Isnin, 22 Julai 2013

#KualaBesut CHE LONG DISABOTAJ JENTERA SENDIRI


Jelas dan nyata bahawa sepanduk diatas telah dibuat oleh jentera parti PAS yang cuba untuk memboikot calon mereka sendiri.

Dengan meletakkan logo UMNO dan Barisan Nasional di bahagian bawah sepanduk..mereka menyangkakan bahawa ianya dapat mengelabui mata..tapi ternyata ianya gagal.

Setiap parti tidak akan membuat banner yang mempunyai tulisan penerbitan sebesar itu dan semua kedai yang membuat banner atau poster atau apa sahaja bahan bercetak untuk pilihanraya didaftarkan oleh parti masing masing.

Tapi cuba kita lihat banner diatas..terpampang perkatqan diterbitkan oleh logo UMNO dan Barisan Nasional disitu dan ini menujukkan bahawa ianya dilakukan oleh jentera PAS sendiri.

Mungkin juga ianya dilakukan oleh mereka yang anti dengan pengarah pilihanraya kecil PAS Kuala Besut. .Datuk Husam Musa kerana dengar cerita ramai dikalangan ahli PAS kawasan Kuala Besut yang memboikot parti PAS kerana tidak bersetuju dengan perlantikan Husam. 

Ada juga diantara mereka yang mengatakan bahawa mereka (ahli PAS Kuala Besut) tidak mencampuri urusan pilihanraya kerana ianya semua dilakukan oleh PAS Kelantan dan jentera Muslimah yang ada di Kuala Besut sekarang adalah dari Kelantan dan Kuala Selangor. 

Ahli PAS sendiri tahu bahawa jika di Kuala Besut dimenangi oleh PAS..maka nama Husam Musa akan melonjak naik dan membolehkan beliau bertanding sebagai Timbalan Presiden PAS dalam muktamar PAS nanti.

Jadi dengan kemungkinan itu juga jentera PAS Terengganu cuba memboikot agar calon PAS di Kuala Besut tidak memperolehi kemenangan semata mata untuk membenamkan karier politik Husam Musa yang dilihat sudah tidak diperlukan lagi dalam PAS.





sila klik like dalam page facebook PRK Kuala Besut dengan melayari pautan ini https://www.facebook.com/1kualabesut