Jumaat, 19 Julai 2013

#KualaBesut KAMPUNG NAIL PULA JADI SASARAN

Sebanyak 10 buah rumah di Kampung Nail Kuala Besut dijadikan sasaran oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Razali Ibrahim.

Beliau bersama sama konvoi yang melibatkan hampir 100 buah motosikal datang ke kampung tersebut untuk mengadakan lawatan ke rumah rumah warga emas dan uzur di sekitar kampung.

Rata rata penduduk yang ditemui mengucapkan terima kasih kepada beliau yang telah sanggup untuk turun bertemu dengan penduduk dalam usaha membantu calon PRK Kuala Besut, Tengku Zaihan yang mana mereka juga berkata bahawa Tengku Zaihan memang dikenali oleh penduduk setempat apatah lagi beliau merupakan anak tempatan.

Selain dari memiliki latar belakang pelajaran yang baik, Tengku Zaihan juga dikatakan peramah oleh penduduk setempat dan pemilihan yang dilakukan oleh Barisan Nasional dengan meletakkan Tengku Zaihan adalah yang paling tepat.

Mereka juga mengatakan bahawa mereka amat berbangga kerana anak jati Kampung Nail telah terpilih untuk menjadi calon wakil rakyat dan mereka berjanji akan memberikan undi mereka kepada Tengku Zaihan memandangkan mereka juga telah banyak menerima manafaat daripada kerajaan Barisan Nasional.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: