Isnin, 9 Mac 2015

GAMBAR WAN AZIZAH YANG TAK SANGGUP KITA LIHAT

Semua pun dah sedia maklum bahawa penyelenggaraan jalan di Selangor berada pada tahap yang amat menyedihkan apabila banyak masalah jalan berlubang dikesan sejak pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan negeri.

Satu kumpulan anak muda yang diketuai oleh saudara Landor telah menjalankan aktiviti menurap semula lubang lubang di sekitar negeri Selangor dan malam tadi mereka telah melakukan kerja penurapan di sekitar kawasan Kajang yang mana ianya diwakili oleh Presiden PKR sendiri iaitu Datin Seri Wan Azizah.

Mungkin juga kumpulan ini telah memberikan amaran supaya jalan berkenaan diturap atau dibaiki namun tidak mendapat respon daripada wakil rakyat berkenaan dan tindakan drastik juga telah dilakukan oleh mereka dengan meletakkan gambar Wan Azizah serta disebarkan didalam akaun facebook bagi menunjukkan ketidak puasan hati mereka terhadap ADUN Kajang.



Untuk penyelenggaraan jalan serta perparitan, dalam perlembagaan negara juga telah termaktub bahawa kerajaan pusat perlu menyalurkan bantuan kewangan kepada kerajaan negeri dan itu telah pun dilakukan oleh kerajaan persekutuan dengan saluran dana bernilai lebih dari setengah billion setahun.

Tapi kemana wang tersebut di agihkan? Peruntukan untuk penyelenggaraan jalan dan parit telah diberikan namun jalan jalan raya di sekitar negeri Selangor masih dalam keadaan yang amat membimbangkan dimana jalan jalan yang berlubang boleh mengundang bahaya kepada penunggang serta pembonceng motosikal.

Seperti yang berlaku di Shah Alam baru baru ini, seorang lelaki telah maut apabila jatuh setelah terlanggar lubang.

Apa tindakan kerajaan negeri? 

Keluarga mangsa diberikan wang pampasan sebanyak RM 1juta dan kes dianggap selesai begitu sahaja.

Adakah dengan nilai RM 1juta tersebut sama dengan nilai nyawa yang hilang atau kerajaan negeri telah menilaikan nyawa manusia dengan wang ringgit?

Kerajaan Selangor yang ada pada hari ini nampaknya tidak akan mempedulikan keselamatan rakyat dan apa yang mereka pedulikan ialah bagaimana hendak membebaskan Anwar dari dalam penjara sedangkan rakyat terbiar tanpa pembelaan walaupun ratusan juta duit telah disalurkan untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat oleh kerajaan pusat melalui peruntukan MARRIS.




SAMAN 500 JUTA HADIAH DARI SOGO UNTUK PKR

Pihak pengurusan SOGO nampaknya dah hilang sabar dengan PKR yang kerap kali mengadakan himpunan di hadapan bangunan pasaraya mereka.


Pihak pengurusan SOGO menganggarkan kerugian sebanyak RM 500 ribu pada 7hb ekoran himpunan yang diadakan oleh penyokong PKR yang kononnya hendak membebaskan Anwar Ibrahim.

Agaknya sekarang baru PKR sedar bahawa kegiatan mereka selama ni yang menyusahkan rakyat serta para peniaga di sekitar Kuala Lumpur membawa padah.

Mungkin selama ini juga pihak pengurusan SOGO tidak mengambil apa apa tindakan tetapi tahap kesabaran juga ada hadnya.

Dah la himpunan baru baru ni tak dapat sambutan dan dikhabarkan sekitar 800 orang sahaja yang hadir lepas tu kena saman pulak sampai setengah billion ringgit.

Agak agaknya la, siapa yang nak tanggung semua tu atau PKR akan menerima pembiayaan dari mana mana pihak yang menyokong perjuangan mereka.

Jadi kita sama sama nantikan apa akan berlaku, adakah nanti PKR akan mengadakan pula himpunan membantah saman yang dikemukakan oleh pihak pengurisan SOGO?



Ahad, 8 Mac 2015

STANDARD FIKIRAN @realDrMAZA YANG TAK BOLEH DI TERIMA AKAL @NajibRazak

Belum pun reda dengan kes tidak bersetuju supaya Ustaz Datuk Kazem Elyas menjadi salah seorang panel dalam forum di Perlis, kali ni Dr Mohd Asri atau Dr MAZA yang merupakan Mufti Perlis yang dilantik semula sekali lagi nak buat kelam kabut.


Kali ni Dr MAZA mengatakan bahawa Zakat kepada bukan Islam Relevan, dimana relevannya? Atau MAZA sememangnya mufti yang suka mencari publisiti murahan dengan melakukan provokasi terhadap agamanya sendiri?


Diatas adalah petikan kata kata Dr Maza dalam Sinar Harian dan artikel penuh boleh baca DISINI.

Mungkin apa yang diperkatakan oleh MAZA itu ada kebenarannya, tapi kita perlu lihat juga dalam konteks yang lain dimana Malaysia mempunyai Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan ini memberikan bantuan kepada semua golongan dan lapisan masyarakat di Malaysia.

Kalau nak dikira pula di zaman Rasulullah SAW atau para sahabat Baginda, pemberian zakat kepada bukan muslim memang perlu memandangkan di zaman itu tidak ada Jabatan sepertimana yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia.

Kalau nak dikatakan ini untuk kesedaran, Sangkakala nak tanya pulak, berapa banyak bantuan dari pihak kerajaan tapi jelas kita lihat sebahagian besar orang bukan Islam menolak kerajaan Barisan Nasional.

Jadi adakah dengan pemberian zakat maka mereka akan menerima Islam sepertimana yang kita harapkan?

Kepada Dr MAZA, Sangkakala rasa tak perlu la nak bawa satu pemikiran yang tidak dapat diterima oleh akal manusia terutamanya orang Islam di Malaysia.

Dah kerap sangat tunjuk kebodohan diri, simpan sikit untuk jadi rujukan anak cucu dimasa akan datang.




Sabtu, 7 Mac 2015

PERMINTAAN CUEPACS SUDAH MELAMPAU @AliHamsa55 @NajibRazak

Kesatuan sekerja atau CUEPACS nampaknya agak melampau dalam permintaan mereka kali ni.

Kalau dah umur bagi pesara dinaikkan sehingga ke umur 62 bagai mana pula dengan generasi muda yang berkehendakkan pekerjaan? 


Sangkakala mewakili orang muda amat amat tidak bersetuju dengan permintaan CUEPACS yang Sangkakala lihat seolah olah mementingkan diri sendiri.

Berapa sangat perjawatan dalam kerajaan sehingga umur persaraan nak dinaikkan atau lebih elok dibiarkan sahaja pekerja kerajaan memegang jawatan sehingga mereka benar benar uzur atau dalam kata lainnya sampai mati dalam jawatan.

Fikir la sikit nasib golongan muda, mereka juga perlukan kerja dan pendapatan, kalau dah semua nak dikekalkan apa pula nasib mereka? Nak kerja kilang? Dah berduyun duyun kemasukan pekerja asing hingga peluang anak anak tempatan agak terhad.

Nak kerja kerajaan dah pula minta sampai 62 tahun baru nak bagi pencen, awalnya dulu umur 55, kemudian 58 dan kini 62? Bagi peluang kakitangan kerajaan berehat setelah puluhan tahun menumpahkan keringat dan diganti dengan orang muda yang mungkin mempunyai idea lebih baik untuk memacu pertumbuhan negara.

Jadi kepada Presiden CUEPACS, jangan le tutup periuk nasi anak anak muda yang mahu mencari kerja.



BILA TERDESAK !! PENGIKUT PKR AKAN LAKUKAN APA SAHAJA @NajibRazak

Nampak sangat puak PKR ni akan lakukan apa sahaja demi untuk mencapai maksud termasuklah menjilat semula ludah kahak hijau yang pernah mereka luahkan.


Dalam himpunan tadi di Kuala Lumpur, nampaknya ada pengikut PKR yang membawa sepanduk kononnya meminta Tun Mahathir untuk sama berkompromi dengan mereka bagi membebaskan Anwar.

Bukan ke dulu puak puak ni pernah memberi gelaran seperti MahaFiraun dan sebagainya kepada Tun Mahathir kerana kononnya Tun Mahathir yang memenjarakan Anwar setelah didapati bersalah dalam penyalah gunaan kuasa?

Tapi kini mereka berhajat pula untuk bersama sama dengan Tun Mahathir setelah pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap lagenda politik tersebut.

Pengikut PKR ni tak tau malu agaknya sampai nak minta Tun Mahathir berkompromi dengan mereka dan kita semua tahu bahawa Tun Mahathir lebih suka menegur kepimpinan serta kerajaan jika ada yang dilihat tidak kena pada mata beliau namun untuk menghancurkan sebuah negara yang dibangunkan atas usaha perahan akal, tak mungkin sama sekali.

Jadi kepada para pengikut PKR, mimpi tu boleh, tapi jangan mimpi di siang hari.



MANIPULASI GAMBAR AGUNG !!! @PDRMsia PERLU AMBIL TINDAKAN TEGAS @KBAB51

Peserta peserta demo yang berkumpul di depan SOGO pada petang ni yang sebenarnya berhimpun untuk apa? Adakah untuk Anwar atau sengaja nak buat provokasi melampau dengan membawa pelbagai sepanduk dan gambar?

Tapi yang pertama sekali Sangkakala nak katakan disini ialah kebodohan mereka yang membawa sepanduk tertulis 'Rosmah Undur'.


Apa kena mengena dengan Rosmah dengan pentadbiran sampai nak suruh Rosmah undur? Adalah Rosmah seorang ahli politik sepertimana Wan Azizah? 

Nampaknya para peserta demo ni tak boleh nak nilaikan yang mana ahli politik dan yang mana bukan.

Satu lagi Sangkakala nampak agak kurang menyenangkan ialah mereka membawa gambar DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung.


Dalam keadaan sekarang, apa kena mengena Yang DiPertuan Agung dengan kisah politik murahan yang dibawa oleh puak PKR?

Dan yang akhir sekali Sangkakala nak tanya, mana kumpulan DAP? Adakah mereka tidak mahu membebaskan Anwar dari dalam penjara? Atau mereka memang mahu Anwar duduk dalam penjara tetapi mencatur politik PR dengan melakukan pelbagai perkara bodoh seperti berdemo yang jelas bukan sebagai salah satu budaya kita.



#haramjadah ADA PIHAK CUBA NAK MALUKAN ATM !! TINDAKAN PERLU DIAMBIL @HishammuddinH2O

Nampaknya seperti ada pihak yang cuba untuk memburuk burukkan pihak Angkatan Tentera Melaysia dengan menggunakan kenderaan pengangkut anak anak tentera ke sekolah atau lebih dikenali dengan nama FERI SEKOLAH bagi mengangkut peserta demo.


Tapi kenderaan ini bukanlah aset mikik ATM dan ianya kemungkinan dimiliki oleh orang atau individu yang mendapat kontrak untuk mengangkut anak anak tentera ke sekolah.

Nampak tak bagai mana puak puak haram jadah ni menggunakan kesempatan yang ada sedangkan kerajaan masih lalai dengan memberikan mereka ini peluang untuk cari makan?

Bagi Sangkakala, orang yang macam ni eloknya ditamatkan kontrak dan kemudiannya di senarai hitamkan agar menjadi pengajaran kepada yang lain lain.

Bukan dengan niat berdendam, tapi tindakan puak ni memalukan pasukan keselamatan dan secara tak langsung mencemarkan imej angkatan tentera Malaysia.



Jumaat, 6 Mac 2015

RIBUAN HADIR DALAM CERAMAH !! ANWAR BAKAL BEBAS !!! @NohOmar

Nampaknya ceramah ceramah yang diadakan oleh PKR bagi melaungkan kebebasan untuk Anwar Ibrahim makin hambar dan makin lesu.

Malam ni di Taman Datuk Senu, sekitar 15 orang sahaja yang hadir itu pun termasuk dengan petugas.




Rakyat sebenarnya dah mula muak dengan permainan yang dibuat oleh PKR tambahan lagi ianya jelas memperlihatkan bahawa ianya hanyalah agenda untuk Anwar dan bukannya untuk membela rakyat.

Sejak Anwar dipecat dari kerajaan lagi, beberapa kali rakyat melakukan himpunan demi himpunan yang akhirnya memperlihatkan bahawa Anwar hanya ada satu agenda iaitu untuk menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri dengan menggunakan rakyat.

Slogan kuasa rakyat, hak rakyat dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan rakyat hanyalah retorik semata mata.

Rakyat hari ini sebenarnya mahukan kepimpinan atau kerajaan yang mampu untuk  menunjukkan kemampuan dalam memberikan keselesaan kepada semua tapi bukan sebuah kerajaan yang hanya tahu menghasut rakyat.

Malam ini kita dapat lihat satu mesej jelas daripada rakyat bahawa agenda untuk mempergunakan mereka oleh PKR dan sekutunya tidak lagi mendapat sambuta sepertimana yang telah lalu.



@SPRMMalaysia KES KDN !!! BAGAIMANA SYARIKAT TIADA DALAM SENARAI DAPAT PROJEK @NajibRazak @zahid_hamidi

Sekali lagi Sangkakala menulis tentang Datuk Awang Din yang dilihat agak pelik dalam menandatangani kelulusan kawalan keselamatan Maritim.



Menurut apa yang terdapat dalam page facebook 'kami anti rasuah' ada tertulis mengatakan bahawa Datuk Awang memanggil 3 buah syarikat untuk melakukan pembentangan berkenaan dengan projek keselamatan MARITIM.




3 buah syarikat ini telah dipanggil dengan suray rasmi daripada Kementerian tetapi yang sedikit pelik ialah syarikat yang memperolehi projek tersebut tidak tersenarai sebagai syarikat yang dipanggil untuk pembentangan kertas kerja berkaitan dengan projek tersebut.


Jelas dapat kita lihat dan baca seperti mana yang terdapat dalam surat panggilan oleh KDN dan surat tawaran yang dikeluarkan oleh Kementerian yang sama bahawa kedua dua syarikat yang memperolehi projek perintis Maritim ini tidak dipanggil semasa pembentangan, jadi bagaimana mereka boleh memperolehi projek tersebut?

Ini yang perlu diselidik agar nanti orang tidak menyalahkan Menteri atau Kementerian sedangkan yang melaksanakan tanggungjawab melaksanakan pemberian projek berkenaan agak tidak telus.

Satu lagi yang Sangkakala nak maklumkan disini, kedua dua syarikat yang dianugerahkan dengan projek tersebut selain daripada dorman, kedua dua syarikat ini adalah syarikat yang mengalami kerugian dan bagaimana sebuah syarikat yang mengalami kerugian diberi peluang? Tambahan pula kedua dia syarikat ini dilihat tidak mempunyai pengalaman dalam bidang keselamatan.



Datuk Awang Din perlu jelaskan segala kemusykilan yang ada pada masa ini supaya keadaan tidak menjadi bertambah buruk dan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga Sangkakala harap dapat memainkan peranan supaya negara ini bebas dari unsur unsur rasuah yang melibatkan pegawai tinggi kerajaan.

Bukan apa, mereka mereka ini yang melakukan kesalahan, namun akhirnya Menteri dan Kementerian serta kerajaan yang menerima kecaman.



KEKASARAN DBKL TERHADAP PENIAGA !! DATUK BANDAR KL SILA JAWAB !!! @tengkuadnanreal @NajibRazak

Sangkakala kutip gambar ni dari dalam facebook yang mengatakan bahawa lelaki dalam gambar ini yelah dikasari oleh pegawai penguatkuasa DBKL yang datang menyita barang perniagaannya di Bukit Bintang dan apa yang menarik perhatian ialah, beliau dikatakan mempunyai lesen perniagaan.






Nak tanya pada Datuk Bandar Kuala Lumpur sama ada benar atau tidak perkara ini berlaku?? Dan kalau betul, Sangkakala rasa ianya perlukan penjelasan kenapa sampai macam tu sekali perlakuan pihak DBKL kepada mangsa??

Sebagai sebuah unit penguat kuasaan, rasanya pihak yang berkaitan tak sepatutnya bertindak demikian, bagi Sangkakala, banyak cara lain boleh diambil.

Walau apa pun bagi Sangkakala, pihak DBKL perlu menjawab persoalan ini dan satu lagi, jangan le pulak bila Sangkakala ada sebut nama Tengku Adnan maka ada pulak yang melompat macam kera konon nak pertahan lepas tu pegi claim, sebab dia Menteri Wilayah maka dia pun kena le buat persoalan sama kepada pihak DBKL.



@SPRMMalaysia KES KDN !! JAWAPAN JUMUD DARI PEMBACA YANG NAMPAKNYA DAH MULA MARAH @zahid_hamidi @NajibRazak

Nampaknya ada yang mula marah bila Sangkakala buat persoalan demi persoalan tentang Datuk Awang Din yang nampaknya macam ada yang tak kena apabila meluluskan projek keselamatan maritim kepada 2 buah syarikat.


Dalam komen yang Sangkakala screenshot seperti diatas, ada komen dari pembaca yang nampaknya tak matang dan tak tau isu.

Baca DISINI..

Sangkakala tidak mempersoal syarikat apa yang nak dianugerahkan dengan projek, tetapi biarlah ianya berkesesuaian dan nampak lebih telus dan bukannya mengambil syarikat yang tiada pengalaman untuk diberikan projek.

Tentang kerajaan nak membantu syarikat bumiputera bagi Sangkakala amatlah bagus memandangkan ianya untuk mengukuhkan ekonomi tapi jangan le pulak diberi pada syarikat yang tidak aktif dalam perniagaan dan Sangkakala lihat seperti tidak berpengalaman.

Jika hendak membantu sekali pun, bantulah syarikat yang ada kemampuan dalam bidang yang di berikan sebab ini melibatkan keselamatan.

Dalam kes ini, kedua dua buah syarikat ini perlu disiasat sama ada ianya melibatkan rasuah dan salah guna kuasa.



PANAS !!! PBT GAGAL BAYAR BIL ELEKTRIK ??? MANA PEGI DUIT CUKAI ???

Nampaknya makin teruk keadaan di Selangor bila PBT gagal membayar bil elektrik sehingga bekalan dipotong.



Majlis Perbandaran Kajang dikatakan tidak membayar bil sehingga membuatkan pihak TNB terpaksa melakukan pemotongan bekalan elektrik ke Menara MPKJ.

Persoalannya, kenapa teruk sangat sampai bil elektrik pun tak terbayar?

Bukan ke cukai bagi segala perniagaan dan premis perniagaan di bawah PBT telah dinaikkan? Takkan masih tak cukup lagi untuk membayar bil elektrik.

Agaknya bil elektrik di bangunan ini tak terbayar sebab nak tampung perbelanjaan Azmin ke Sarawak kot.

Tapi kemana pulak pergi rizab yang begitu banyak semasa ditinggalkan oleh YB Tan Sri Khalid? Takkan dah habis??

Nampaknya duit rakyat Selangor tak tau kemana dibelanjakan sampai jadi macam ni dan bagi Sangkakala ianya adalah amat memalukan.



BUKTI SYARIKAT TIADA PENGALAMAN DIBERI TUGAS DALAM BIDANG KESELAMATAN @NajibRazak @zahid_hamidi

Sehari dua ni Sangkakala mungkin dilihat asyik mengeluarkan artikel berkenaan dengan seorang Setiausaha Bahagian Keselamatan di Kementerian Dalam Negeri iaitu Datuk Awang Din.

Tapi apa yang Sangkakala keluarkan bukanlah bertujuan untuk mengaibkan atau menghentam beliau dalam menjalankan tugas, cuma Sangkakala lihat seperti ada yang tidak kena tentang pemberian projek perintis yang melibatkan keselamatan dan ianya dipetik dari laman facebook 'kami anti rasuah' dimana laman facebook berkenaan Sangkakala lihat memang membenci akan kegiatan rasuah.

Cuma dalam kes Datuk Awang Din, Sangkakala minta jasa baik Menteri Dalam Negeri dan sesiapa yang berkenaan untuk menyiasat apa yang sebenarnya berlaku.

Semalam Sangkakala masukkan surat kelulusan untuk menjalankan projek berkenaan yang ditandatangani oleh Datuk Awang Din dan jelas dikatakan dalam surat berkenaan bahawa ianya diluluskan oleh Menteri Dalam Negeri sendiri.


Hari ini pula Sangkakala lihat sudah ada carian rasmi syarikat yang dikatakan memperolehi projek keselamatan MARITIM yang diberikan oleh KDN dan dalam carian rasmi tersebut ada menunjukkan bahawa syarikat ini adalah syarikat DORMAN.

Persoalannya, syarikat DORMAN adalah syarikat yang tidak aktif dan sudah pastilah syarikat berkenaan tidak mempunyai pengalaman dalam mengendalikan hal hal keselamatan tetapi masih mampu mendapatkan projek tersebut dengan kontrak selama 5 tahun dan ini bukan satu jangka masa pendek.



Takkan Kementerian tak tau akan hal ni?Dan bagi Sangkakala lihat seperti ada yang tak kena pulak bila sebuah syarikat tidak aktif diberikan projek yang mengutamakan keselamatan.

Bagi Sangkakala, kes ini boleh diibaratkan seperti memberi senjata api pada orang yang tak pernah berlatih untuk menggunakan senjata api berkenaan dan adakah ianya selamat?

Sangkakala harap perkara ini diambil serius dan jangan hanya dipandang remeh kerana ianya melibatkan keselamatan dan bagi Sangkakala, keselamatan bukan satu perkara yang boleh diambil mudah.




Rabu, 4 Mac 2015

USUL SYOK SENDIRI BEKAS MP SABAK BERNAM DITOLAK OLEH MUBARAK !!!

Kelmarin satu mesyuarat bekas bekas wakil rakyat telah diadakan di Bangunan UMNO Selangor dan seperti biasa banyak perkara dibincangkan.

Tapi dalam banyak banyak perkara yang dibincangkan oleh MUBARAK, agak tercemar dengan usul syok sendiri yang dilakukan oleh bekas Ahli Parlimen Sabak Bernam yang meminta supaya YB Datuk Seri Noh Omar digugurkan dari menjawat jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan usul berkenaan ditolak oleh semua yang hadir dengan mengandaikan bahawa usul tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan.


Datuk Mat Yasir yang merupakan bekas seorang ahli parlimen sepatutnya bersikap lebih matang dan bukannya keanak anakkan.

Sepatutnya sebagai seorang yang pernah berkecimpung dalam arena politik tanah air khususnya di Selangor, Datuk Mat Yasir perlu bangkit dan membantu kepimpinan negeri dalam usaha untuk menawan kembali Selangor dan bukannya menunding jari menyalahkan sesama sendiri.

Apa yang dilakukan oleh Datuk Mat Yasir adalah amat mengecewakan dan bagi Sangkakala ianya tidak sepatutnya berlaku demikian dimana dalam masa sekarang sudah tentulah UMNO mengharapkan penyatuan dikalangan ahli serta pemimpin dan bekas pemimpin untuk bangun semula dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN yang tercalar teruk.

Bagi Sangkakala, jika Datuk Mat Yasir tak mahu lagi membantu, janganlah beliau mematahkan semangat kami selaku anak muda yang kini bersungguh sungguh berjuang untuk menawan kembali kerajaan negeri dengan membuat usul seolah olah mengandungi unsur pribadi.

Kalau nak dikatakan Datuk Seri Noh gagal untuk mengembalikan kerajaan Selangor kepada Barisan Nasional, rasanya baru setahun beliau memegang jawatan pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan selama beliau menjadi Pengerusi, belum ada pilihanraya umum yang diketuai oleh beliau.

Jadi disini kenapa masih ada yang mengatakan bahawa beliau gagal sedangkan beliau menjadi ahli parlimen selama 5 penggal di Tanjung Karang dengan peratusan undi yang sentiasa meningkat? Apakah dengan baru setahun memegang jawatan Pengerusi maka sudah mula hendak dinilai preatasi?

Apa yang perlu ditekankan disini ialah gerak kerja bahagian bahagian yang ada dalam Selangor dan bukannya hanya menyalahkan Pengerusi.

Berbalik kepada Datuk Mat Yasir tadi, Sangkakala rasa atau harap agar beliau sedar bahawa BN adalah pembangkang di Selangor dan dengan kenyataan atau usul yang tidak membena sudah pastinya tidak akan mampu memberi kemenangan.



KISAH SUB KDN MAKIN PANAS !!! ADA SURAT KELULUSAN MENTERI ??? DS @zahid_hamidi TAHU TAK NI ???

Semalam Sangkakala dah keluarkan satu artikel yang Sangkakala petik dari laman Facebook 'kami anti rasuah' berkenaan dengan kisah Setiausaha Bahagian Keselamatan di Kementerian Dalam Negeri.
Baca DISINI..

Hari ni Sangkakala dapati ada komen dalam blog berkenaan dengab artikel tersebut dan Sangkakala tunjukkan seperti di bawah.



Apa benar ke seperti mana yang didakwa oleh Tanpa Nama dalam gambar yang atas sekali yang mana jelas mengatakan bahawa Datuk SUB kita ni menggunakan nama Menteri untuk kepentingan pribadi?

Dan betul ke sepertimana yang didakwa pula oleh komentar yang kedua?.

Ok lah, Sangkakala nak pegi ke page 'kami anti rasuah' pula.

Apa yang Sangkakala nampak dalam posting terbaru page berkenaan, ada sekeping surat yang dikeluarkan dan dipertontonkan kepada umum melalui akaun tersebut.


Dalam surat berkenaan ada tertulis bahawa 2 buah syarikat telah diberi kontrak kawalam keselamatan MARITIM dan ianya adalah projek printis atau pilot projek.

Satu persoalan lagi wujud apabila kenapa pilot projek seperti ini diberi satu jangkamasa yang agak panjang iaitu selama 5 tahun dan yang paling penting sekali, adakah syarikat ini mempunyai pengalaman? 

Setahu Sangkakala, apabila projek ini dinamakan projek perintis, maknanya syarikat berkenaan juga tidak mempunyai pengalaman memandangkan ianya perkara baharu di Malaysia.

Persoalan lain yang perlu diambil berat ialah, adakah YB Menteri tahu akan perkara ini kerana jelas tertulis bahawa YB Menteri yang memberikan kelulusan dan jika benar YB Menteri memberikan kelulusan, adakah YB Menteri telah mengkaji kemampuan dan keupayaan 2 buah syarikat ini atau hanya mendengatlr nasihat dari Datuk Awang Din semata mata.

Sangkakala bukanlah berniat untuk menghentam sesiapa tapi bagi Sangkalala, jika ada yang cuba merosakkan nama pemimpin BN atau UMNO, maka Sangkakala akan bertindak dan jangan menjadi kehairanan jika lepas ni akan lebih banyak lagi surat menyurat keluar.

Mohon agar YB Datuk Seri Zahid supaya menyiasat perkara ini agar ianya tidak menjadi 'BARAH' yang akan merosakkan nama kementerian.




Selasa, 3 Mac 2015

RASUAH DALAM KDN ??? SEJAUH MANA @zahid_hamidi TAHU ???

Tertarik pula Sangkakala dengan posting dari page facebook 'kami anti rasuah' yang memuat naik satu status dimana menunjukkan SUB dalam KDN yang dikatakan rasuah.


Persoalannya kini, apa maklumat dalaman yang admin page ini dapat daripada Whistle blower tentang Datuk Awang Din ni?

Disini Sangkakala juga nak buat persoalan, apa hubungan Awang Din ni? Adakah ianya melibatkan tajaan permainan golf semasa waktu berkerja? Atau adakah habuan untuk melancong keluar negara terutamanya pada hujung tahun? Atau adakah melibatkan apa apa imbuhan melibatkan seks? Banyak benda berlegar dalam kepala ni.

Jika benar perkara ini berlaku? Adakah Datuk Seri Zahid Hamidi tahu tentang perkara ini sebab ianya sudah pasti akan merosakkan nama Menteri Dalam Negeri yang baru baru ini menyebut bahawa beliau akan membanteras kegiatan korupsi ini secara besar besaran tambahan pula yang melibatkan anggota atau pegawai dalam KDN.

Mohon supaya Menteri menyiasat perkara ini secara terperinci sebab Sangkakala rasa kalau benar perkara ini berlaku, ianya bukan hanya merosakkan nama KDN malah ianya akan menjejaskan reputasi Menteri serta kerajaan.




Jumaat, 27 Februari 2015

MALAYSIAKINI KANTOI FITNAH ROSMAH DANDAN RAMBUT RM1200

Oleh
Lokman Adam


Kebelakangan ini hangat cerita tentang Datin Seri Rosmah (DSR) kononnya membayar RM1200 semata-mata untuk mewarnakan rambutnya.

Bila saya singkap setiap artikel yang ditulis di internet, semuanya merujuk kepada tulisan Portal Maharaja Fitnah, Malaysiakini.

Walaupun saya yakin ianya sememangnya satu fitnah,  namun saya gagahi diri saya untuk mendengar rakaman audio kenyataan DSR itu yang turut dimuatnaik di Malaysiakini (Rakaman Suara Dilampirkan Sebagai Bukti http://youtu.be/X53lY8pyiN0 )

Selepas meneliti ucapan DS Rosmah itu, sememangnya terang lagi bersuluh bahawa Malaysiakini memang mempunyai agenda jahat untuk merosakkan imej DSR.

Datin Seri dalam audio tersebut telah menceritakan bahawa usaha memantau peniaga yang buat perniagaan rumah ke rumah juga adalah penting.  Ini adalah disebabkan ada peniaga yang mengenakan bayaran hingga lima kali ganda.

Beliau hanya memberi contoh, misalnya bila beliau bertanya berapa kos untuk mewarna rambut, peniaga terbabit hendak mengenakan bayaran sehingga RM1,200 hanya untuk mewarna rambut.

"Kalau saya nak cat rambut dekat rumah, dia caj RM1200.. amboi mahalnya. Kalau dekat kedai different charge, ni home service"

1. "Kalau saya nak cat" bermakna DSR baru tanya harga. Dan harga itu adalah mahal bagi beliau. Biasanya kalau dah mahal, kita tentulah tak jadi ambil service tersebut. Kalau DSR betul-betul belanjakan RM1200 untuk cat rambut, sudah tentu dia akan sebut "Saya cat rambut di rumah RM1200 sebab home service". 

2. Kalau DSR jenis orang yang boros dan duitnya 30 Billion seperti yang selalu dituduh, tak mungkin RM1200 pun dia akan terasa mahal. 

3. Saya sangat gembira setiap kali Datin Seri Rosmah dijadikan sasaran pembangkang dan lidah rasmi mereka, Malaysiakini. SEBAB APA? Sebab ini membuktikan kita ada seorang Perdana Menteri yang bersih sehingga mereka gagal mencari isu terhadap diri beliau.

4.  Apa yang dialami oleh DSR ini pernah dialami oleh YB Khairy.  Beliau menjadi mangsa semata-mata bila pembangkang gagal mencari kelemahan Pak Lah yang dikenali sebagai Mr Clean.

Ingat lagikah kita dengan fitnah Cikgu Bard yang mengatakan anak DSR Rosmah berbelanja sehingga RM200,000 semasa mengikut lawatan kerja PM dan Isteri ke Australia.  Bila rakyat baca tweet Cikgu Bard tersebut, hancur hati mereka.  Ada yang mengatakan jika anakpun berbelanja hingga RM 200,000, emaknya pula bagaimana?

Namun selepas isu tersebut disiasat, rupa-rupanya tiada seorangpun anak DSR yang menyertai rombongan tersebut.  Sehingga kini, pernah kita dengar Cikgu Bard memohon maaf?  Jangan harap!  

Maka janganlah kita terpengaruh dengan mainan laporan berita pembangkang.   Kita harus kaji apa sebenarnya yang DSR ingin sampaikan. "Kerajaan perlu memantau golongan peniaga tamak yang membuat untung berlipat kali ganda dan mengambil kesempatan ke atas pengguna".

Tidakkan ini apa yang kita semua mahu?




AKHIRNYA AHLI PARLIMEN TELUK INTAN TUNJUK CARA HARGAI JENTERA PILIHANRAYA @NajibRazak

Pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan diadakan apabila penyandang kerusi parlimen tersebut dari DAP mendiang YB Siah Liong Peng meninggal dunia akibat kanser.

Maka dalam pilihanraya tersebut berlakulah pertembungan diantara dua parti iaitu diantara BN yang meletakkan Presiden Gerakan yang juga merupakan anak jati Teluk Intan di tentang oleh DAP yang diwakili oleh Diana Sofia yang tak tau dari ceruk mana datangnya.

Seperti biasa, jentera terbesar yang turun membantu calon Barisan Nasional sudah pastilah dari UMNO dan antara jentera yang berkerja keras bagi memastikan kemenangan calon adalah dari kalangan golongan muda yang sedaya upaya mengembalikan kepercayaan golongan itu untuk memastikan kemenangan.

Sangkakala juga tidak ketinggalan dalam memberikan bantuan pada PRK tersebut dan Alhamdulillah berkat daripada usaha dan ikhtiar semua pihak maka menanglah calon Barisan Nasional dengan majoriti undi sebanyak lebih kurang 270 undi.

Kalau nak diikutkan undi majoriti tersebut adalah amat tidak berpatutan bagi seorang Presiden parti tapi walaupun satu undi, menang tetap menang dan kalah tetap kalah.

Tapi adakah daya usaha sahabat sahabat Sangkakala semasa PRK dulu dihargai oleh Presiden Parti Gerakan ini? Disini segala galanya bermula.

28hb Februari nanti akan diadakan sambutan Tahun Baru Cina peringkat KEBANGSAAN, Sangkakala ulangi, peringkat KEBANGSAAN dan sepertimana kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan, ianya sudah pastilah akan memakan belanja sehingga ratusan ribu ringgit.


Mengikut apa yang dituliskan oleh Zamanhuri dalam laman facebook milik beliau, program sambutan Tahun Baru Cina ini tidak mementingkan orang Teluk Intan sendiri malahan ianya dilihat seolah olah melebihkan orang luar.


Mengikut ceritanya katering yang menyediakan sajian juga datangnya dari Padang Rengas, apakah sudah tidak ada lagi syarikat ketering di Teluk Intan hingga menjadi keperluan untuk menjemput orang luar?

Kepada YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong perlu ingat bahawa yang memenangkan beliau di Teluk Intan ialah orang Teluk Intan, jangan sampai nanti kena import jentera pilihanraya dari Padang Rengas untuk menjalankan kerja kerja pilihanraya yang akan datang.

Ini pesan Sangkakala sebab Sangkakala amat mengenali rakan rakan yang ada di kawasan Teluk Intan, sekali mereka patah hati, takkan ada apa benda yang mampu untuk memulihkan hari mereka kembali.



Rabu, 25 Februari 2015

JALAN BERLUBANG !! DIMANA JANJI AZMIN ALI SEBAGAI MB ??

Nampaknya Azmin Ali hanya pandai mengungkapkan janji janji sebagai halwa telinga untuk menyedapkan pendengaran para pengundi khususnya rakyat Selangor dalam menjanjikan bulan dan bintang jika dia menjadi Menteri Besar.

Dan memang tidak dinafikan bahawa seawal beliau menjadi Menteri Besar banyak pertunjukan pertunjukan sarkas yang diolah untuk membuktikan bahawa kepimpinan beliau amat berkesan dalam memberi perhatian kepada rakyat.

Azmin juga pernah berjanji bahawa permasaalahan seperti denggi dan jalan yang bermasaalah akan diselesaikan secepat mungkin.


Klik gambar diatas untuk video janji Azmin.

Tapi sejauh mana Azmin mengotakan janjinya dalam usaha untuk membela rakyat? Atau janji tinggal janji?

Sangkakala menarik sekali dengan satu isu yang menjelaskan bahawa kepimpinan Azmin dan PR tidak menghiraukan keselamatan rakyat dan keselesaan rakyat Selangor.

Permasaalahan jalan raya berlubang memang tidak dapat disangkal lagi apabila baru baru ini di Kota Damansara ada sebuah NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai 'BROTHERHOOD' yang mengambil inisiatif sendiri menampalnjalan jalan yang bermasaalah dan Sangkakala pernah mengeluarkan artikel berkenaan perkara tersebut.

Sila baca DISINI.

Jalan jalan bermasaalah ini sebenarnya mengundang bahaya kepada para pengguna khususnya penunggang dan pembonceng motosikal dan bukan itu sahaja, malah sudah pun ada kematian dilaporkan akibat daripada masaalah jalan tidak diselenggara ini.


Bayangkan anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami, ibu bapa kehilangan anak akibat daripada permasaalahan jalan yang berlubang disana sini.

Sampai bila masalah ini perlu dihadapi oleh rakyat Selangor? Atau adakah apabila menjelang pilihanraya nanti baru jalan jalan ini akan diselenggara untuk meraih undi dan kemudian ianya dibiarkan semula tanpa kepedulian dari pihak kerajaan negeri?

Mangsa dalam masalah ini sebenarnya tidak mengira sama ada mereka dari parti mana sekalipun, mungkin dari BN, PAS, PKR atau DAP dan ianya sentiasa menunggu mangsa untuk dijadikan korban.

Sudah sudah la rakyat Selangor, bangkit demi untuk kelangsungan keselamatan masing masing dalam menggunakan jalan raya di sekitar negeri Selangor.


Selasa, 24 Februari 2015

DENGGI ] NAIKKAN SAMAN !! KERAJAAN NEGERI SALAHKAN RAKYAT #DSNO #SMS #ubahselangor

Kerajaan Selangor nampaknya tak mahu mengaku bahawa kepimpinan mereka kini lemah dalam memastikan kesihatan rakyat serta kebersihan negeri terbela.

ADUN kawasan Subang Jaya yang merupakan speaker DUN, Hannah Yeoh mencadangkan agar kompaun dinaikkan sehingga mencecah RM 2000 berbanding RM 500 seperti sekarang.


Persoalannya adakah dengan menaikkan kompaun maka permasaalahan denggi akan selesai?? Bagaimana pula kalau sampah serta penyelenggaraan kawasan sekitar tidak dilakukan sepertimana yang sepatutnya oleh PBT di bawah kerajaan negeri?

Ini semua sebenarnya adalah untuk menunjukkan bahawa masalah denggi berpunca dari rakyat sedangkan permasaalahan telah banyak di kemukakan oleh rakyat tentang sampah, sistem pembentungan serta perparitan tidak diselenggara dan ini semua seolah olah dinafikan oleh kerajaan negeri.

Sangkakala amat yakin apabila kompaun dinaikkan maka penguatkuasaan akan dijalankan secara besar besaran dan yang menjadi mangsa adalah rakyat sedangkan masalah utama adalah disebabkan PBT yang tidak memantau penyelenggaraan yang tidak sempurna.

Jadi kepada rakyat Selangor, bersiap sedialah untuk membayar kompaun yang tinggi walaupun ianya salah PBT, TAHNIAH semua.