Ahad, 28 Julai 2013

VELL PAARI NAK JADI HERO TAMIL ???


Pengarah strategi MIC nampaknya cuba nak berlagak jadi hero filem Tamil apabila beliau mengatakan bahawa akan mendedahkan siapa yang mengugut ibu kepada pelajar yang mendedahkan murid murid sebuah sekolah makan dalam tandas.

Kenapa Vell Paari nak berbuat hingga mengatakan bahawa jika murid berkenaan masih diganggu oleh guru sekolah berkenaan maka beliau sendiri akan pergi ke  sekolah untuk berjumpa dengan mereka?

Bagaimana pula dengan nasib guru besar sekolah tersebut yang kini diberikan cuti seminggu tanpa sebab dan menerima tekanan serta ugutan kerana insiden tersebut.

Satu lagi persoalan, adakah kejadian makan dalam tandas itu benar benar berlaku dalam tandas sekolah tersebut atau ianya berlaku dalam bilik persalinan yang sememangnya dari dulu digunakan oleh murid sekolah tersebut sebagai tempat untuk makan semasa rehat kerana kantin sekolah berkenaan tidak mampu menampung jumlah pelajar.

Kenapa Vell Paari tidak mengambil berat tentang semua ini dan kenapa beliau perlu mempertahankan ibu murid berkenaan sedangkan secara terang terangan beliau telah tersilap dalam membua aduan dan ibu murid tersebut tidak langsung memohon maaf kepada mana mana pihak walaupun sedar ianya adalah satu kesilapan?

Kepada pengarah strategi MIC, Sangkakala nak bagi tau sikit, itu bukan strategi untuk menang pilihanraya, itu strategi bodoh bangang namanya, jangan bersikap macam hero filem tamil sebab nanti akan membuatkan orang bertambah benci.