Ahad, 28 Julai 2013

KENYATAAN BODOH HINDRAF BUAT ORANG KETAWA BESAR


Punya la bodoh kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung HINDRAF apabila beliau mengatakan bahawa ahli mereka akan berkhemah dihadapan penjara kajang jima ketua mereka tidak dibenar untuk berjumpa dengan doktor pada 1 ogos nanti.

Persoalannya disini, adakah hari ni bertarikh 1 ogos sampai nak buat kenyataan macam tu? Lagi pun ada ke arahan yang menidakkan Uthayakumar daripada berjumpa dengan doktor atau menjalani rawatan kesihatan?

Setahu Sangkakala, belum ada lagi banduan yang dibiarkan dalam penjara serta tidak diberi peluang untuk mengadakan perjumpaan dengan doktor atau menjalani rawatan di mana mana hospital, tetapi dengan syarat banduan tersebut mesti diiringi dengan warden penjara.

Agaknya HINDRAF dah takde isu untuk mencari tempat dalam kerajaan dan mereka ni juga dah terikut ikut dengan tindakan pembangkang yang akan berhimpun disana sini untuk menunjukkan protes mereka tapi kali ni HINDRAF dilihat mengeluarkan kenyataan paling bodoh yang pernah Sangkakala dengar.

Sangkakala kata begitu sebab seperti yang Sangkakala katakan tadi bahawa tidak ada arahan yang mengatakan bahawa Uthayakumar tidak dibenarkan untuk bertemu dengan doktor atau menjalani rawatan hingga mereka mengeluarkan kenyataan sebegitu.