Ahad, 14 Julai 2013

#PRKKualaBesut MUSTAFA SPENDER MELALUT PULAK !!!

Setiausaha Agung PAS kata calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan tak balik ke kampung selepas memulakan tugas di Putrajaya sejak 3 bulan lalu.

Aduhai la Mustafa..orang rumah Tengku Zaihan pun masih mengajar di Kuala Besut la..takkan le dia tak balik balik ke Kuala Besut untuk menjengah isteri beliau..agak agak la kalau nak bercakap pun.

Lepas tu si Mustafa Ali ni kata beliau tiada niat untuk menyerang peribadi calon Barisan Nasional..boleh ke dianggap macam tu kalau dah keluar kenyataan Tengku Zaihan tak balik kampung sejak bertukar ke Putrajaya? 

Malas nak cakap lucah la..tapi kes Mustafa Ali ni pun belum selesai lagi pasal spender putih dulu..hahaha gelak besar Sangkakala dengar si Mustafa spender ni punya kenyataan.

Dia kata dapat maklumat..tapi sebagai setiausaha agung PAS..takkan tak boleh nak fikir kot sama ada satu satu cerita tu ada kebenaran ataupun tidak..tapi nak tanya sikit..apa pula kelebihan yang ada pada Che Long hingga diletakkan sebagai calon PRK Kuala Besut kali ni? 

Tengku Zaihan merupakan Pegawai Jabatan Pengairan Dan Saliran Kuala Besut selama 5 tahun sejak tahun 2008 hingga 2013 dan ini adalah satu kelebihan buat penduduk Kuala Besut kerana pengalaman selama 5 tahun itu membuatkan beliau lebih tahu tentang permasaalahan di kawasan tersebut.

Dan apa yang paling penting ialah..kawasan Kuala Besut adalah kawasan pinggiran pantai yang sudah tentunya memerlukan orang yang mahir tentang pengairan bukannya seorang kontraktor yang dah nampak untuk buat duit dikawasan ni dengan projek projek pengairan yang akan dijalankan.