN x perlulah takut dgn bayang2.

Tanpa Nama berkata...

Labu8455..tak nampak pula admin blog ni risau, tapi yang melebih2 nampaknya PERKASA. Kalau nak ikutkan zaman Tun M dulu lagi teruk, pantang bersuara tentu duduk dalam.

Zaharah, PERKASA offer atau Tun M minta cover? Takkan fanatik sampai macam tu sekali pengikut Najib. Rasanya Tun M yang takut bayang2 sendiri ni.

Tanpa Nama berkata...

Anon 839 tu dah ketinggalan zaman. Dia kata kes Altantuya sampai hari ini belum terjawab. Padahal dah bertahun2 dibicarakan dan telah jatuh hukum pun. Nampak sangat nak spin cerita.

Tanpa Nama berkata...

Saya ternampak blok Din turtle yg spin tajuk. mungkin dia ada agenda adu domba.