Jumaat, 16 Oktober 2015

ISU KENAIKAN TOL @AzminAli JANGAN MAIN WAYANG KATA @nohomar


1- Saya terpanggil untuk mengulas tentang kenaikkan harga tol yang melibatkan konsesi lebuhraya yang 12 daripadanya lebuhraya terlibat berada di Selangor.

2- YAB Menteri Besar Selangor YB Azmin Ali jangan cuba bermain wayang bertindak seperti seorang wira dalam memperjuangkan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan Kerajaan Selangor tidak bersetuju dengan kenaikkan harga tol.

3- Umum mengetahui PKNS dan KPS masing-masing memiliki saham minoriti 30 peratus dalam syarikat konsesi Lebuhraya Kesas dan 20 peratus dalam syarikat konsesi Lebuhraya Sprint.

4- Saya mendesak supaya Kerajaan Selangor segera mengumumkan keuntungan yang telah mereka perolehi dan bakal mereka perolehi daripada saham mereka di dalam syarikat konsesi Lebuhraya Kesas dan Lebuhraya Sprint.

5- Kerajaan Selangor perlu memulangkan wang keuntungan tersebut kepada rakyat Selangor sekiranya mereka benar-benar ingin membantu rakyat.

6- Kerajaan Persekutuan diminta mengkaji semula cadangan daripada UMNO Selangor yang dikemukakan sebelum ini supaya menghapuskan tol di Lebuhraya Persekutuan di plaza tol Batu 3 dan Sungai Rasau. Pada pemerhatian saya plaza tol ini adalah antara yang telah lama wujud dan telah membuat keuntungan. Sekiranya kedua-dua plaza tol itu tidak boleh dihapuskan saya mencadangkan salah satu daripada plaza tol tersebut dihapuskan dalam membantu meringankan beban rakyat.

7-  Saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan mengenakan harga tol melalui 2 kaedah:

Pertama- Harga tol dikekalkan ketika waktu puncak ( Peak Hour) dan dikurangkan ketika luar waktu puncak. Pengguna yang tidak terlibat dengan aktiviti waktu puncak mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan lebuhraya selepas waktu puncak. Ini memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan harga tol lebih rendah. Begitu juga ketika waktu petang, pengguna boleh menggunakan lebuhraya selepas waktu puncak untuk mendapatkan harga lebih rendah. Sekirannya ini berlaku ianya boleh mengurangkan kesesakan di plaza tol di waktu peak hour.

Kedua- Kerajaan mengurangkan harga tol ketika cuti umum. Ini boleh membantu rakyat yang berada di luar Lembah Klang menggunakan kemudahan lebuhraya dan mampu merancakkan aktiviti pelancongan di kawasan Lembah Klang.

Terima Kasih

Datuk Seri Noh Omar
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.


Tiada ulasan: