Selasa, 23 Julai 2013

#KualaBesut DATUK RAZALI BANTU ABE KU BERKEMPEN UNTUK YAKINKAN PENGUNDI

KLIK DISINI UNTUK VIDEO
Ini sudah menjadi lumrah dalam UMNO dan Barisan Nasional apabila semua peringkat pemimpin parti akan turun membantu calon dalam pilihanraya kecil dengan harapan ianya akan membawa kemenangan kepada calon Barisan Nasional.

Tidak terlepas daripada tanggungjawab tersebut ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Razali Ibrahim yang sama sama turun untuk mendekati para pengundi disamping mendengar rintihan mereka untuk dibawa kepada pemimpin setempat.

UMNO dan Barisan Nasional menggariskan panduan untuk bertemu dengan rakyat serta membantu rakyat dalam usaha untuk memajukan kehidupan serta memberikan keselesaan kepada rakyat.

Berbanding pula dengan PAS yang selama ini hanya membangkang serta menidakkan apa sahaja pemberian kerajaan kepada rakyat walaupun mereka sendiri tidak mampu untuk memberikan kemudahan tersebut.

Jika hanya untuk menjadi kerajaan tetapi tiada usaha untuk memajukan rakyat, apakah PAS boleh dikatakan sebagai kepimpinan yang baik? Seperti yang berlaku di pilihanraya kecil Kuala Besut, semua urusan dilakukan oleh PAS Kelantan dan ianya dilihat cuba menidakkan serta menenggelankan kredibiliti pengerusi PAS kawasan Kuala Besut.

Jika calon PAS memenangi kerusi ini, sudah pasti yang berkuasa di kawasan Kuala Besut ialah PAS Kelantan apatah lagi adaa perkhabaran yang mengatakan bahawa calon PAS Kuala Besut kini adalah proksi kepada Husam Musa yang menjawat jawatan Naib Presiden PAS Pusat serta salah seorang ADUN dalam Negeri Kelantan.