Jumaat, 3 Oktober 2014

PESTA ARAK SELANGOR DAPAT PERHATIAN AHLI PARLIMEN PAS

Sejak 26 September lepas dengar cerita ada pesta arak yang dianjurkan oleh Carlsberg dan pesta ini berlangsung di Petaling Jaya.


Yang bagusnya pula, Menteri Besar Selangor yang baru sekarang ni tak berkata apa dan macam merestui je pesta berkenaan.

Satu lagi, Ahli Parlimen Shah Alam yang mewakili PAS pun seolah olah merestui pesta ini dengan mengatakan bahawa ianya dibuat di kawasan Petaling Jaya dan ianya adalah kawasan cina.

Dalam Malaysia ni ada kawasan Cina kawasan Melayu ke? Bukan ke setiap tempat di Malaysia ni khususnya di Selangor didiami oleh pelbagai kaum, bangsa dan agama?

Kalau kita ingat kembali satu masa dulu apabila Datuk Hasan Ali mengambil tindakan terhadap kedai 24 jam yang menjual arak, beliau telah mendapat kritikan yang amat hebat dan ianya juga tidak kurang datangnya dari pemimpin PAS sendiri.

Sekarang ni Khalid Samad merestui pula program yang berbentuk pesta.

Mana janji PAS terhadap orang Selangor?  Atau janji tinggal janji?


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS bila dah berkuasa macam-macam alasan dibagi. Masa tak berkuasa dulu puas dah diaorang maki hamun UMNO. Orang UMNO pun tak reti nak reka alasan memualkan yg macam diberi oleh ahli parlimen pas tu. Saya lebih respek dan hormat UMNO dari segi tidak tahu memutarbelit kenyataan dan memakihamun tak tentu pasal.