Ahad, 14 Julai 2013

#PRKKualaBesut BARU JADI CALON DAH KATA LETIH ??? MACAM MANA KALAU DAH JADI ADUN ???

Baru hari kedua kempen dah kata AMAT LETIH? Belum jadi ADUN lagi tu..kalau dah jadi ADUN rasanya tentu lagi letih sebab kena sentiasa berkhidmat untuk rakyat dan bukan sekadar berjalan jalan bersama dengan pengawal peribadi.

Itu kenyataan Che Long kepada media sekepas ditemui sedang mengadakan kempen di sekitar kawasan Kuala Besut. 

Lepas tu siap kata kalau wartawan jadi calon baru tau macam mana letihnya..aduhaii la Che Long..macam mana nanti anda mahu berkhidmat kepada masyarakat? Kalau dalam kempen selama beberapa velas hari dah kata letih bagai.

Kalau taknak letih..jangan jadi calon biar calon Barisan Nasional je yang mengambil tugas sebagai ADUN kawasan Kuala Besut. 

Agaknya la..kalau Che Long ni jadi ADUN mau ditutupnya pintu pejabat dan rumah sebab tak maublayan kerenah rakyat sebab alasan letih.

Apa akan jadi dengan nasib rakyat kalau ada kejadian tidak diingini berlaku di kawasan tersebut dan ADUN mereka pula merungut atau membiarkan sahaj kejadian tersebut kerana alasan sudah letih dengan pelbagai aktiviti?

Nasib la rakyat Kuala Besut kalau diwakili oleh ADUN yang macam ni..tapi mungkin pula kalau ianya berkaitan dengan projek yang mendatangkan hasil lumayan..segala kepenatan atau keletihan tersebut akan hilang sebab Che Long terkenal sebagaicalon CARI MAKAN di kawasan Kuala Besut.