Ahad, 14 Julai 2013

#PRKKualaBesut CUBA LAGAKAN MB BUKTI PAS TIADA ISU SETEMPAT

PAS kawasan Kuala Besut mungkin sudah kehabisan isu atau ketiadaan isu apabila mereka cuba melagakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dengan Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Ahmad Said.

Alamak..macam ni pun boleh ke? Takkan dah takde isu langsung untuk diketengahkan sampai cuba nak melaga lagakan Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Idris jusoh.

PAS sudah mula rasa tertekan apabila sokongan para pengundi di kawasan Kuala Besut dilihat meningkat dan ini mungkin akan menikkan peratus undi kemenangan untuk Barisan Nasional.

Datuk Seri Shaberi Cheek sendiri pun dah kata dalam Malaysiakini seperti yang Sangkakala baca, kes laga melagakan ini pernah terjadi di Galas apabila PAS cuba melagakan diantar Tengku Razaleigh Hamzah dengan Datuk Seri Mustapha Mohammad yang merupakan pengerusi perhubungan UMNO Kelantan.

Tapi hasilnya Galas dapat ditawan kembali oleh UMNO kerana rakyat yang sudah tahu tentang kerajaan Barisan Nasional yang bertanggungjawab serta sentiasa memberikan bantuan kepada rakyat.

Jadi kepada PAS Terengganu, sila simpan niat untuk melaga lagakan diantara pemimpin UMNO negeri kerana tidak nampak faedah pun untuk itu, rakyat Kuala Besut lebih bijak menilai yang mana intan dan juga kaca.

Mereka tetap akan memilih ore mudo, anak ustaz dan profesional bukannya memilih calon 'CARI MAKE'.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: