Jumaat, 27 Februari 2015

MALAYSIAKINI KANTOI FITNAH ROSMAH DANDAN RAMBUT RM1200

Oleh
Lokman Adam


Kebelakangan ini hangat cerita tentang Datin Seri Rosmah (DSR) kononnya membayar RM1200 semata-mata untuk mewarnakan rambutnya.

Bila saya singkap setiap artikel yang ditulis di internet, semuanya merujuk kepada tulisan Portal Maharaja Fitnah, Malaysiakini.

Walaupun saya yakin ianya sememangnya satu fitnah,  namun saya gagahi diri saya untuk mendengar rakaman audio kenyataan DSR itu yang turut dimuatnaik di Malaysiakini (Rakaman Suara Dilampirkan Sebagai Bukti http://youtu.be/X53lY8pyiN0 )

Selepas meneliti ucapan DS Rosmah itu, sememangnya terang lagi bersuluh bahawa Malaysiakini memang mempunyai agenda jahat untuk merosakkan imej DSR.

Datin Seri dalam audio tersebut telah menceritakan bahawa usaha memantau peniaga yang buat perniagaan rumah ke rumah juga adalah penting.  Ini adalah disebabkan ada peniaga yang mengenakan bayaran hingga lima kali ganda.

Beliau hanya memberi contoh, misalnya bila beliau bertanya berapa kos untuk mewarna rambut, peniaga terbabit hendak mengenakan bayaran sehingga RM1,200 hanya untuk mewarna rambut.

"Kalau saya nak cat rambut dekat rumah, dia caj RM1200.. amboi mahalnya. Kalau dekat kedai different charge, ni home service"

1. "Kalau saya nak cat" bermakna DSR baru tanya harga. Dan harga itu adalah mahal bagi beliau. Biasanya kalau dah mahal, kita tentulah tak jadi ambil service tersebut. Kalau DSR betul-betul belanjakan RM1200 untuk cat rambut, sudah tentu dia akan sebut "Saya cat rambut di rumah RM1200 sebab home service". 

2. Kalau DSR jenis orang yang boros dan duitnya 30 Billion seperti yang selalu dituduh, tak mungkin RM1200 pun dia akan terasa mahal. 

3. Saya sangat gembira setiap kali Datin Seri Rosmah dijadikan sasaran pembangkang dan lidah rasmi mereka, Malaysiakini. SEBAB APA? Sebab ini membuktikan kita ada seorang Perdana Menteri yang bersih sehingga mereka gagal mencari isu terhadap diri beliau.

4.  Apa yang dialami oleh DSR ini pernah dialami oleh YB Khairy.  Beliau menjadi mangsa semata-mata bila pembangkang gagal mencari kelemahan Pak Lah yang dikenali sebagai Mr Clean.

Ingat lagikah kita dengan fitnah Cikgu Bard yang mengatakan anak DSR Rosmah berbelanja sehingga RM200,000 semasa mengikut lawatan kerja PM dan Isteri ke Australia.  Bila rakyat baca tweet Cikgu Bard tersebut, hancur hati mereka.  Ada yang mengatakan jika anakpun berbelanja hingga RM 200,000, emaknya pula bagaimana?

Namun selepas isu tersebut disiasat, rupa-rupanya tiada seorangpun anak DSR yang menyertai rombongan tersebut.  Sehingga kini, pernah kita dengar Cikgu Bard memohon maaf?  Jangan harap!  

Maka janganlah kita terpengaruh dengan mainan laporan berita pembangkang.   Kita harus kaji apa sebenarnya yang DSR ingin sampaikan. "Kerajaan perlu memantau golongan peniaga tamak yang membuat untung berlipat kali ganda dan mengambil kesempatan ke atas pengguna".

Tidakkan ini apa yang kita semua mahu?




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Untuk makluman kamu..tak perlu promosikan Mbah kamu tu di dalam blog org Malaysia..bodoh punya indon

Den Suave berkata...

Who cares! Dandan rambut mmg ada yg rm 1,200. Itupun yg termurah dah tu. Thats average!