Rabu, 17 Julai 2013

#KualaBesut PAS KANTOI !!! KELUARKAN VIDEO PENIPUAN KEPADA RAKYAT

Baru baru ini PAS Terengganu telah mengeluarkan satu kenyataan berserta dengan satu video kononnya tardapat satu kejadian menyayat hati dimana kekejaman Barisan Nasional telah dilabelkan disitu.

Namun hakikat sebenar di sebalik kejadian perobohan beberapa rumah di kampung lay out adalah bercanggah dengan apa yang dinyatakan oleh pemipimpin PAS.

Ada dikalangan penduduk yang ditemui telah menatikan kekejaman tersebut dengan memberitahu kepada pengamal media sosial yang mana rumah tersebut adalah penempatan haram dan nitis telah dikeluarkan beberapa kali sebelum pihak kerajaan mengambil tindakan untuk merobohkan rumah terbabit untuk dijadikan penempatan yang lebih baik di situ.

Ikuti temubual yang diadakan oleh blogger bersama penduduk kampung yang menafikan kenyataan pemimpin PAS tentang kampung lay out.

KLIK DISINI UNTUK VIDEO 


Memang sudah menjadi adat dalam PAS yang mana mereka akan memanipulasi semua perkara termasuklah membohongi rakyat walaupun mereka tahu akan kebenaran satu satu perkara.

Anda semua boleh lihat kronologi tentang kejadian yang berlaku di kampung Lay Out dan boleh nilaikan sendiri siapa yang kejam dan siapa pula yang rakus sebenarnya.


Gambar diatas adalah situasi bermulanya kisah kejadian di kampung Lay Out yang mana kerajaan Barisan Nasional telah di tuduh sebagai kerajaan yang jejam sedangkan kerajaan telah berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat di Kuala Besut dan seperti biasa usaha murni tersebut telah dimanipulasikan oleh PAS hanya semata mata kerana kuasa yang mereka gilakan.