Khamis, 22 Oktober 2015

DAP MULAKAN TSUNAMI MELAYU SELEPAS CINA @NajibRazak @NohOmar

Oleh : Dato' Hj Zein Isma Ismail

Assalamualaikum wbk.

Saya mengajak sahabat seperjuangan dan seluruh   ummah Melayu dan Bumiputera utk sama2 menyelami rentetan pendekatan DAPig,  yang amat merbahaya kepada  ummah Islam, Melayu,  Bumiputera dan pribumi tanahair tercinta ini. Walaupun nukilan yg bersandarkan kajian dan berfakta ini agak panjang, saya mohon teruskankah membacanya dan menyampaikannya kepada sahabat dan taulan...
#bersatumelayutolakdap.

                   ¤¤¤
"Selepas Kejayaan TSUNAMI CINA, DAP beralih kepada TSUNAMI MELAYU"
                   ¤¤¤

Pada 5 Mei 2013, setelah diumumkan keputusan PRU13, hampir 90% pengundi kaum Cina memberi undi kepada DAP. Satu keputusan yang menunjukkan kejayaan PROPAGANDA DAP sehingga tercetus TSUNAMI CINA yang amat dahsyat.

● Metodologi Propaganda DAP

Metod propaganda yang diamalkan oleh DAP pada PRU13 adalah hampir sama ketika PRU tahun 69, akan tetapi pendekatan kali ini ditukar agar tidak kelihatan terlalu ekstrim. 

Pada 1969, slogan "Malaysian Malaysia" yang dicipta oleh LKY sebelum Singapura berpisah dari Malaysia, telah berjaya menyerapi jiwa pengundi kaum Cina sehingga menyebabkan parti MCA mengalami kekalahan teruk waktu itu. 

Pada PRU13 baru baru ini, penentangan terhadap Hak Bumiputra/Melayu telah dieksploitasi semula, walaubagaimanapun kali ini bukan DAP yang menjuarai isu ini. Malah DAP telah memilih Anwar Ibrahim untuk "diperkuda" dan menjadi wakil lidah DAP. Pemilihan ini dibuat untuk menjaga kedudukan DAP agar tidak dilihat terlalu ekstrim dan anti Melayu/Bumiputera.

Dalam ceramah yang diketuai oleh Anwar Ibrahim, beliau dengan amat bangga mengatakan bahawa selepas kemenangan PRU13 nanti, maka tiada lagi bentuk penindasan kaum akan tetapi semua kaum dilayan adil dan yang tinggal hanya lah "KETUANAN RAKYAT". 

Propaganda ini dicipta bertujuan untuk menunjukkan bahwa "KETUANAN MELAYU dan ISLAM agama Persekutuan" telah menyebabkan kaum dan agama lain dizalimi dengan begitu teruk dan kehidupan kaum lain amat dhaif dan terseksa.

Walaupun pada hakikatnya ianya tidak berlaku. Slogan ini amat selari dengan slogan "Malaysian Malaysia" ciptaan LKY dan sekarang ini diperjuang oleh DAP. 

● Fahami Maksud Kenyataan MP DAP, 
Liew Chin Tong

Seorang MP DAP bagi parlimen Kluang iaitu YB Liew Chin Tong telah ditemubual dan direkod oleh wartawan akhbar Sichew Daily selepas PRU13 baru baru ini. Kita semua wajar meneliti maksud disebalik kenyataan beliau. 

Beliau berkata "TSUNAMI MELAYU" amat penting dan menjadi keutamaan kepada DAP kerana tsunami ini akan menjadi penentu kepada peralihan kuasa kerajaan pada PRU14 nanti. Chin Tong berkata lagi cukup sekadar 10% pengundi tetap BN beralih arah dan ditambah kekuatan sokongan pengundi kali pertama pada PRU14, maka UMNO pasti dapat dikalahkan. 

Dan beliau mengukuhkan hujah beliau dengan berkata yang membawa maksud, TSUNAMI MELAYU menjadi keutamaan tertinggi untuk DIREALISASIKAN kerana banyak kawasan parlimen yang dikuasai majoriti pengundi bangsa MELAYU. 

● Propaganda DAP Untuk Mencipta TSUNAMI MELAYU.

DAP mengetahui dengan jelas bahawa undi MELAYU perlu dipecahkan. Oleh itu DAP menumpukan 3 fasa utama bagi menjayakan TSUNAMI MELAYU;

1■"Bagi pemimpin dan pengundi MELAYU dalam parti DAP dan PKR".
 DAP telah berjaya kuasai 100%.

2■"Pengundi dan Pemimpin MELAYU dalam PAS".
DAP melakukan PROPAGANDA dengan menyerang pemimpin teratas PAS dengan cara menggambarkan Presiden PAS, TGHA merupakan seorang KUNO, KOLOT, TIDAK MEMPUNYAI SEMANGAT UNTUK MENANG dan terlalu EKSTRIM. Kejayaan propaganda ini dapat dilihat apabila ramai mantan pemimpin dan "FIGHTER" termasuk ahli bawahan PAS telah berjaya "dibeli", lalu mereka keluar PAS dan menubuhkan PAN. Oleh itu DAP telah berjaya "DIVIDE" PAS dan "RULE" PAN. Akhirnya yang tinggal dalam PAS adalah "pemimpin play safe, bukannya PENCETUS semangat dan tiada semangat FIGHTER". 

3■"Bagi Pengundi dan Pemimpin MELAYU dalam UMNO". 
DAP amat menyedari bahawa UMNO sebuah parti yang amat kuat terutama selepas kejayaan PM DSN dalam PRU13 dengan meningkatkan sokongan pengundi MELAYU dan menambahkan bilangan kerusi parlimen yang dimenangi UMNO. 

Bagi tujuan melemahkan UMNO, DAP telah mengorak langkah dengan melakukan beberapa fasa PROPAGANDA bagi tujuan merosakkan UMNO secara luaran dan dalaman. (Pengundi MELAYU yang bukan ahli UMNO dan pengundi UMNO ahli UMNO). 

Fasa Pertama: 
DAP menyedari anak muda bakal penentu kemenangan pada PRU14 nanti. Lalu DAP mengambil langkah dengan mengangkat martabat anak muda MELAYU yang Berkalibar, Bermotivasi, Bersemangat dan Mempunyai Hala Tuju dengan memberi jawatan kepada mereka supaya mereka dapat berkhidmat dengan pemimpin DAP dan kebajikan mereka dijaga sepenuhnya. 

Sebagai contoh seorang anak muda wanita, Azira Aziz, 29 tahun berlelulusan undang undang dari UITM, telah dilantik sebagai pegawai penyelidik kanan kepada Speaker Dun Selangor, YB Hannah Yeoh dari Feb 2014. Seorang mantan pemimpin mahasiswa pula, iaitu saudara Zainol Fahmi telah diberi saguhati rm11k dari kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP. 

Malah ramai anak muda MELAYU dilantik dalam organisasi DAP diberi imbuhan tetap dan dijaga kebajikkan mereka. Ianya merupakan satu PELABURAN yang AMAT BERBALOI untuk jangka masa panjang. Tindakan ini sebenarnya dilihat amat teratur, penuh kesedaran dan bersungguh oleh DAP dalam memenangi hati anak muda MELAYU di luar sana, melalui anak muda MELAYU yang berkhidmat untuk DAP. Ianya juga bertujuan menunjukkan perbezaan DAP dalam melayani dan menghargai anak muda berbanding layanan UMNO terhadap anak muda yang berpontensi.

Fasa Kedua: 
DAP cukup fokus dalam usaha memindahkan pengundi. Kejayaan yang diperoleh malalui KAJIAN dan PERLAKSANAAN perancangan telah berjaya menyemarakkan semangat DAP. Sebagai contoh, untuk parlimen Gelang Patah pada tahun 2004, seramai 70, 023 pengundi direkod. Berlaku sedikit penambahan pada tahun 2008 apabila 78, 676 layak mengundi. Akan tetapi penambahan amat ketara berlaku pada 2013, sebanyak 106, 726 telah direkod layak mengundi. Penambahan pengundi baru begitu mendadak. 

Saya dikhabarkan oleh sahabat saya dari kaum Cina bahawa sekarang ini DAP amat amat amat amat amat sibuk mendaftar pengundi kali pertama dan di Selangor sahaja mereka telah berjaya mendaftarkan lebih 120, 000 pengundi baru. Disamping iu juga DAP aktif melakukan penukaran tempat mengundi dengan memberi tumpuan kepada kawasan parlimen yang dimenangi BN dibawah majoriti 5 ribu. 

Fasa Ketiga: 
DAP perlu dilihat sebagai mesra ISLAM, selain mereka berjaya "mempopularkan" Melati, seorang muslimah yang berniqab. DAP juga melakukan perjumpaan dengan palajar yang belajar di Timur Tengah. Apa yang lebih dahsyat, DAP berjaya menonjolkan diri dengan berjumpa pemimpin parti ISLAM di Turki dan Tunisia melalui "sahabat baik" mereka, pemimpin dalam PAS dan beberapa pemimpin PAN. Perjumpaan dibuat diatas alasan untuk belajar dan memahami secara serious bagaimana sebenarnya perlaksaan ISLAM. Propaganda yang dibuat ini sebagai langkah awal untuk menghantar mesej kepada pengundi MELAYU bahawa DAP bukannya parti anti ISLAM!!!

Fasa Terakhir dan Paling Berkesan: 
Dalam merosakkan UMNO secara keseluruhan. DAP memahami mereka tidak boleh kehadapan untuk mendapatkan kepercayaan pengundi MELAYU terutama dalam UMNO. oleh itu DAP amat memerlukan kalangan ahli UMNO dan mantan pemimpin UMNO untuk menjadi "LIDAH MEREKA" tanpa mereka sedari bagi menjayakan propaganda yang dicipta DAP. 

Melalui hasil kajian yang dibuat oleh DAP, mereka maklum bahawa pengundi MELAYU begitu mudah TERPERANGKAP dalam permainan PERSEPSI dan begitu mudah DIEKSPLOITASI. 

DAP telah melancarkan PROPAGANDA terhadap kepimpinan tertinggi UMNO. Melalui fasa ini DAP sekali lagi menguasahakan "Devide and Rule", kali ini terhadap pemimpin dan ahli UMNO pula dan UMNO telah berpecah kepada 2 golongan; iaitu (1) golongan yang mengamalkan sunnah dan mengikut saranan agama dalam mentaati pemimpin (dalam konteks Malaysia, pemimpin ialah PM DSN). (2) Satu golongan lagi yang terpengaruh dengan propaganda DAP lalu mereka berusaha menjatuhkan pemimpin dan merasakan tindakan mereka adalah benar walaupun tindakan itu amat berlawanan dengan suruhan ALLAH melalui dalilnya yang kemudian dihuraikan secara lebih lanjut melalui ulama terkenal. 

Setelah PROPAGANDA DAP terhadap PM DSN disambut oleh mantan PM Malaysia, pemimpin UMNO (yg kemaruk kuasa), dan ahli UMNO (yg mudah terpedaya). Tindakan ini mengakibatkan wujudnya "LOMPANG atau VACUUM" dalam UMNO. Lompang ini telah menyebabkan ramai pengundi MELAYU baik ahli UMNO dan bukan ahli memilih menjadi golongan atas pagar. 

Satu kerugian yang amat besar apabila PROPAGANDA yang dicipta oleh DAP telah diraikan oleh TM mantan PM Malaysia dan ahli UMNO lain. Secara tidak langsung tindakan mantan PM, Pemimpin UMNO dan ahli UMNO ini telah menjadikan diri mereka menjadi "WAKIL DAP Paling Efektif dan berkesan" dan tanpa mereka sedar boleh membangkitkan TSUNAMI MELAYU dan kehancuran UMNO pada PRU14 nanti. 

Akibat Dari Tindakan Golongan Yang Terpengaruh Dengan Propaganda DAP Dan Melibatkan Diri Dalam Usaha Menjatuhkan PM DSN.

Bagi menjayakan impian dan perancangan DAP menguasai kerajaan dalam PRU14 nanti, mereka sekadar memerlukan majoriti mudah sejumlah112 kerusi parlimen. (Jika jumlah 222 kerusi parlimen tidak berubah). 

Dari jumlah 112 ini, sahabat saya dari kaum Cina maklumkan bahawa DAP mensasarkan kemenangan di 55 kerusi parlimen, PKR di 39 kerusi dan selebihnya 18 kerusi daripada parti PAN. 

Ramai pengundi Melayu termasuk ahli UMNO telah dipengaruhi oleh PROPAGANDA DAP untuk membenci PM DSN dan mempercayai fakta palsu yang berjaya dieksploitasi oleh DAP. Lalu mereka berfikiran bahawa "Apa salahnya kita beri sepenggal kepada DAP untuk perintah Malaysia sebagai mengajar PM DSN dan pada PRU15 nanti kita berikan kemenangan kepada UMNO semula"

Sahabat seperjuangan yang saya hormati,
Anggapan ini amat berbahaya sama sekali, tahukah kita semua bahawa melalui Perkara 159 dan 161E, Perlembagaan Persekutuan membenarkan hanya melalui majoriti mudah di parlimen yang boleh dibuat melalui sidang tergempar bahawa Negara Singapura boleh dijemput kembali menyertai Malaysia!

♢PERINGATAN♢
¤Kepada Bumiputra &
¤Kepada Ummah Islam.

Jika usaha yang diketuai oleh DAP berjaya dan parlimen Singapura menyokong penyertaan ini. Maka pembangkang akan mendapat tambahan 83 kerusi parlimen dimiliki PAP. Siapakah yang akan menjadi pemimpin tertinggi di Malaysia yang dilihat "LUBUK EMAS" jika bukan pemimpin dari PAP. Dan adakah kita mampu memenangi kembali Malaysia dari DAP dan PAP pada PRU15 nanti?

Maka jika ini berlaku, situasi ini akan menjadi "EPISODE PALING MALANG" buat kaum MELAYU dan amalan ISLAM kerana kita sebagai kaum Melayu akan menjadi seperti kaum Melayu di Singapura yang dihina dan sukar mengamalkan syiar ISLAM dan aqidah umat Islam generasi mendatang akan terpesong...
 Inilah akibat paling buruk jika kita berterusan termakan PROPAGANDA DAP dan berterusan berusaha menjatuhkan PM DSN sehingga menyebabkan berlakunya TSUNAMI MELAYU pada PRU14 nanti. 

Saudara seagama dan sebangsaku,

Berbaloikah tindakan kita hari ini yang melanggar suruhan ALLAH dalam mentaati pemimpin dan akhirnya mendapat mudharat besar pada PRU14 nanti setelah ALLAH tidak membantu kita kerana kita melanggar suruhanNYA!!!

RENUNG2KANLAH DAN FIKIR2KANLAH.
Ayoh kita bersatu demi memelihara aqidah Islam, demi masa depan zuriat kita demi tanahair Malaysia tercinta. 
Semua kita mesti bangkit menyedarkan sesama kita. Kita wajib membicarakan perkara ini sesama kita. Kita dituntut memahamkan anank2 kita. Jangan sampai nasi dah jadi bubur... 
#MELAYUBERSATU
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!

Ikhlas daripada,
Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang

Kota Damansara

Isnin, 19 Oktober 2015

SAHAM FGV TERUS MENUNJUKKAN PENINGKATAN DAN REAKSI POSITIF #supportfgv

Bermula pada 29 September yang lepas, saham Felda Global Ventures dilihat telah menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan dimana peningkatan demi peningkatan dalam harga pasaran saham milik syarikat berkenaan dan ianya terus dilihat semakin mengukuh.


19 September 2015, harga saham FGV bernilai RM 1.43 sesaham dan pada 16 Oktober, saham milik syarikat berkenaan berharga RM 1.74 sesaham dan ini menunjukkan reaksi positif yang mana pada 19 Oktober 2015, harga saham meningkat lagi kepada RM 1.82 sesaham.

Penganalisis pasaran saham dari AllianceDBS Research telah membuat analisa keatas saham syarikat FGV dan merumuskan bahawa ianya mampu mencecah ke harga RM 2 sesaham.

Kenaikan saham FGV ini berkemungkinan besar apabila harga pasaran minyak sawit mentah dunia melonjak naik dan ini sekaligus membawa kepada peningkatan harga saham FGV.

Yang sebenarnya ini adalah masa paling baik bagi mereka yang berminat untuk memiliki saham FGV untuk membuat pembelian dan memperolehi keuntungan dengan kenaikan harga saham syarikat berkenaan.


ISU KENAIKAN TOL !!! ADUN TAMAN MEDAN @hanizat SALAHKAN LLM PULA @NohOmar

Semalam Sangkakala masukkan satu artikel tentang ADUN Taman Medan yang membawa beberapa kerat penyokong buat himpunan di plaza tol NPE Taman Medan.

Pada sebelah malamnya pula Sangkakala telah membalas tweet Haniza dengan mengatakan bahawa sebagai pemegang saham dalam konsesi, kerajaan negeri mampu untuk mengekalkan harga tol di negeri Selangor.

Tapi apa yang kelakarnya, Haniza telah menunjukkan bahawa beliau memang tak tau apa apa pasal tol malahan mungkin juga tak tau pasal perniagaan hinggakan Haniza telah membalas tweet Sangkakala dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri membantah kenaikan harga tol tetapi pihak Lembaga Lebuh Raya telah mengarahkan agar tol dinaikkan.


Mungkin Haniza Talha tak tau tentang syarikat atau sengaja nak tunjukkan bahawa kenaikan harga tol bukanlah disebabkan oleh pihak syarikat konsesi.

Sangkakala nak bagi tau sikit pada Yang Berhormat ni, perniagaan tersebut adalah milik sebuah syarikat, jika syarikat berkenaan tidak mahu menaikkan harga tol, tidak ada sesiapa yang mampu untuk memaksa mereka malahan pihak LLM sendiri tiada kuasa untuk membuat paksaan.

Sebagai contoh, pihak LLM hanya memantau pihak konsesi dan melakukan rundingan sekiranya ada permintaan untum menaikkan harga tol, dan jika permintaan tersebut mempunyai alasan kukuh dan didesak oleh pihak konsesi maka pihak LLM akan menyediakan rangka kenaikan.

Tapi jika pihak LLM meminta supaya tol dinaikkan dan pihak syarikat pula mengatakan bahawa ianya tidak wajar, maka pihak LLM tidak boleh berbuat apa apa kerana jlan tersebut masih dibawah kelolaan pihak konsesi.

Takkan perkara semudah itu pun Yang Berhormat ni tak tau? Atau perlu disekolahkan semula untuk mengetahui selok belok perniagaan dan kira kira.

Dalam kes kenaikan harga tol dalam bandar di negeri Selangor, kerajaan negeri mempunyai ekuiti berupa saham yang membolehkan mereka meletak seorang ahli lembaga pengarah untuk meninjau perjalanan syarikat konsesi.


Macam mana pulak dengan jawapan Menteri Besar ni? Alasan lagi?

Setiap kenaikan perlu dibentangkan dalam mesyuarat dan ahli lembaga pengarah berkenaan boleh bersuara untuk menidakkan atau membangkang atau membantah kenaika  tersebut demi rakyat.

Tak perlu retorik sangat la Yang Berhormat Haniza, rakyat Selangor bukan bodoh.



Ahad, 18 Oktober 2015

ADUN PR @hanizat SALAH TEMPAT BUAT DEMONSTRASI TOL NAIK

Malang sungguh nasib penduduk di Taman Medan apabila ADUN mereka Haniza Talha tak peka dengan kenaikan tol baru baru ni.

Haniza dilihat telah membawa lebih kurang 50 orang untuk melakukan demonstrasi kononnya menuntut agar harga tol tidak dinaikkan.

Tapi yang kelakarnya, Haniza telah membawa mereka ke tol NPE di Taman Medan sedangkan tol NPE tidak terlibat dengan kenaikan.


Haniza minta kurangkan apa benda kalau tak naik? Takkan harga asal pun nak minta turun lagi?

Sebagai seorang ADUN rasanya Haniza perlu tau dengan keadaan semasa dan apa yang penting ialah, sebagai wakil rakyat, Haniza boleh menyuarakan agar tol tidak dinaikkan kepada kerajaan negeri yang juga mempunyai ekuiti saham dalam konsesi lebuhraya yang terlibat.

Nampaknya Taman Medan selalu ketinggalan dalam hal ehwal kebajikan rakyat dimana ADUNnya sendiri tidak mengetahui yang mana satu permasaalahan rakyat dalam kawasan.



Jumaat, 16 Oktober 2015

ISU KENAIKAN TOL @AzminAli JANGAN MAIN WAYANG KATA @nohomar


1- Saya terpanggil untuk mengulas tentang kenaikkan harga tol yang melibatkan konsesi lebuhraya yang 12 daripadanya lebuhraya terlibat berada di Selangor.

2- YAB Menteri Besar Selangor YB Azmin Ali jangan cuba bermain wayang bertindak seperti seorang wira dalam memperjuangkan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan Kerajaan Selangor tidak bersetuju dengan kenaikkan harga tol.

3- Umum mengetahui PKNS dan KPS masing-masing memiliki saham minoriti 30 peratus dalam syarikat konsesi Lebuhraya Kesas dan 20 peratus dalam syarikat konsesi Lebuhraya Sprint.

4- Saya mendesak supaya Kerajaan Selangor segera mengumumkan keuntungan yang telah mereka perolehi dan bakal mereka perolehi daripada saham mereka di dalam syarikat konsesi Lebuhraya Kesas dan Lebuhraya Sprint.

5- Kerajaan Selangor perlu memulangkan wang keuntungan tersebut kepada rakyat Selangor sekiranya mereka benar-benar ingin membantu rakyat.

6- Kerajaan Persekutuan diminta mengkaji semula cadangan daripada UMNO Selangor yang dikemukakan sebelum ini supaya menghapuskan tol di Lebuhraya Persekutuan di plaza tol Batu 3 dan Sungai Rasau. Pada pemerhatian saya plaza tol ini adalah antara yang telah lama wujud dan telah membuat keuntungan. Sekiranya kedua-dua plaza tol itu tidak boleh dihapuskan saya mencadangkan salah satu daripada plaza tol tersebut dihapuskan dalam membantu meringankan beban rakyat.

7-  Saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan mengenakan harga tol melalui 2 kaedah:

Pertama- Harga tol dikekalkan ketika waktu puncak ( Peak Hour) dan dikurangkan ketika luar waktu puncak. Pengguna yang tidak terlibat dengan aktiviti waktu puncak mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan lebuhraya selepas waktu puncak. Ini memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan harga tol lebih rendah. Begitu juga ketika waktu petang, pengguna boleh menggunakan lebuhraya selepas waktu puncak untuk mendapatkan harga lebih rendah. Sekirannya ini berlaku ianya boleh mengurangkan kesesakan di plaza tol di waktu peak hour.

Kedua- Kerajaan mengurangkan harga tol ketika cuti umum. Ini boleh membantu rakyat yang berada di luar Lembah Klang menggunakan kemudahan lebuhraya dan mampu merancakkan aktiviti pelancongan di kawasan Lembah Klang.

Terima Kasih

Datuk Seri Noh Omar
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.


Khamis, 15 Oktober 2015

TANGISAN AHLI UMNO MENGIRINGI @saifuddinabd SERTAI PKR

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan bekas ahli Parlimen Temerloh, Dato Saifuddin Àbdullah sah menyertai PKR walaupun dikatakan semalan beliau menafikan perkara tersebut.


Kalau kita semua masih ingat semasa Adam Adli memijak bendera gambar YAB Presiden sikit masa dulu, ianya adalah berpunca daripada Saifuddin yang membenarkan pendemonstrasi dari kalangan Mahasiswa untuk memghantar memorandom berkenaan dengan kepentingan mahasiswa.

Sangkakala sendiri pernah bertanya kepada Saifuddin semasa satu sessi soal jawab kenapa perkara tersebut berlaku, Saifuddin mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang perkara tersebut sedangkan yang berjumpa dengan mahasiswa berkenaan adalah beliau.

Begitu juga dengan beberapa insiden dimana seorang guru pernah dikatakan sebagai balaci kepada kerajaan dalam twitter sedangkan guru berkenaan memberikan nasihat kepada para mahasiswa agar tidak menjadi balaci kepada mana mana pihak demi kepentingan politik mereka.

Banyak lagi perkara perkara yang dilakukan oleh Saifuddin hingga mengundang rasa kurang selesa kepada ahli UMNO kerana kenyataan kenyataan beliau mirip kepada pembangkang.

Jadi elok sangatlah Saifuddin menyertai PKR sebab dalam UMNO sendiri pun nampaknya ramai yang mula tidak berkenan dengan cara beliau bergerak kononnya si Saifuddin ni membawa politik cara baru.

Jadi mungkin dengan penyertaan beliau dalam PKR akan membawa politik cara baru kepada parti tersebut.

Dan apa yang Sangkakala tahu, hari ini ramai yang menangis kegembiraan apabila duri dalam daging telahpun di cabut keluar.



Rabu, 14 Oktober 2015

KENYATAAN AKHBAR TENTANG MAKLUMAT SIASATAN BANK NEGARA BOCOR

Kebocoran dan penjualan maklumat siasatan adalah perbuatan mensabotaj yang tidak boleh dimaafkan

Pada 12 Oktober 2015, sekali lagi terjadi insiden kebocoran dan/atau penjualan maklumat siasatan daripada pihak berkuasa yang bertanggung jawab menyiasat 1MDB.

Dalam rencana terbaru Sarawak Report, mereka telah secara jelas menyebut bahawa mereka menerima dokumen siasatan berkaitan 1MDB dari Bank Negara Malaysia (BNM). Saya amat berdukacita mengapa BNM masih membisu sehingga hari ini mengenai perkara mustahak yang begitu membimbangkan seperti ini.

Ini adalah kali ke-4 kebocoran maklumat siasatan berkaitan 1MDB berlaku.

Insiden pertama pada 2 Julai 2015 diakui oleh Wall Street Journal (WSJ) di dalam artikel mereka yang menyebut bahawa WSJ telah melihat dokumen siasatan dari penyiasat kerajaan. Insiden kedua berlaku pada 9 September 2015, dimana WSJ mengakui telah melihat draf laporan interim siasatan oleh Jabatan Audit Negara. Insiden ketiga diakui oleh Sarawak Report pada 11 Oktober 2015, dengan menyebut bahawa dokumen diperolehi dari BNM.

Pada 14 September 2015, saya telah mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat akaun semua ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memastikan bahawa tidak berlaku sebarang transaksi kewangan penjualan maklumat siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada media asing, Wall Street Journal (WSJ).

Saya amat yakin bahawa terdapat kes penjualan maklumat dan bukan sekadar pembocoran biasa kerana saya percaya ada pihak yang cuba mendapat keuntungan demi kepentingan peribadi dan politik.

Sebelum ini pihak polis telah menyiasat insiden kebocoran dan penjualan maklumat di kalangan pasukan petugas khas. Malangnya siasatan polis ini telah ditangguhkan kerana terdapat anggota pasukan petugas khas yang tidak mahu pegawai mereka disiasat walaupun ada kecenderungan pegawai mereka terlibat.  Apa sudah jadi dengan pasukan penyiasat di kalangan agensi di dalam negara apabila mereka tidak lagi mempunyai integriti dan tidak berpegang kepada sumpah menyimpan rahsia? 

Perbuatan membocorkan dan menjual maklumat siasatan sebelum siasatan dimuktamadkan bukan sahaja tidak adil terhadap pihak yang dituduh, tetapi juga boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap ekonomi negara. Ia juga boleh dianggap sebagai satu sabotaj dan cubaan mensabotaj ekonomi negara.

Saya difahamkan bahawa 1MDB telah membuat laporan polis pada 12 Oktober 2015 mengenai pembocoran dan/atau penjualan maklumat. Saya mendesak pihak PDRM dan SPRM untuk membuka penyiasatan segera dan terperinci dari setiap sudut, termasuk ke atas akaun bank semua ahli PAC, anggota BNM dan mana-mana pihak lain yang disyaki terlibat dengan perbuatan membocor dan menjual maklumat peribadi dan rahsia.

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO


Selasa, 6 Oktober 2015

TAN SRI RAHIM TAMBY CHIK WAJAR DIGANTUNG KEAHLIAN UMNO

Kenyataan Media 
Ikatan Kebajikan & Dakwah Sgor (IKDDAS)

Tan Sri Rahim Tamby Chik wajar digantung keahliannya dalam UMNO

1. Ekoran penyiaran berita di laman sosial FB milik beliau yang mendakwa Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda telah murtad, semalam Tan Sri Rahim telah dihadapkan ke Mahkamah atas dakwaan fitnah & penyiaran berita palsu

2. Menjunjung prinsip perundangan negara yang menyatakan 'seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan ia bersalah', maka Ikddas mengambil ketetapan bahawa kedudukan Tan Sri Rahim Tamby Chik dalam UMNO wajar digantung keahliannya.

3. Ini kerana isu yang ditimbulkan merupakan isu yang amat sensitif terhadap orang melayu dan Institusi Beraja. Sultan merupakan ketua agama islam di negeri Selangor, penghinaan terhadap Sultan secara langsung memberi kesan negatif terhadap islam.

4. Sejak sebelum merdeka hingga kini, UMNO mempunyai hubungan baik dengan Institusi Raja & berjuang untuk mempertahankan kedaulatan Raja. Justeru jika ada mana-mana pemimpin UMNO yang dilihat cuba mencemarkan Institusi Beraja...sewajarnya tindakan tegas perlu diambil. Apatah lagi sekiranya permasalahan itu ditimbulkan oleh pemimpin yang berpengalaman dan berkedudukan dalam parti, maka ia mencemarkan imej parti UMNO sendiri.

5. Beliau juga masih memegang beberapa jawatan penting dalam GLC...justeru kerajaan perlu tegas dengan menggantung segala kedudukan perwajatan beliau dalam GLC sehinggalah kes ini diselesaikan.

6. Kegagalan pimpinan UMNO dalam menangani isu ini boleh menjejaskan keyakinan & sokongan orang melayu bahawa UMNO lah parti yang selama ini mendokong kedaulatan Institusi Beraja

7. Bagi menjunjung kemuliaan Institusi Beraja & kedudukan DYMM Tuanku Raja Muda Selangor sebagai pewaris Sultan Selangor, maka Ikddas mengesa agar Tan Sri Rahim Tamby Chik digantung keahliannya dari UMNO dan kedudukannya dalam GLC juga digantung.

8. Bagi memastikan Institusi Beraja tidak terus dipersendakan, maka Ikddas menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya keatas mana mana juga individu atau pihak yang menghina Institusi Beraja di Malaysia ini.

9. Kepada Tan Sri Rahim, anda datang dari Melaka & pernah menerajui pimpinan negeri Melaka. Jangan lupa bahawa Melaka adalah asas Institusi Kesultanan Melayu. Berani kerana benar, hidup mulia kerana adab. Bersihkan diri, jangan biadab...kelak diri dimakan daulat....

Ikhlas dari
Ust. Rosdi Long
Presiden IKDDAS



MSM MULA MENGORAK LANGKAH PERKUKUH SAHAM FGV #supportfgv

MSM sebuah anak syarikat milik Felda Global Ventures yang menjadikan gula sebagai perniagaan utama kini mengorak langkah dengan menjadikan UAE sebagai tempat pelaburan.

MSM telah pun membuka sebuah pejabat di UAE setelah mendapat lesen untuk memulakan perniagaan di negara tersebut.


Ini juga dilihat sebagai satu langkah untuk memulihkan saham FGV yang dilihat kurang memberangsangkan akibat dari kejatuhan komoditi dunia.

Moga dengan perancangan baru ini FGV akan terus memperolehi keuntungan dan saham akan melonjak naik.

Berita lanjut klik DISINI



Ahad, 4 Oktober 2015

PENGANJUR PROGRAM NOTHING TO HIDE MEMANG ADA NIAT SABOTAJ @NajibRazak

Masih ingat lagi beberapa bulan lepas sebuah badan bukan kerajaan telah tampil mengadakan satu forum yang bertajuk 'Nothing to hide' yang diadakan di PWTC.

Program tersebut mendapat kecaman apabila Perdana Menteri tidak hadir apabila Tun Mahathir yang kerap kali mengkritik kepimpinan Perdana Menteri dijemput sama.

Ketidak hadiran Perdana Menteri pada ketika itu adalah disebabkan oleh larangan yang dilakukan oleh pihak polis atas faktor keselamatan Perdana Menteri setelah keadaan dilihat tidak selamat untuk Najib Razak berada dalam majlis berkenaan.

Persoalannya sekarang, adakah kehadiran Tun Mahathir memang sengaja di rancang oleh sesetengah individu untuk melihat Perdana Menteri dilagakan dengan Tun Mahathir?

Pada awalnya Sangkakala tak nampak macam tu, tapi akhirnya ia seolah olah benar benar menjadi kenyataan apabila Ketua Penganjur yang juga menrupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor pada ketika itu melepaskan jawatan tidak berapa lama selepas kejadian tersebut.

Adakah kerana kegagalan untuk menjatuhkan Najib Razak maka jalan terbaik adalah dengan melepaskan jawatan?

Yang kedua Sangkakala dapat makluman baru baru ini, bekas Naib Ketua Pemuda ini juga memberi kenyataan bahawa jangan sekat akar umbi untuk bersuara.


Nak tanya sikit pada bekas Naib Ketua Pemuda Johor ni, sejak bila rakyat Malaysia dihalang untuk bercakap? Setahu Sangkakala, masa sekarang sudah tidak ada halangan untuk rakyat biasa menyuarakan pendapat.

Tapi sama ada diterima atau tidak itu terpulang, tak semestinya semua yang disebut perlu dilaksanakan.

Dari apa yang disebut oleh mantan Naib Ketua Pemuda negeri ni, Sangkakala beranggapan memang dalam program Nothing to hide ada agenda tersembunyi dan dengan ketidak hadiran Perdana Menteri pada ketika itu adalah amat tepat.



Sabtu, 3 Oktober 2015

ANTARA PERNIAGAAN YANG DIBANGGAKAN OLEH AZMIN ALI SEPANJANG MENJADI MENTERI BESAR @NohOmar

Sejak tahun 2008, kerajaan negeri Selangor telah bertukar tangan daripada Barisan Nasional kepada Pakatan yang di anggotai oleh DAP, PKR dan PAS.

Dan sejak ahun 2008 itu jugalah, rakyat Selangor dapat melihat pertumbuhan ekonomi melalui sumber sumber maksiat dan perjudian dan pusat pusat maksiat serta perjudian ini tumbuh bagaikan cendawan malah berlipat kali ganda jumlah pusat pusat ini bertambah.


Cuba lihat berapa banyak peningkatan pusat pusat maksiat dan judi ini di Selangor, itu belum cerita di Pulau Pinang lagi.

Ada seorang sahabat Sangkakala berketurunan Cina mengatakan bahawa pusat pusat ini memang sengaja dibuka dan fokus utama pembukaan pusat pusat ini adalah untuk mencari dana serta membalas jasa taukey taukey rumah urut dan pusat perjudian yang melabur kepada Pakatan dalam PRU12 dan PRU13 yang lalu.

Jadi peningkatan ini tidak perlu dihairankan lagi sebab ini adalah janji yang diberikan oleh kerajaan Pakatan kepada pengusaha.

Tapi pernah tak kita terfikir bahawa berapa banyak kejatuhan moral, keganasan rumah tangga, jenayah dan lain lain kesalahan lagi berlaku akibat daripada kewujudan pusat pusat maksiat dan perjudian ini?

Ini semua perlu dihalang sebab yang akan rosak adalah generasi akan datang dan yang paling penting, kerosakan ini melibatkan orang Melayu dan Islam di negeri Selangor.


Jumaat, 2 Oktober 2015

AWAS MALAYSIA !! DAP BERTINDAK CARA HALUS UNTUK RAMPAS KERAJAAN


Assalamualaikum, 

DAP  bertindak halus untuk berkuasa dan bercita2 memerintah Malaysia dalam PRU14. AWAS!!!!

DAP yang merupakan proksi PAP mula mengambil langkah menguasai sokongan kaum Cina terlebih dahulu. Ianya terbukti apabila 90% kaum Cina menyokong DAP pada pru13. Setelah itu dalam fasa memecah kuasa politik Melayu, DAP berjaya menggunakan PKR dan PAS untuk menghakis kuasa politik Melayu. 

Formula kejayaan DAP yang wajar kita perhalusi...

1. DAP berjaya melakukan kajian dan eksperimen dalam PRU11 dan PRU12, untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan di Johor, dan di Parlimen dalam PRU13.

2. Mereka berjaya mengetengahkan imej mesra ISLAM, mereka tahu kaum Melayu mudah terpesona jika pemimpin bukan Melayu mesra ISLAM dan kerana itu LGE menggunakan istilah meniru pemerintahan khalifah Umar Abd Aziz biarpun jauh sangat perbezaan antara keduanya. 

3. DAP menyedari PKR sudah dijinakkan apabila Anwar Ibrahim telah termakan budi yang sukar diganti apabila setiap kali isu beliau dibawa ke mahkamah, maka mendiang Karpal akan memainkan peranan utama. Untuk "Fighter PAS" pula, DAP mengumpan dengan wang ringgit. 

4. DAP mengetahui MELAYU umumnya dan terutama dalam PAS punya kelemahan iaitu jika kebajikan mereka dijaga, maka mereka akan menyokong seseorang biarpun pemimpin itu dari parti berpaksikan Sosialis Sekularisme. Kelemahan ini la digunakan sebaiknya o  leh DAP sehingga hampir kesemua "Fighter PAS" keluar PAS dan menubuhkan proksi parti DAP dalam bidang agama iaitu GHB. 

5. DAP juga sedar bahawa orang ISLAM dalam UMNO bukannya taraf WALI, hendak tempat tinggal, pakaian, makanan dan lain lain keperluan hanya perlu berdoa dan kemudian semua permintaan turun dari langit. 

6. DAP tidak pernah takut menyediakan "BAJET" untuk menguasai "FIGHTER UMNO" berbanding kesediaan UMNO dalam menjaga kebajikan "FIGHTER UMNO".

Kesimpulannya,
UMNO bermula daripada hari ini perlu mengiktiraf peranan "Fighter UMNO". Kebajikan dan jaminan hidup mereka hendaklah dijaga. Yang akhirnya mereka sudah  pasti akan memberi khidmat yang terbaik jika kebajikan mereka terjaga. Apabila hubungan 2 hala ini dapat dijaga, maka insyaALLAH DAP pasti akan menghadapi kesukaran dalam mencapai kemenangan dalam menguasai rakyat dan pengundi. Persoalannya;  adakah kita tidak pernah hendak belajar dari segala takdir yang ALLAH izinkan berlaku!!!

Wallahualam.
Salam perjuangan,


Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang
Kota Damansara
Jumaat 2 Oktober 2015



IKTIBAR DARI KERJASAMA PAS DAN DAP DI PULAU PINANG


Oleh Ust Rosdi Long


Kejayaan PR mengambil alih pentadbiran beberapa buah negeri pasca PRU12 memperlihatkan perubahan landskap politik negara. 

PR dilihat sebagai alternatif baru kepada rakyat Malaysia yang sekian lama berada dibawah pentadbiran Barisan Nasional.

Di Pulau Penang sebagai contoh, kejayaan kerjasama PR antara DAP, PKR & PAS memenangi pilihanraya lantas membentuk kerajaan negeri, disambut meriah oleh penyokong ketiga tiga parti. Penyokong Pas juga merasa puas dgn kejayaan mereka walaupun sebagai minoriti. 

Sikap Ketua Menteri LGE yang dilihat lebih islamik kononnya apabila memperkenalkan langkah langkah baru seperti menaikkan elaun guru KAFA, memberi bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat dan Pasti, mendapat pujian melambung dari pendokong Pas 

Lantas LGE diangkat dijulang sbg tokoh pemimpin sehebat Umar Abdul Aziz.
Maka berkumandanglah cerita mahadewa LGE pada kacamata pendokong PAS. Apapun tindakan LGE diterima oleh Pas dgn rasa redha. 

Walaupun jawatan EXCO agama tidak diberikan kepada Wakil Pas, Pas redha, walaupun awalnya Pengerusi Majlis Agama Islam pun tidak diberikan pada Pas, Pas redha, Walaupun sebahagian besar Ahli Majlis PBT tidak diberikan pada Pas, Pas redha.

Semuanya kerana dek terlalu mendewakan LGE sbg Umar Abdul Aziz.

Allah swt Maha Bijaksana menentukan segalanya. Kerana sikap ketaksuban mereka kepada DAP sehingga sanggup mengenepikan soal umat seakidah islam, sanggup bersekongkol dalam isu Kalimah Allah, isu Pluralisme & Liberalisme serta kebebasan hak asasi manusia, akhirnya Allah menunjukkan watak sebenar LGE yang didewakan itu. 

Bagaimana Pimpinan Pas diporak perandakan oleh DAP sehingga lahirnya zuriat politik baru yang namanya Parti Amanah dari mantan Timbalan Presiden Pas. Kucar kacir dalam kepimpinan Pas angkara DAP hatta Presiden PAS pun dihina oleh DAP.

Putusnya kasih sayang antara DAP & PAS di Pulau Pinang menyaksikan bantuan kewangan yang selama ini diberikan oleh kerajaan negeri kepada sekolah agama rakyat & Pasti milik Pas diberhentikan, bukan sekadar itu, Pas juga hilang keistimewaan mereka pada pandangan kerajaan negeri P Penang.

Pimpinan Pas mulai sedar sekarang. Walaupun sekian lama Pas menentang umno, tetapi Kerajaan Pusat dibawah Umno tidak sezalim kerajaan DAP rupanya. Kerajaan pusat tidak menyekat bantuan kepada kerajaan negeri Kelantan. 

Kerajaan pusat tidak menganaktirikan guru guru agama di Kelantan. Kerajaan Pusat tidak menafikan hak sekolah agama rakyat di Kelantan. Walaupun dianggap seteru, BN jauh lebih berbudi kepada Pas berbanding DAP.

Hari ini pimpinan Pas seolah baru sedar dek kerana pukulan kuat dari DAP. Pas sedar DAP lebih zalim dari UMNO rupanya. Pas sedar DAP labih rakus tindakannya dari BN. Pas sedar sikap dendam & kebencian DAP jauh lebih kuat dari permusuhan umno kepada mereka.

Dari pengalaman itu, sedarlah wahai pimpinan Pas bahawa hanya persamaan akidah bisa menyatupadukan ummah. Disaat umat kita semakin lemah dihimpit pelbagai fitnah, ayuhlah kita satukan ukhuwah untuk bersama pertahankan ummah. Tak perlu kembali bersama didalam BN...tetapi memadailah dgn wujudnya kesepakatan bersama umno kerana umno lebih mulia dari DAP. 

Pulau Penang adalah contoh pengiktibaran bahawa DAP sedia mengkhianati rakan seandainya hasrat mereka terhalang. Demi masa depan islam..ayuh Pas & UMNO...DAP kita tentang habis habisan.

Allahhuakbar




DIMANA TANGGUNGJAWAB PBT SEMASA MATAWANG JATUH ???

Kenyataan Media
Ikatan Kebajikan Dan Dakwah Sgor ( IKDDAS )



Kejatuhan Nilai Matawang & kelembapan ekonomi negara. Dimana tanggungjawab Kerajaan Negeri & Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

1. Umumnya mengetahui bahawa rakyat Malaysia semakin dibebani dgn peningkatan kos sara hidup. Ianya dipengaruhi oleh banyak faktor yg antara lainnya disebabkan oleh kejatuhan nilai matawang negara serta kelembatan ekonomi.

2. Suasana itu mewujudkan rasa kurang senang dikalangan rakyat dipelbagai peringkat yang tampil menyuarakan pandangan dan kritikan terhadap kerajaan.

3. Lebih nyata lagi ada pihak yang meletakkan faktor politik sebagai punca segalanya lantas mereka mendesak agar berlakunya perubahan dalam tampok politik negara.

4. Justeru suara suara desakan agar YAB PM berundur pun mulai kedengaran.

5. Sebagai sebuah NGO yang memperjuangkan agenda kebajikan, IKDDAS merasakan lebih baik semua pihak melihat dari aspek peranan yg mampu dimainkan bagi memelihara kebajikan rakyat khususnya

6. Menyalahkan kerajaan pusat semata mata tidak akan memberikan nilai tambah kepada kemaslahatan hidup rakyat.
Justeru, pihak kerajaan negeri & pihak berkuasa tempatan juga perlu berperanan bagi menyumbang kepada usaha mensejahterakan hidup rakyat.

7. Kerajaan negeri digesa menurunkan kadar cukai tanah, kadar premium tanah sebagai contoh langkah utk mengurangkan beban hidup rakyat

8. Diperingkat PBT pula langkah mengurangkan kadar cukai pintu, cukai perniagaan, lesen & sewaan premis adalah antara langkah yg wajar dibuat agar dpt mengurangkan beban para peniaga.

9. Pihak PBT yang mewah seperti MBSA, MBPJ, DBKL, MPSJ dan byk lagi diharap dpt mengambil langkah proaktif dlm usaha mengurangkan bebanan hidup rakyat selari dgn slogan yang dilaungkan oleh kerajaan negeri Sgor iaitu Negeri Berkebajikan.

10. Kebajikan rakyat mesti dijelmakan melalui tindakan bukan sekadar slogan.

Diharapkan agar pihak Kerajaan Negeri & PBT dpt mengambil inisiatif yg dpt membantu mengurangkan bebanan hidup rakyat dengan peruntukan bidang kuasa yang ada pada pihak masing masing
Demi kebajikan segenap rakyat, IKDDAS mendesak agar pihak berwajib di peringkat negeri & PBT dpt memberikan cth langkah perihatin dgn membantu meringankan beban kewangan rakyat khususnya para peniaga di Negeri Selangor.

Ikhlas dari
Ust. Rosdi Hj Long
Presiden
Ikatan Kebajikan & Dakwah Sgor (IKDDAS)



Ahad, 27 September 2015

NIAT SAIFUL NANG LANGGAN PELACUR DI TANAH HARAM TERBONGKAR

Status Saiful Nang kelmarin menjadi viral dan mendapat kecaman oleh pemilik akaun facebook apabila jurugambar berkenaan mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat rumah pelacuran di Tanah Haram.



Berikutan perkara tersebut, seorang lelaki bernama Danial telah menjawab apa yang dikatakan olwh Saiful Nang melalui akaun facebook beliau.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=683357391800063&id=100003774268263
Klik gambar untuk pautan

Jawapan Penuh Dari Danial

MENJAWAB BALIK STATUS SAIFUL NANG - AIB TANAH HARAM

Saya telah berhubung dengan beliau di whatsapp sebelum melakukan status ini untuk meminta penjelasan terakhir sebelum saya menulis apa-apa tentang statement atas status beliau. Saya akan fokus tentang tanah haram dan Negara Arab Saudi secara umumnya. Seperti mana tulisan beliau yang saya copy terus dari status beliau:

"Tahukah anda, terdapat banyak rumah pelacuran di Tanah Haram? (Sila berjalan di kampung-kampung di sekitar Tanah Haram anda akan dapat lihat sendiri secara tersembunyi?"

Saya yakin ramai orang Islam yang membaca tulisan ini samada yang pernah datang ke tanah haram Mekah atau belum akan rasa terkilan kerana dengan berani beilau menyebut perkara seperti ini didepan orang awam dan dibaca oleh ratusan ribu orang. Persoalan awalnya untuk tujuan apa didedahkan kepada orang awam?

Saya telah bertanya beliau apa motif status ini?
Jawab beliau:

"Supaya manusia sedar islam sudah masa untuk dibangkitkan bukan terus menerus dalam kebatilan yang nyata dihadapan mata"

Persoalanya apakah dengan cara menulis status itu adalah cara yang betul dan paling baik serta menjadi jalan untuk membangkitkan Islam? Apakah semua perkara yang kita tahu kita perlu beritahu? Dan apakah medan FB adalah tempat yang sesuai untuk menceritakan segala-galanya lebih-lebih lagi berkaitan keaiban tanah haram yang mulia?

Saya tanya lagi, apakah nama kampung yang banyak tempat pelacuran tu?
Jawab beliau:

"Tahan pemandu teksi badwi.. tanyakan sahaja tempat pelacuran disekitar perkampungan (saya tidak tulis nama kampung) dan sebuah lagi kampung jika nak ke arafah akan melaluinya. Saya pernah dengar perkara itu dan saya tanyakan orang biasa disana dan ramai mereka juga yang tahu"
Jika kita diteliti tulisan beliau seakan-akan beliau pernah pergi sendiri dan melihat, walhal beliau hanya tanya orang biasa disana (mekah) dan minta saya tanya pemandu teksi badwi. Ini jelas menunjukkan beliau tidak pernah pergi dan nampak sendiri, atau jika pernah pergi sekalipun atas tujuan apa? dan bagaimana tergamak boleh sampai ke sana dan ambil tahu keburukan-keburan tanah haram? Sepanjang saya bermuamalat dengan jemaah umrah dan haji tiada yang ringan mulut mereka mahu bercerita perkara-perkara buruk apatah lagi mahu mencari-cari keburukan dan menceritakan bila sampai ke tanah air. Na'uzubillah.

عن حفص بن عاصم رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: " كفى بالمرء كذبا أن يحدّث بكل ما سـمع
Daripada Hafs bin 'Asim radiallahu 'anhu, berkata Rasulullah saw: "Cukuplah seseorang itu dianggap seorang penipu jika dia menceritkan apa sahaja yang dia dengar. (HR Muslim)

Jika ia benar sekalipun, ia tidak wajar disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah yang besar dan mengelirukan perasaan orang awam tentang kebaikan tanah haram.

الفتنة نائمة لعن الله من أيقظها
"Fitnah itu sifatnya seperti sesuatu yang tidur, dan laknat Allah atas mereka yang mengejutkannya"

Kami sebagai pelajar yang duduk tanah haram pun tidak sanggup nak tahu, dan nak dengar apatah lagi menceritakan kepada orang awam kerana tiada keperluan bahkan mewujudkan perasaan benci dan sangka buruk kepada tanah suci haram. Kami tahu ada kelemahan-kelemahan atau kekurangan yang berlaku di tanah haram atau Arab Saudi yang kami nampak didepan mata sendiri, tapi kami anggap itu ialah dosa atau keburukan yang tidak dapat dielak seperti sikap orang arab yang kasar dan lain-lain, tidak pula kami mahu tangkap gambar-gambar buruk atau menyibukkan dengan bercerita tentangnya. Ini tugas kita untuk menjaga aib ini dari orang Islam sendiri atau musuh-musuh Islam.
Saya tanya beliau kenapa ambil khabar hanya dari bertanya sahaja? JIKA benar apakah wajar untuk memburukkan nama bumi haramaian di status FB? Kenapa tidak bertindak memberi teguran terus kepada pihak berkuasa?

Jawab beliau:
"Saya berani cakap kerana saya takut memfitnah tanah haram jika itu tidak benar. "All the best kami ada cara kami untuk kembalikan islam pada islam, tuan buat cara tuan, jika tujuannya sama kita akan berselisih lagi nanti"

Apakah jika tidak berani memfitnah tanah haram menjadi harus dan perlu untuk mengaibkan tanah haram? Mengaibkan tanah haram itu kenapa boleh jadi berani? Kenapa tidak diadukan kepada pihak berkuasa, samada polis sendiri, badan-badan dakwah seperti badan amar makruf nahi mungkar, maktab-maktab yang berkaitan dan banyak lagi jalan untuk berkongsi maklumat dengan tujuan mencegah kemungkaran. Bukankah itu lebih baik? Menutup aib dan menegur secara senyap. Jika tidak lebih baik DIAM dan cegah dalam hati bukan beritahu semua orang! dan bukankah lebih MENDAMAIKAN dari menyibukkan lidah menceritakan keburukan. Saya tidak dapat pastikan tentang "banyaknya" rumah pelacuran seperti yang beliau dakwa, dan saya tak nak tahu perkara-perkara buruk seperti itu. Jika ada wajib untuk simpan dan berdosa memberitahu tanpa tujuan yang jelas.

Buat pengetahuan pembaca, kerajaan Arab Saudi telah melakukan terbaik dalam urusan dakwah, banyak buku-buku agama disebarkan secara percuma dan poster-poster dakwah ditampal serta pamplet-pamplet diedarkan secara percuma untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Situasi seperti ini dirasai oleh kami sendiri yang hidup disini. Selain itu ada kereta yang meronda dikawasan pekan untuk mengajak masyarakat solat dan segera tutup kedai untuk menunaikan solat. Saya tidak pernah rasa situasi seperti ini di Malaysia malah beberapa negara yang saya pernah singgah, iaitu waktu solat dihormati sepenuhnya dan masjid dipenuhi untuk menunaikan solat dan kedai-kedai ditutup kesemunya. Subhanallah. Apakah ini bukan sesuatu yang baik dan wajar ditiru dan diikuti dan dijadikan tauladan yang baik buat semua umat Islam?

Apakah sehingga sekarang kita masih tidak sedar bahawa SYIAH LAKNATULLAH selalu memburuk-burukkan nama ARAB SAUDI bagi kepentingan nafsu dan agenda mereka? Apakah kita masih jahil bahawa IRAN sentiasa mengambil peluang untuk memburuk-burukkan negara Ahlus Sunnah seperti Arab Saudi? Bacalah kenyataan-kenyataan fasad dan batil mereka seperti yang dalam akhbar. MEREKALAH sebenarnya yang menjadi orang tengah yang memecah belahkan kaum muslimin sunni. Mereka mencari apa sahaja jalan untuk memburukkan Arab Saudi terutamanya Mekah dan Madinah agar kaum muslimin timbul rasa benci, sangka buruk dan bertelagah sesama sendiri. Hayatilah surah al-Hujurat ayat 6 yang mana Allah mengarahkan kita memeriksa (tabayyun) apa sahaja berita yang datang dari orang fasiq agar kita tidak menyesal kerana menyebarkannya.

PERSOALAN TERAKHIR:

1. Kenapa beliau menulis status diwaktu ini yang mana dunia sedang mencari-cari keburukan Kerajaan Arab Saudi dalam isu haji, ini akan menyebabkan kemarahan orang lain yang susah memahami isu dengan baik dan menyebabkan ramai orang salah faham. Apakah beliau menyimpan sesuatu dendam?

2. Apakah tanah haram itu sifatnya mensucikan? apakah semua yang duduk ditanah haram mesti kena suci dari dosa? apakah langsung tiada pelaku maksiat di zaman Nabi saw, bahkan ramai melakukan syirik menyembah berhala di kota Mekah ketika Nabi saw masih hidup? Apakah tugas dan yang dilakukan Nabi saw ketika itu?

Tidakkah beliau tahu dizaman Nabi saw ada seorang lelaki yang kuat minum arak dan telah dihukum tetapi Nabi saw tetap melarang para sahabat melaknatnya kerana kata Nabi saw

لا تلعنوه فالله ما علمت أنه يحب الله ورسوله
"Janganlah kalian melaknati beliau, demi Allah aku mengetahui bahawa beliau mencintai Allah dan Rasul" (HR Bukhari)

3. Apakah Kerajaan Arab Saudi perlu jadi sempurna sentiasa dimata beliau tanpa sedikit pun kekurangan dan kelemahan yang pasti akan berlaku? Apakah tugas orang Islam bila mengetahui kekurangan seseorang? apakah mengaibkan? menambah rosak? menjatuhkan?

عن المبارك قال : كان الرجل إذا رأى من أخيه ما يكره أمره في ستر , فيؤجر في ستره , ويؤجر في نهيه , فأما اليوم فإذا رأى أحد ما يكره استغضب أخاه وهتك ستره
Berkata Ibn Mubarak:
"Dulu, seseorang apabila melihat pada saudaranya terdapat hal yang dibenci diapun memerintahkannya atau melarangnya dengan sembunyi, sehingga dia diberi pahala atas teguran secara sembunyi dan larangannya (dari sesuatu yang tidak disenangi). Adapun hari ini, apabila seseorang melihat apa yang dia benci, dia membuat saudaranya marah dan dia sebarkan aibnya(saudaranya)."

Persoalan saya apakah dengan status itu akan menambah baik? atau menambah kebencian sesama muslim?

4. Apakah wujud negara yang maksum atau sunyi dari segala maksiat, dosa, dan jenayah? Apakah Mekah dan Madinah telah dijamin maksum oleh Allah dan Rasul bahawa penduduknya akan bersih dari dosa!

5. Apakah beliau dikatakan tidak bertanggungjawab jika andaikata beliau ada pekerja-pekerja yang berdosa dan melakukan jenayah walhal beliau telah melakukan terbaik untuk menjaga pekerja-pekerja beliau. Situasi yang sama, maka apakah Kerajaan Arab Saudi tidak melalukan apa-apa tindakan, arahan dan gerak kerja bagi membasmi jenayah di Arab Saudi khususnya di Mekah dan Madinah jika wujud juga rakyatnya yang melakukan jenayah?

6. Tulisan beliau di status:
"Tanah itu dahulu pernah kotor dan pernah disucikan oleh nabi muhammad saw. Dan ia boleh sahaja kotor kembali pada hari ini. Suci bermakna tiada setitikpun kekotoran. Bagaimana air susu segelas dikatakan suci walaupun hanya sebutir tahi cicak jatuh ke dalamnya. Kita sendiri tidak sanggup minumnya walaupun nisbah tahi cicak dan susu itu hanya kurang dari 0.5% sahaja"
Ini adalah qiyas (anologi) yang fasid, bagaimana air susu boleh diqiyaskan dengan sesebuah negara?

Apakah Tanah suci itu bermakna tiada kekotoran maksiat dalamnya? Jadi jika begitu cara fikirnya iaitu tidak sanggup minum susu yang jatuh tahi cicak, maka apakah beliau tidak sanggup juga ke tanah haram atas sebab rumah pelacur dan keburukan-keburukan lain?

7. Beliau menyatakan dengan jelas, terdapat BANYAK rumah pelacuran ditanah haram. Dimanakah bukti banyak tersebut?

Kesimpulan saya untuk isu ini, saya tidak menafikan kebaikan beliau dan ada kritikan-kritikan dalam status beliau sebelum ini yang baik dan boleh difikirkan oleh rakyat Malaysia tetapi TIDAK untuk status ini. Bahkan kami pernah berhubung sebelum ini untuk saya kongsi maklumat berkaitan Universiti Islam madinah kepada beliau TETAPI untuk isu ini saya anggap beliau tersasar jauh dan seperti yang saya sebutkan "BUKAN SEMUA PERKARA KITA KENA TAHU DAN BUKAN SEMUA PERKARA YANG KITA TAHU KITA KENA BERITAHU" - Jangan cuma jadi ahli untuk semua perkara! Contohilah akhlak lidah Imam Malik yang tidak malu untuk menjawab " Ana La Adri " saya tidak tahu walhal beliau adalah Imam Darul Hijrah!

Rasulullah saw bersabda:

من حسن اسلام المرء تركه ما لايعنيه
"Antara kebaikan Islam seseorang itu ialah ia meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat buatnya" (HR Termizi)

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فليقل خيرا أو ليصمت
"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau DIAM" (HR Bukhari dan Muslim)

Semoga Allah menjadikan kita dalam kalangan mukmin yang jauh dari hasad, dendam dan sukakan kebencian sesama muslim. Moga Allah pimpin terus hati kita untuk jadi 'agent' ISLAH dan sentiasa memberi nasihat demi Maslahat kepentingan kesatuan Umat Islam dengan cara yang betul. Saya bersedia berjumpa beliau untuk menyambung silaturrahim kerana kita masih ada banyak kerja untuk Islam dan Umat Islam kearah mengajak manusia kepada tauhid, akhlak dan Ilmu yang sahih.

Wallahu'alama bissawab

"Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia" ( Ali-Imran: 96)

Mohd Danial Madani,
Sabtu 26 September,
Jeddah KSA

Ok, kita dah dapat maklumat dari mana Saiful Nang dapat cerita bahawa terdapat rumah pelacuran di Tanah Haram.

Dan beliau mengatakan bahawa pemandu teksi keturunan Badwi yang memberikan maklumat.

Persoalannya sekarang, adakah pemandu teksi tersebut sengaja memberitahu bahawa terdapat rumah pelacuran atau Saiful Nang yang bertanya ada atau tidak pelacur di Tanah Haram?

Sangkakala tak nampak jika tiba tiba seorang pemandu teksi mahu mengeluarkan ayat bahawa terdapat rumah pelacuran tersebut melainkan persoalan diajukan kepada beliau (pemandu teksi).

Apakah Saiful Nang memang kerap melanggan pelacur hingga di Tanah Haram pun sanggup bertanya tentang rumah pelacuran?

Sangkakala harap Saiful Nang bertaubat, kalau dah sampai di Tanah Haram pun nak tanya pelacur, agak berat juga tu.


Jumaat, 25 September 2015

MAZLAN ALIMAN KANTOI BILA TAK BUAT PENYELIDIKAN #supportfgv

Baru baru ni geng ANAK yang dipengerusikan oleh Mazlan Aliman telah menghantar satu memorandom kepada pihak pengurusan FELDA berkenaan dengan sebuah premis yang dikatakan menjual arak di ruang legar Menera FELDA.

Pihak FELDA dengan pantas telah membuat satu siaran akhbar dimana sebelum ini pihak pengurusan FELDA sebenarnya telah menghantar memorandom bantahan kepada pihak NAZA TTDI yang memajak premis berkenaan untuk memberikan penjelasan kerana sebelum ini dari apa yang dimaklumkan, premis berkenaan hanyalah sebuah restoran makanan laut malah FELDA juga telah meminta penjelasan dari pihak DBKL bagaimana premis berkenaan boleh diberikan kelulusan untuk berniaga di premis berkenaan.


Nampaknya tindakan ANAK bukanlah berdasarkan daripada siasatan tetapi hanya bertumpu kepada mewujudakan persepsi buruk terhadap FELDA.

Semua ini adalah berpunca daripada untuk melihat sebuah syarikat kerajaan kelihatan buruk di mata masyarakat dan difahamkan bahawa Mazlan Aliman selama ini memang mendapat dana dari Tony Pua yang menjadi peneraju untuk merosakkan imej kerajaan melalui anak anak syarikat.

Sebelum ini Mazlan Aliman menyerang FGV yang merupakan sebuah syarikat gergasi yang diwujudkan oleh kerajaan bagi membantu peneroka FELDA menjana pendapatan.

Walaupun pada ketika ini saham FGV dilihat tidak stabil, tetapi perniagaan FGV tetap diteruskan dan usaha usaha untuk menaikkan harga saham FGV sedang giat dilakukan.





Selasa, 22 September 2015

AKHIRNYA PAS TERSUNGKUR DI LEMBAH HINA KERANA MAT SABU

Hari ini jelas terbukti PAS menyungkur di lembah paling hina apabila parti tersebut dilihat tidak lagi menganggotai Pakatan Harapan Baharu yang disertai oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Siang tadi berlangsung majlis perasmian Pakatan Harapan Baharu dan wakil PAS tidak langsung kelihatan.


Sejak tahun 2008, DAP, PKR dan PAS menubuhkan Pakatan Rakyat namun setelah kekalahan Mat Sabu dalam pemilihan kepimpinan PAS baru baru ini maka Mat Sabu telah membuka sebuah parti baru.

Apa matlamat Pakatan Harapan Baharu? Sedangkan kita tahu bahawa DAP hanyalah mahukan kesaksamaan diantara Melayu dan bukan Melayu sedangkan dalam perlembagaan negara sendiri telah termaktub hak keistimewaan orang orang Melayu di Malaysia.

Begitu juga dengan PKR yang hanya memperjuangkan tentang Anwar Ibrahim yang terbukti bersalah kerana meliwat hendak dinaikkan sebagai Perdana Menteri.

Dan Parti Amanah Negara atau PAN pula lebih kepada dendam terhadap ahli PAS yang tidak memihak kepada Mat Sabu untuk menjadi Presiden.

Jadi dimana perjuangan ketiga tiga parti ini dan apa yang kita lihat hari ini, PAS yang menjadi mangsa seterusnya orang Melayu yang satu satunya bangsa meletakkan Islam sebagai agama akan terus tersepit.

Mat Sabu berjaya menidakkan PAS dalam PR kerana beliau tidak mendapat mandat sebagai Presiden dan jika ini pemimpin yang nak dinaikkan maka berpecahlah lagi orang Melayu.



Isnin, 21 September 2015

PUTUS HUBUNGAN DENGAN @NajibRazak !!! PEMUDA MCA PASIR GUDANG PERLU CERMIN DIRI

Nampak sangat MCA kini dah mula nak tunjuk biadap dengan UMNO khususnya dan Melayu amnya bila ketua pemuda MCA Bahagian Pasir Gudang menyatakan bahawa beliau memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN setelah Perdana Menteri menyatakan sokongan terhadap himpunan baju merah baru baru ini.


Mungkin Ketua Pemuda MCA ni agaknya lupa selama ini siapa yang berkerja keras demi memastikan kemenangan Barisan Nasional di Pasir Gudang.

Kalau setakat nak tunjuk hebat dengan mengatakan bahawa mereka ini menolak Perdana Menteri disebabkan oleh himpunan merah, mereka juga perlu lihat adakah mereka menerima himpunan baju kuning?

Bagi Sangkakala kehadiran MCA kini tidak lagi dilihat sebagai penyatu bangsa Cina di Malaysia malah mereka ini bertindak lebih kepada pembangkang.

Apa yang diusahakan oleh pemuda MCA selama hari ini untuk menarik minat anak muda Cina kepada Barisan Nasional? Jawapannya kosong.

Jadi jika Pemuda MCA Pasir Gudang mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri tidak mustahil UMNO juga mengatakan bahawa hubungan diantara UMNO dan MCA juga sudah tidak kukuh bila ada dikalangan pemimpin pemuda MCA yang rasis seperti Pemuda MCA Pasir Gudang.




Ahad, 20 September 2015

A SAMAD SAID SASTERAWAN YANG DAH NYANYUK TAPI LAMBAT MAMPUS

A.Samad Said yang merupakan Sasterawan Negara nampaknya dah nyanyuk akibat usia tua, tapi belum lagi sampai masa untuk direntap nyawanya oleh Malaikat Maut.

Mungkin Tuhan mahu melihat sejauh mana mamat tua ni nak jadi BARUA kepada bangsa asing dan mengkhianati bangsanya sendiri.


A.Samad Said nampaknya mula menghina seni orang Melayu dengan mengatakan bahawa ilmu persilatan tidak lagi relevan kerana zaman sekarang pertempuran adalah menggunakan senjata api yang boleh digunakan dari jarak jauh.

Nak tanya sikit pada Malaysia 'DRUNKEN MASTER' ni, dia tau atau tidak apa itu ilmu persilatan? Atau dia sendiri belum pernah rasa makan nasi pakai straw kesan dari penangan silat?

Setahu Sangkakala, ilmu persilatan bukanlah untuk pergaduhan, tetapi lwbih menjurus kepada semangat juang yang tinggi dalam diri, kalau itu pun tak tau, macam mana boleh dapat Sasterawan Negara ni?

Walau apa pun, Sangkakala harap mamat tua ni bawa bawa le bertaubat sebab nanti takut ada yang pandai gayong datang mencari pula, awak tu dah tua, susah nanti.



Khamis, 17 September 2015

BUKTI MELAYU MASIH BERSATU DALAM HIMPUNAN #merah

Semalam menjadi satu sejarah apabila kaum Melayu keluar beramai ramai untuk menyatakan solidariti menjaga maruah yang kerap dipermainkan oleh sesetengah pihak.











Ratusan ribu peserta membanjiri Padang Merbok selepas berarak dari beberapa kawasan malah ada yang tidak dibenarkan lagi untuk memasuki kawasan himpunan setelah padang berkenaan penuh dengan kehadiran peserta.

Ini jelas membuktikan bahawa orang orang Melayu masih mampu untuk bersatu dalam memperjuangkan maruah bangsa yang selama ini kerap kali diperkotak katikkan.

Ada juga beberapa portal yang didalangi oleh PR seperti Malaysiakini mengatakan bahawa kehadiran hanya 40 ribu tetapi gambar jelas membuktikan bahawa portal ini adalah tempat simpanan fitnah dan berita yang tidak sahih.

Apa yang jelas berlaku diakui diluar jangkaan kerana himpunan Melayu Bersatu hanya mensasarkan kehadiran seramai 100 ribu orang tetapi setelah semua peserta hadir, Padang Merbok sahaja menyaksikan hampir 250 ribu orang berkumpul dan selebihnya tidak diberi kebenaran untuk berhimpun akibat kesesakan di tempat tersebut.

Beberapa pemimpin ternama juga hadir mwmberikan sokongan dan tidak ketinggalan, ketua pemuda PAS pusat, YB Nik Abduh juga kelihatan hadir dan ini juga membuktikan apabila maruah Melayu dan Islam itu tercabar, maka fahaman politik akan diketepikan.

Tahniah kepada semua yang menghadirkan diri, kita sebagai orang Melayu telah membuktikan bahawa Melayu masih bersatu dalam satu wadah perjuangan.



Selasa, 15 September 2015

MUKA BLOGGER BANGANG YANG FITNAH @NajibRazak

Dibawah ni Sangkakala tunjukkan sorang blogger bangang bernama Shahbudin yang dilihat cuba untuk memfitnah Perdana Menteri dengan mengatakan bahawa DS Najib Razak tidak berada di Malaysia semasa sambutan hari Malaysia esok.


Agaknya mamat ni hidup dengan menipu dan mengeluarkan fitnah semata mata sepanjang hayat.

Perdana Menteri hari ini dijadualkan ke Sarawak dan petang ini akan pergi ke Sabah untuk sambutan hari Malaysia yang berlangsung di Sabah esok.

Jadi dimana sampai kata Perdana Menteri ke Amerika kemudian ke London pada sambutan hari Malaysia?

Yang tambah menggelikan hati lagi ialah apabila mamat tak cukup akal ni mengatakan bahawa Najib keluar negara sedangkan ahli UMNO dikerah untuk menghadiri perhimpunan Melayu esok.

Dah disebut beberapa kali bahawa UMNO tidak terlibat dalam himpunan tersebut tetapi tidak akan menghalang mana mana ahli parti untuk pergi tetapi mewakili NGO dan bukannya parti.

Mungkin Shahbudin ni tak pandai berbahasa Melayu atau dalam kata lainnya tak faham bahasa.

Tengok muka macam sekolah tinggi dan berpelajaran, tapi apa yang kelihatan jelas bahawa akal mamat ni tak duduk kat kepala, mungkin ada di celah celah sendi dan bermasaalah bila terkepit.




Isnin, 14 September 2015

AZMIN ALI LUPAKAN ASNAF DI SELANGOR !! ZAKAT DEIG UNTUK NEGERI SEMBILAN #NohOmar

Darul Ehsan Investment Group dikatakan masih belum beroperasi oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Tapi DEIG sudah mampu memberikan zakat kepada rakyat di Negeri Sembilan, diulangi!!! Negeri Sembilan.

Syarikat ini dikatakan akan menguruskan semua aset kerajaan Selangor seperti yang Sangkakala pernah tuliskan beberapa hari lepas.

Menteri Besar Incooperated dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad yang selama ini menjaga harta kerajaan negeri bakal dudum dibawah DEIG dan itu belum dikiran lagi dengan beberapa buah anak syarikat yang lain.

Yang kelakarnya, PKR Negeri Sembilan menafikan bahawa mereka ada menerima wang zakat dari DEIG tetapi mengakui bahawa mereka ada menerima zakat dari Selangor.


Dalam gambar diatas jelas menunjukkan bahawa Ketua Perhubungan PKR Negeri Sembilan ada dalam majlis penyerahan wang zakat oleh DEIG dan MBI.

Bagaimana pula mereka mengatakan bahawa tidak menerima zakat dari DEIG?? Atau pengerusi Badan Perhubungan PKR Negeri Sembilan ni buta huruf sampai tulisan yang terpampang di belakang beliau tidak mampu dibaca?

Persoalannya kini, adakah sudah tidak ada golongan Asnaf di Negeri Selangor hingga wang zakat tersebut terpaksa diagihkan kepada orang Negeri Sembilan dan adakah penafian bahawa Negeri Sembilan tidak menerima wang zakat dari DEIG menjadi bukti bahawa wang tersebut telah hilang?

Banyak benda kini bermain difikiran tetapi yang paling penting sekali ialah, DEIG tidak boleh disiasat oleh PAC atau Jawatankuasa Kira Kira Wang Awam kerana syarikat berkenaan tidak tertakluk kepada akta anak syarikat kerajaan negeri tetapi ianya hanya tertakluk kepada undang undang penubuhan syarikat atau lebih senang disebut sebagai syarikat swasta.

Ini bukan sahaja menimbulkan keraguan dan kerisauan kepada ADUN Barisan Nasional malah ADUN mereka (PR) sendiri risau kerana tidak tahu menahu kemana hala tuju DEIG yang sebenarnya.

Dari apa yang Sangkakala lihat, Azmin mempunyai satu agenda dan tidak mustahil kalau ianya juga ada unsur unsur untuk melarikan harta kerajaan Selangor yang mana ianya adalah harta kepada seluruh rakyat dalam negeri tersebut.