Jumaat, 21 Disember 2012

USAHA ZAHID BERTERUSAN

Seperti yang Sangkakala janjikan, setiap minggu Sangkakala akan tunjukkan gambar gambar dimana pegawai perubatan yang juga Pengerusi Gerakan Belia 4B Bagan Datoh yang lebih mesra dipanggil dengan panggilan Dr Nik akan turun ke rumah rumah disekitar parlimen Bagan Datoh untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Perkhidmatan ini adalah hasil dari inisiatif Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang begitu perihatin terhadap kesihatan rakyat disekitar kawasan parlimen beliau.

Hari ini Dr Nik telah melakukan rutin mingguan beliau atas arahan ahli parlimen yang menyumbangkan ubat ubatan, lampin pakai buang, tongkat serta kerusi roda mengikut keperluan pesakit.

Usaha ini akan berjalan berterusan di parlimen Bagan Datoh demi untuk kemudahan rakyat secara keseluruhan. Tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Zahid atas usaha usaha murni ini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: