Sabtu, 30 April 2011

PR DAH CELARU DENGAN KENYATAAN SENDIRI


Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kayat mencabar UMNO dan Barisan Nasional untuk mengambil tindakan  diatas kenyataan DS Chua Soi Lek yang beliau akan mengindi PKR jika parti itu menggugurkan hak keistimewaan orang melayu.
Kenapa pula desak UMNO dan Barisan Nasional sedangkan yang mula-mula sekali nak hapuskan ketuanan melayu adalah Anwar Ibrahim. Kenapa Suhaizan tidak mahu meminta Parti PAS untuk mendesak Anwar supaya menarik balik kata-kata beliau? Atau meminta PAS keluar dari PR atas kenyataan Anwar tersebut?
Ini adalah populariti murahan yang dicari oleh Suhaizan yang mengharapkan beliau akan dipandang sebagai jagoan pembela melayu. Sayang sekali bila suhaizan nak cuba jadi jagoh tetapi Mursyidul Am PAS sendiri tidak mengaku yang beliau adalah melayu.
Beliau juga berkata dalam konvension PR yang berlangsung di Shah Alam pada tahun 2009 Perkara 153 Perlembagaan Malaysia, PR telah mendapat persetujuan bersama dalam mengekalkan hak keistimewaan orang melayu.
Kenapa depa ni suka cakap berbelit-belit? Anwar kata hapuskan ketuanan orang melayu, yang Suhaizan pula kata kekalkan hak orang melayu. Yang mana satu nak dijadikan kayu pengukur kebenaran kata-kata mereka ni.
Jika ini kenyataan PR, selalu berbeza-beza pendapat, rakyat harus sedar sekiranya mereka ini menjadi pemimpin maka akan terjadilah perbalahan dalam parti mereka sendiri, dan tidak mustahil agenda untuk membela rakyat akan berkubur. Mana taknya kalau dah mereka bercakaran sesama sendiri dalam menentukan kenyataan sapa yang betul, mesti bertelagah akhirnya.
Selamatkan Malaysia dari Pakatan Rapuh



Tiada ulasan: