Sangkakala menerima gambar ini dari seorang rakan, sayu dan pilu Sangkakala bila melihat anak kecil yang tidak tahu apa apa ini berdoa untuk ayahnya yang terkorban dalam pertempuran di Lahat Datu Sabah.
Mungkin dia hanya mengangkat tangan dan berdoa dan dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku kerana usia yang terlalu kecil.
Sangkakala doakan untuk anak ini akan terus berjuang demi negara yang tercinta seperti Allahyarham Ayahanda beliau dan Sangkakala juga doakan supaya anak ini tabah dan berbangga kerana mempunyai seorang ayah yang cukup berani dan kental jiwanya hingga mengorbankan nyawanya sendiri.
Tapi apa yang mengecewakan apabila ada segelintir pemimpin pembangkang serta pengikut mereka menjadikan isu ini sebagai sesuatu yang dipandang remeh dan seterusnya kejadian yang menyayat hati ini dijadikan agenda politik dengan menyalahkan kerajaan.
Adakah mereka ini (pembangkang) juga manusia atau hanya berupa manusia? Hingga sanggup mempermainkan kematian perajurit di medan pertempuran sebagai agenda politik dan ianya seolah olah dipersendakan.
Sangkakala amat berharap agar kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang menghina kematian perajurit perajurit ini kerana mereka (perajurit) ini dibawah naungan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung dan dengan penghinaan pengorbanan ini, Sangkakala melihat bahawa mereka (pembangkang) juga menghina YDP Agung itu sendiri.
Walau bagaimanapun semoga kaum keluarga arwah tabah dalam menghadapi cabaran dan tahniah kepada kerajaan yang secara pantas memberikan pelbagai bantuan kepada keluarga arwah.
Untuk arwah yang terkorban, Sangkakala sedekahkan Al-Fatihah, jasa dan budi tidak dapat Sangkakala balas, semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan