Selasa, 6 Oktober 2015

TAN SRI RAHIM TAMBY CHIK WAJAR DIGANTUNG KEAHLIAN UMNO

Kenyataan Media 
Ikatan Kebajikan & Dakwah Sgor (IKDDAS)

Tan Sri Rahim Tamby Chik wajar digantung keahliannya dalam UMNO

1. Ekoran penyiaran berita di laman sosial FB milik beliau yang mendakwa Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda telah murtad, semalam Tan Sri Rahim telah dihadapkan ke Mahkamah atas dakwaan fitnah & penyiaran berita palsu

2. Menjunjung prinsip perundangan negara yang menyatakan 'seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan ia bersalah', maka Ikddas mengambil ketetapan bahawa kedudukan Tan Sri Rahim Tamby Chik dalam UMNO wajar digantung keahliannya.

3. Ini kerana isu yang ditimbulkan merupakan isu yang amat sensitif terhadap orang melayu dan Institusi Beraja. Sultan merupakan ketua agama islam di negeri Selangor, penghinaan terhadap Sultan secara langsung memberi kesan negatif terhadap islam.

4. Sejak sebelum merdeka hingga kini, UMNO mempunyai hubungan baik dengan Institusi Raja & berjuang untuk mempertahankan kedaulatan Raja. Justeru jika ada mana-mana pemimpin UMNO yang dilihat cuba mencemarkan Institusi Beraja...sewajarnya tindakan tegas perlu diambil. Apatah lagi sekiranya permasalahan itu ditimbulkan oleh pemimpin yang berpengalaman dan berkedudukan dalam parti, maka ia mencemarkan imej parti UMNO sendiri.

5. Beliau juga masih memegang beberapa jawatan penting dalam GLC...justeru kerajaan perlu tegas dengan menggantung segala kedudukan perwajatan beliau dalam GLC sehinggalah kes ini diselesaikan.

6. Kegagalan pimpinan UMNO dalam menangani isu ini boleh menjejaskan keyakinan & sokongan orang melayu bahawa UMNO lah parti yang selama ini mendokong kedaulatan Institusi Beraja

7. Bagi menjunjung kemuliaan Institusi Beraja & kedudukan DYMM Tuanku Raja Muda Selangor sebagai pewaris Sultan Selangor, maka Ikddas mengesa agar Tan Sri Rahim Tamby Chik digantung keahliannya dari UMNO dan kedudukannya dalam GLC juga digantung.

8. Bagi memastikan Institusi Beraja tidak terus dipersendakan, maka Ikddas menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya keatas mana mana juga individu atau pihak yang menghina Institusi Beraja di Malaysia ini.

9. Kepada Tan Sri Rahim, anda datang dari Melaka & pernah menerajui pimpinan negeri Melaka. Jangan lupa bahawa Melaka adalah asas Institusi Kesultanan Melayu. Berani kerana benar, hidup mulia kerana adab. Bersihkan diri, jangan biadab...kelak diri dimakan daulat....

Ikhlas dari
Ust. Rosdi Long
Presiden IKDDAS



Tiada ulasan: