Isnin, 29 Julai 2013

ANWAR IBRAHIM MENGAMUK SEBAB PETISYEN DITOLAK

Anwar Ibrahim dilaporkan berang dengan keputusan mahkamah yang menolak lebih banyak petisyen yang difailkan oleh calon calon pakatan pembangkang dalam pilihanraya umum yang lalu.


Alamak abg nuaq..dah kena tolak tu sudah lah, nak mengamuk sakan tu pasal apa pulak? Sebab mahkamah tak memihak pada pakatan pembangkang dan kalau jadi macam Tian Chua tu baru puas hati agaknya ye tak.

Anwar kata tidak masuk akal mahkamah menolak petisyen tersebut dengan alasan masqlah eknikal dan kalau boleh Anwar nak petisyen tersebut dibicarakan.

Agaknya Anwar mesti tengah nak cari alasan lagi sekali untuk bawa para pengikut pakatan pembangkang ke jalan raya sekali lagi ni.

Semua orang tau bahawa Anwar tidak berpuas hati dengan pilihanraya umum yang lalu apabila beliau mengatakan bahawa pakatan pembangkang mendapat undi popular yang lebih berbanding Barisan Nasional.

Kenyataan bodoh dan bangang dari seorang yang berpelajaran seperti Anwar dalam sejarah tamadun manusia apabila beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Beginilah wahai Anwar, dah kalah tu kalah lah, tak payah nak meroyan tak tentu pasal nak mengamuk tak tentu kira, rakyat juga tau macam mana nak mengamuk kalau dah hilang sabar dengan kerenah kamu.