Rabu, 27 April 2011

PAS MELACURKAN ISLAM DAN BANGSA MELAYU

 
Adakah orang yang bernama Nik Aziz ini seorang yang benar-benar mengikut suruhan islam? Sedangkan apabila orang islam datang menjenguk beliau di hospital dan memberikan layanan yang paling baik kepada beliau sanggup di sembahyangkan hajat dengan meminta kepada Allah supaya orang yang berbuat baik tadi ditimpa musibah.
Sedangkan orang kafir yang terang-terang menidakkan agama islam dan orang melayu di beri pujian dan pengiktirafan yang tinggi. Kerana inginkan kuasa, mereka sanggup untuk melacurkan agama islam.
Apakah pengikut-pengikut PAS yang selama ini begitu taksub dengan penentangan terhadap UMNO yang dikatakan kafir dengan menyokong parti MCA dan MIC di lencongkan pula pemikiran mereka kepada sokongan penuh keatas DAP yang sebelum dan sehingga kini terang-terangan untuk menentang islam dan orang melayu.
Mursyidul Am PAS juga ada mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bukan melayu cuma islam sahaja. Adakah beliau tahu membezakan di antara  sesebuah bangsa dan sesebuah agama?
Apa yang sangkakala nampak disini, pengikut PAS telah dikelirukan oleh pemimpin mereka yang telah memesongkan agenda parti PAS iaitu menegakkan agama islam di Malaysia.
DAP hanya inginkan kuasa untuk memerintah dengan menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan atau jambatan demi melaksanakan cita-cita politik mereka, PAS telah di gula-gulakan oleh segelintir pemimpin DAP yang sanggup membaca ayat suci al-quran dan mereka  telah di beri pujian oleh pemimpin yang di anggap ulamak atau Tuan Guru dalam PAS.
Adalah amat memilukan lagi, apabila PAS mengatakan mereka telah Berjaya mengislamkan DAP, sedangkan kenyataan Karpal Singh apabila di tanya tentang pendapat beliau dalam usaha PAS untuk menubuhkan sebuah Negara islam di Malaysia. “ over my death body” itu kenyataan Karpal yang jelas menunjukkan beliau adalah anti islam dan tidak akan membiarkan islam bertapak di Negara ini.
Apakah kepincangan setelah PAS menyertai PR tidak dilihat oleh pengikut-pengikut PAS? Adakah mereka ini tuli atau buta? Adakah mereka tidak mempunyai perasaan atau semangat sebagai orang melayu islam di bumi bertuah ini?
Kepada pengikut-pengikut PAS, sangkakala berharap supaya kembali ke landasan yang betul, janganlah menjadi seperti gerabak keretapi yang hanya mengikut kemana kepalanya pergi sedangkan mereka sendiri tidak tahu kemana hala tuju pemimpin mereka.

Tiada ulasan: