Sabtu, 15 Disember 2012

SEJAUH MANA IMAN PENGIKUT PAS

Setiap kali ada ceramah atau perhimpunan PAS, kita sudah pasti akan mendengar laungan Takbir dan disambut dengan kalimah Allahuakbar.

Namun sejauh mana ahli PAS atau kepimpinan PAS itu sendiri menyedari tentang iman mereka?

Sangkakala tidaklah mengatakan bahawa Sangkakala ni orang yang penuh dengan keimanan, tapi jika dilihat dari pelbagai sudut, orang orang atau pengikut serta pemimpin PAS juga adalah manusia biasa, dan tidak lari dari sesuatu yang boleh mendatangkan kegoyahan iman.

Ada juga orang menyebut, semakin tinggi ilmu agama seseorang, maka semakin kuat dugaan yang perlu ditempuhi dan semakin kuat syaitan itu cuba mengalih tumpuan mereka kearah jalan yang dimurkai oleh Allah.

Seperti yang terjadi baru baru ini, pengikut PAS sanggup mendoakan saudara sesama Islam didalam UMNO mendapat musibah atau kecelakaan, adakan ini melihatkan bahawa pengikut serta pemimpin PAS mempunyai keimanan yang tinggi?

Sangkakala pernah di beritahu oleh seorang bekas muslimah PAS yang telah meninggalkan parti itu kerana menurut beliau, pengikut serta pemimpin PAS hanya alim dari segi luaran, tapi tidak dari dalam jiwa mereka sendiri.

Walaupun tidak semua yang mempunyai perangai sebegitu, namun sebagai penyokong kepada sebuah parti, itu adalah moral yang tidak baik dan menampakkan bahawa PAS tidak memberi pengajaran tentang keagamaan kepada pengikut pengikutnya dan PAS hanya memberikan pelajaran politik.

Bagaimana kepimpinan parti ini mempunyai keyakinan sekiranya mereka bersama sama pakatan rakyat memerintah maka kejadian maksiat dan sebagainya dapat dihapuskan jika ahli mereka sendiri tidak mempunyai keimanan yang tinggi serta mencukupi?

Kita dapat juga melihat, beberapa kejadian yang melibatkan kepimpinan tertinggi PAS serta PKR yang mempunyai moral yang begitu teruk hingga ditangkap berkhalwat dan sebagainya.

Adakah ini kepimpinan yang bakal mencorak negara ini sebagai sebuah negara Islam? Mampukah mereka merialisasikan apa yang mereka kata mereka inginkan kelak?

Tambahan pula sekarang, Sangkakala lihat DAP cuma mengatakan bahawa PAS adalah rakan politik yang baik, tetapi DAP tidak menyatakan bahawa mereka setuju untuk memberikan jawatan tertinggi kepada PAS.

Sangkakala ingat lagi sewaktu PRU12, di negeri Perak, setelah pakatan memenangi majoriti kerusi DUN maka telah terjadi sedikit kekeliruan terhadap kepimpinan kerajaan negeri ketika itu.

PAS cuma memenangi 6 kerusi dan DAP pula memenangi 18 kerusi, oleh kerana undang undang tubuh kerajaan negeri hanya akan melantik Menteri Besar, maka jawatan tersebut telah diberikan kepada PAS.

Namun apa yang terjadi ialah, PAS hanya menjadi boneka yang disusun atur perlakuannya hingga membuatkan beberapa orang ADUN bertindak keluar dari parti dan menjadi ADUN bebas seterusnya menyokong Barisan Nasional untuk menerajui pemerintahan negeri.

Ini juga kita akan lihat sekiranya Pakatan memenangi PRU13 nanti. Sudah pasti akan terjadi perbalahan disitu.

Berbalik kepada keimanan yang Sangkakala perkatakan tadi.

Bekas muslimah PAS yang memberitahu kepada Sangkakala tentang perilaku ahli ahli PAS juga mengatakan bahawa terdapat segelintir dari pada ahli PAS ini yang cuba menggoda mereka, adakah ini keimanan dalam tuntutan agama Islam?

Menurut beliau juga, ada yang menghantar pautan video porno dengan alasan bahawa bekas muslimah ini seorang gadis dan perlu mempelajari semua itu sebagai persediaan untuk perkahwinan.

Agak kelakar juga kan? Setahu Sangkakala, tidak ada hadis yang mengatakan bahawa setiap gadis perlu mempelajari semua perkara dalam video porno tersebut melainkan belajar cara untuk menta'ati suami supaya selepas bergelar isteri, mereka ini tidak termasuk dalam golongan wanita yang derhaka terhadap suami masing masing.

Sangkakala rasa sudah tiba masanya PAS berhenti dari politik dan tumpukan untuk memberi pelajaran agama kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam, kerana PAS tidak akan mendapat tempat dalam tampuk pemerintahan negara dan akan hanya menjadi mainan kepada DAP dan PKR dalam usaha mereka mendapatkan kuasa memerintah.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS juga tak layak mengajar agama kerana banyak perkara mengenai ugama telah dipermainkan oleh mereka. Bagi saya mereka terlalu cetak dalam agama. Sekira puak2 ini mengajar agama, lagi ramai umat islam rosak kerana mereka mengajar islam ala PAS. Bukan ajar islam sebenarnya yg dibawa oleh rasullullah saw. Undang2 islam boleh berubah rubah mengikut kepentingan mereka. Astagfirrullah.. halazim.