Jumaat, 19 Jun 2015

DAP KIAN TUNJUK TARING !! PAS PULA MAKIN MENIKUS ??

DAP kini dilihat sedang menjalankan program balas dendam terhadap PAS yang memutuskan hubungan mereka bersama DAP dalam satu usul yang diterima semasa muktamar mereka baru baru ni.


Di Pulau Pinang, DAP yang menjadi kuasa majoriti memerintah telah mengeluarkan arahan agar azan subuh tidak lagi berkumandang dan dari apa yang Sangkakala lihat, ini adalah salah satu cara penghapusan keagamaan yang dilakukan oleh DAP.

Bayangkan azan yang menandakan masuknya waktu solat diharamkan dan itu Sangkakala yakin adalah langkah awal dan tidak mustahil nanti azan waktu waktu lain juga diharamkan dan kemudia solat jumaat diharamkan dan akhirnya solat berjemaah tidak dibenarkan.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Selangor, DAP dah bagi kata dua kepada MB Selangor, jika 3 EXCO PAS tidak dikeluarkan dari kerajaan negeri, maka DAP akan memgambil tindakan untuk keluar.

Persoalannya disini, adakah Menteri Besar Selangor mampu untuk membuat keputusan besar dengan mengeluarkan 3 anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri sedangkan beliau tahu bahawa PKR cuma memiliki 13 kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri dan jika PAS dikeluarkan, adakah kerajaan PR di Selangor mampu dipertahankan lagi.

Sangkakala yakin bahawa tindakan DAP ini semata mata untuk menakutkan PAS yang mana perjuangan mereka hari ini dilihat sebagai perjuangan yang bersandar dengan kuasa dan ehsan dari DAP.

Mungkin juga dengan tindakan kejutan dari DAP ini akan melemahkan kedudukan PAS hingga nanti kita bakal menyaksikan ada dikalangan pemimpin PAS itu sendiri akan meninggalkan PAS lalu menyertai DAP atau PKR demi kuasa yang dimiliki kini.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DAP KIAN TUNJUK TARING !! PAS PULA MAKIN MENIKUS ?? UMNO PULA TELOR MASUK DALAM KERANDUT!!~!~~~