Sabtu, 15 Disember 2012

PEMBANGKANG GELISAH PERKASA NYATAKAN SOKONGAN

Walaupun pernah merasakan kekesalan terhadap parti komponen Barisan Nasional yang mewakili kaum Cina (MCA) yang pernah mengeluarkan kenyataan yang agak menyinggung orang orang Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa atau PERKASA hari ini mengeluarkan kenyataan melalui Presiden NGO tersebut yang meminta semua ahli supaya menyokong semua calon calon Barisan Nasional walau pun daripada MCA.

Perkasa yang mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan Ketiga hari ini, yang terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), menyeru ahlinya sekitar 300,000 orang agar menyokong parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya MCA meskipun pernah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyinggung kaum Melayu dan umat Islam.

Ini nampaknya akan membuatkan pembangkang lebih gelisah kerana pertubuhan bukan kerajaan itu dilihat kini amat aktif dalam usaha untuk menyatukan orang orang Melayu di Malaysia.

Dalam ucapan dasarnya, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun hatinya terguris dengan kenyataan-kenyataan MCA sebelum ini, namun kemenangan parti komponen BN itu diperlukan dalam PRU13.

MCA pernah melabel Perkasa sebagai rasis, dan akan menyumbang kepada kekalahan BN dalam PRU13.

Ini juga menunjukkan bahawa selain daripada menjaga kepentingan orang Melayu, PERKASA juga dilihat seperti menjaga semua kaum berdasarkan kerana menginginkan kedamaian dari semua sudut termasuklah sosioekonomi negara.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: