Rabu, 31 Julai 2013

HINA ISLAM !!! PENJAGA ANJING PERLU DI BERI PENGAJARAN


Maznah yang mengatakan bahawa beliau adalah penjaga dan pelagih anjing rasanya perlu diambil tindakan bukan hanya kerana beliau dilihat menghina agama islam dengan membuat video yang menunjukkan seolah olah anjing tersebut mengambil air sembahyang dan menyambut hari raya bahkan telah mengeluarkan kenyataan bahawa dalam agama islam tidak mengatakan salah untuk seseorang yang beragama islam membela aniing.

Ajaran mana yang diikuti oleh Maznah sampai berani keluarkan kenyataan sebegitu? Memang dalam agama islam tidak menghalang daripada seseorang itu untuk membela anjing tetapi tindakan beliau memegang anjing anjing tersebut dalam videonya jelas menunjukkan ianya adalah perbuatan haram kerana anjing adalah haiwan yang diharamkan dalam islam.

Pelik juga dengan adanya orang yang macam Maznah ni, nak pusingkan minda orang melayu ke? Atau sengaja untuk melepaskan diri dari dikenakan tindakan jadi jakan terbaik dengan memberikan alasan bahawa video tersebut dimuat naik 3 tahun yang lalu.

Bagi Sangkakala, tidak kira berapa tahun pun video tersebut, tapi tindakan beliau yang menunjukkan bahawa orang islam boleh memegang anjing adalah sesuatu yang idak bertanggungjawab dan boleh memesongkan pemikiran orang melayu yang beragama islam yang lain.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Maznah, bagi Sangkakala beliau perlu disiasat dan jangan hanya kerana kenyataan yang begitu, beliau dilepaskan tanpa ada siasatan lanjut dijalankan.

Tiada ulasan: